Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»CFMoto 700CL-X Adventure (2023) Masuk Malaysia April Ini, Harga RM35.8k!
Roda2

CFMoto 700CL-X Adventure (2023) Masuk Malaysia April Ini, Harga RM35.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CFMOTO Malaysia mahu meluaskan tawaran motosikal dalam siri CL-X menerusi pengenalan varian advencer menjelang April ini. Model dimaksudkan itu ialah CFMoto 700CL-X Adventure (2023).

CFMoto 700CL-X Adventure (2023) ialah model pemasangan tempatan (CKD) dan produk kedua dalam famili CL-X di Malaysia selepas varian CFMoto 700CL-X Heritage. Berikut perincian model itu:

BACA >>>> CFMoto 450SR (2023) Lancar dalam Dua Warna Pilihan, 49.6hp, Harga RM28.8k!
BACA >>> MForce Masuk Pasaran Indonesia Edar Jenama SYM, SM Sport, CFMoto dan WMoto

CFMoto 700CL-X Adventure (2023) dilancarkan ke pasaran dunia di Litar Intercity Istanbul Park di Turkiye pada 20 Mac lalu. Siri Adventure ialah varian ketiga dalam famili 700CL-X selepas pengenalan versi Heritage pada 2020 dan Sport (2021).

Harga jualan asas CFMoto 700CL-X Adventure (2023) ialah RM35,888, tidak termasuk cukai jalan dan pendaftaran.

Hanya satu pilihan warna ditawarkan di Malaysia iaitu Aurora Blue (biru). Sebanyak 120 unit sudah ditempah, dan tempahan boleh dibuat menerusi semua rangkaian pengedar sah CFMoto.

PERINCIAN

Dijana trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 693cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI), berkuasa 69hp @ 8,500rpm dan tork 60.9Nm @ 6,500rpm.

Enjin digunakan sama seperti dua varian 700CL-X lain, tetapi menerima talaan berbeza supaya menepati karakter scrambler-adventure.

  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan teknologi klac antigelincir (slipper) dan terotel jenis elektronik.
  • Didatangkan dalam dua mod tunggang: Road dan Off-Road.
  • Fork terbalik (USD) 41mm jenama KYB jenisboleh laras prabeban, mampatan dan redaman, manakala suspensi belakang monoshock KYB dengan fungsi boleh laras.

Dilengkapi sistem pencahayaan pintar untuk lampu utama dan lampu signal belok (dengan fungsi nyah aktif automatik). Semua lampu jenis LED.

Tinggi pelana 830mm, iaitu 30mm lebih tinggi daripada varian Heritage. Tetapi kapasiti tangki petrol masih sama, iaitu 13 liter.

Tinggi bar hendal dinaikkan 30mm dan diposisikan 15mm lebih dekat dengan badan penunggang untuk postur menunggang lebih relaks dan memudahkan penunggang berdiri ketika menunggang di laluan off-road.

Memiliki dimensi panjang 2,115mm, lebar 892mm, tinggi 1,290mm, manakala jarak roda 1,435mm dan berat 203kg.

Rim aloi 18 inci dan tayar 110/80 di depan, dan rim 17 inci dengan tayar 170/60 di belakang. Jenama tayar Pirelli Scorpion Rally STR.

Sistem brek cakera tunggal 300mm di depan, dan cakera tunggal 260mm di belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Setiap pembelian akan mendapat waranti pengilang dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> CFMoto Daftar Paten Superbike 1,000cc Guna Enjin Konfigurasi V4
BACA >>> Cafe Racer Gaya Retro CFMoto Papio dengan Enjin 126cc Bakal Lancar, Anggaran Harga RM5.6k

Adventure 700cc CFMoto 700CL-X Adventure (ADV) CFMOTO Malaysia MForce Bike Holding Sdn Bhd roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.