Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»CFMoto 450SR (2023) Lancar dalam Dua Warna Pilihan, 49.6hp, Harga RM28.8k!
Auto Terkini

CFMoto 450SR (2023) Lancar dalam Dua Warna Pilihan, 49.6hp, Harga RM28.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CFMOTO Malaysia mengumumkan harga jualan rasmi sportbike terbaharu, CFMoto 450SR (2023), iaitu serendah RM28,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Model pemasangan tempatan (CKD) itu didatangkan dalam dua warna pilihan, Zircon Black (hitam-putih) dan Nebula Black (hitam). Majlis pelancaran rasmi sportbike tersebut di Istanbul, Turkiye kelmarin.

BACA >>> CFMoto 450SR (2024) Facelift dengan Swingarm Sebelah Bakal Lancar Tahun Depan
BACA >>> CFMoto Dedah Model Konsep NK-C22

Setakat ini, 200 unit CFMoto 450SR (2023) sudah ditempah melalui rangkaian pengedar seluruh negara, dan penghantaran stok kepada pengedar bermula minggu ini.

Berikut perinciannya:

Dijana trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 449.3cc DOHC penyejukan cecair dengan aci engkol 270º, menawarkan kuasa 49.6hp pada 9,500rpm dan tork 40.7Nm @ 7,600rpm.

Kotak gear klac manual 6-kelajuan multi-plet basah. Sistem penukaran gear jadi lebih mudah kerana dilengkapi sistem klac anti-gelincir (slipper).

Pecutan 0-100kmj mengambil masa kurang 5 saat dan kelajuan maksimum pula boleh melebihi 190kmj. Motosikal ini menggunakan frem keluli tiub.

CFMoto 450SR (2023) dilengkapi sepasang winglet untuk membantu meningkatkan daya mendap (downforce). Sistem lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu siang (DRL), lampu signal belok dan lampu belakang.

 

Panel meter jenis digital TFT 5 inci berserta konektiviti Bluetooth menerusi aplikasi CFMoto Ride App untuk akses sistem navigasi, masa lap dan sejarah tunggangan.

Rim aloi aluminium 17 inci dengan tayar saiz 110/70 (depan), dan 150/60 (belakang), manakala tayar jenis semi-slik CST Adreno.

Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock boleh laras di belakang dengan swingarm kembar.

Sistem brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper Brembo M40 di depan, dan cakera 220mm dengan kaliper tunggal di belakang. Kedua-dua roda dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch.

Memiliki dimensi panjang 1,990mm, lebar 735mm dan tinggi 1,130mm, manakala jarak roda 1,370mm dan jarak tinggi bumi 140mm.

Tinggi pelana 795mm. Kapasiti tangki minyak 14 liter. Berat 168kg. Ujian terowong angin selama 30 jam membabitkan 20 siri ujian mendapati komponen aero seperti winglet menghasilkan downforce 1.6 kali lebih baik ketika tunggangan kelajuan tinggi.

BACA >>> Ducati Bangunkan Enjin 450cc, Bakal Sertai Motocross Dunia?
BACA >>> Italjet Dragster 500GP Debut di EICMA 2022, Jengah Pasaran 2024
BACA >>> CFMoto Bikin Kejutan, Dedah Jentera Konsep Super Sport SR C21 (2022)

autoterkini cfmoto CFMoto 450SR roda2 Sportbike 450cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Nissan Z 2027: Nostalgia 240Z dan 300ZX Kembali

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Hyundai Stargazer Rasmi Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM99k!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.