
SEBUAH lagi syarikat kenderaan dari China memasuki pasaran Eropah tetapi dengan penawaran berbeza berbanding rakan senegara.
Shandong Bontu New Energy Vehicle Industry Co. Ltd. telah memilih bandar Milan untuk memperkenalkan rangkaian kuadrisikal elektrik mereka bagi pasaran Eropah sekali gus memulakan jualan di benua tersebut.

Kesemua kenderaan lengkap dengan kelulusan homologasi Eropah di bawah EU Regulation 168/2013 sebagai kuadrisikal ringan L6e dan kuadrisikal berat L7e.
Langkah ini menjamin pematuhan sepenuhnya terhadap peraturan lalu lintas jalan raya di semua negara anggota Kesatuan Eropah selain kemungkinan untuk pendaftaran penggunaan atas jalan.

Profil Korporat Shandong Bontu New Energy Vehicle Industry Co. Ltd.
Syarikat berasaskan teknologi yang khusus dalam bidang penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan jualan kenderaan tenaga baharu ini ditubuhkan pada 2020.
Ditubuhkan pada Mac 2020 dengan modal berdaftar sebanyak 80.18 juta yuan serta memiliki fasiliti yang merangkumi kawasan seluas 438 ekar di Guodu Industrial Park, bandar Xintai, wilayah Shandong.
Syarikat telah memperoleh kelayakan pengeluaran untuk motosikal dan kenderaan khas daripada Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China.
Mereka telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama dengan Geely Farizon Commercial Group di bawah nama Shandong Yuan Cheng Bentu New Energy Automobile Co., Ltd. yang memberi tumpuan utama kepada penyelidikan dan pengeluaran kenderaan khas tenaga baharu bagi pasaran kereta penumpang elektrik dan kenderaan komersial elektrik.
Kenderaan elektrik bandar yang dihasilkan sesuai untuk bergerak tangkas di pusat sejarah bandar dan perjalanan penghantaran di dalam kota yang kebiasaannya mengenakan sekatan terhadap kereta tradisional.
Merangkumi 2 model kereta mini dan sebuah kenderaan komersial mini yang ditawarkan dalam konfigurasi pikap, trak serta kargo untuk penghantaran last mile di kawasan bandar.
BONTU BTE05

Model ini merupakan sebuah kereta mini elektrik untuk kegunaan pengangkutan di bandar serta perjalanan rumah ke tempat kerja, rumah ke sekolah dan rumah ke tempat membeli-belah.
- Boleh dipandu dari umur 16 tahun dan menawarkan ruang kabin yang luas menyamai kereta segmen A dengan penyandar tempat duduk belakang yang boleh dilaraskan untuk kapasiti 2 atau 4 penumpang.
- Pengeluaran model ini menggunakan 60% keluli berkekuatan tinggi pada sel ruang penumpang bersama palang keluli anti perlanggaran serta pengukuhan pintu untuk keselamatan pemanduan.
- Sistem suspensi hadapan menggunakan jenis bebas MacPherson manakala suspensi belakang menggunakan jenis trailing arm.
- Sistem membrek pula menggunakan cakera di bahagian hadapan dan gelendong di bahagian belakang.
- Kelengkapan standard yang disediakan termasuk Sistem Brek Regeneratif (RBS), Stereng Kuasa Elektrik (EPS), ABS, EBD/CBD, penghawa dingin, beg udara pemandu, Bantuan Mula Mendaki (HAS), kamera belakang dan sensor parkir.
- Paparan instrumen menggunakan skrin LCD 7 inci manakala fungsi multimedia dikawal melalui skrin sentuh tengah berukuran 12 inci pada papan pemuka.
Trenkuasa BONTU BTE05
Sistem penggerak bagi model ini menawarkan fleksibiliti prestasi bandar melalui penawaran kuasa elektrik sepenuhnya yang dipisahkan mengikut spesifikasi bekalan tenaga:
- Model BTE05 ditawarkan dengan pilihan bateri litium berkapasiti 13.9 kWj dengan jarak gerak 170 km atau kapasiti 18.1 kWj dengan jarak gerak 222 km.
- Bagi bateri standard, kuasa nominal adalah 13 kW dan kuasa puncak mencapai 20 kW.
- Bagi pilihan bateri yang lebih besar, kuasa nominal bermula daripada 20 kW sehingga mencecah kuasa puncak 30 kW dengan tork maksimum 85Nm.
- Menawarkan dua mod pemanduan iaitu Sport dan Eco dengan tempoh pengecasan pantas dari 30% ke 80% mengambil masa selama 6 jam.
BONTU BTE09

BONTU BTE09 ialah sebuah kereta mini yang disasarkan untuk golongan muda dengan reka bentuk yang berbeza serta menawarkan ruang untuk menyimpan bagasi melalui dua pilihan varian:
- Versi L6e dengan dua tempat duduk dihadkan kelajuannya secara elektronik kepada 45 km/j bagi mematuhi peraturan pemanduan untuk umur 14 tahun bersama bekalan bateri berkapasiti 7.68 kWj untuk jarak gerak 130 km.
- Versi L7e pula mempunyai empat tempat duduk dan boleh dipandu dari umur 16 tahun dengan keupayaan kelajuan maksimum 75 km/j untuk pemanduan lancar di jalan raya bandar dan pinggir bandar bersama bekalan bateri berkapasiti 10 kWj untuk jarak gerak 150 km.
- Model ini menjadi alternatif yang lebih selamat dan elegan untuk mobiliti golongan muda berbanding skuter biasa serta mengelakkan masalah parkir dan mengurangkan penggunaan tenaga dengan tempoh masa pengecasan penuh mengambil masa selama 3 jam.
- Kelengkapan ciri kenderaan ini merangkumi sistem ABS, EBD, EPS dan HAC.
- Skrin sentuh multimedia 10 inci di tengah papan pemuka dengan paparan instrumen yang mudah dibaca serta kamera belakang yang menghantar keadaan jalan raya di sekeliling kenderaan secara real time untuk memudahkan urusan parkir.
Trenkuasa BONTU BTE09
- Model ini merupakan satu-satunya kenderaan di pasaran yang dilengkapi dengan motor elektrik jenis automotive type permanent magnet flat wire synchronous motor untuk kelancaran pemanduan, pecutan yang lebih responsif serta pematuhan kecekapan yang membawa kepada pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 15%
- Versi spesifikasi L6e menggunakan bateri berkapasiti 7.68 kWj yang memberikan jarak gerak 130 km.
- Versi L7e pula menggunakan bateri berkapasiti 10 kWj yang memberikan jarak gerak 150 km.
- Tempoh masa pengecasan penuh untuk kenderaan ini mengambil masa selama 3 jam.
Kenderaan Komersial Mini BONTU BTE03

Model BONTU BTE03 merupakan model kenderaan komersial mini yang ditawarkan dalam pilihan versi pikap, trak dan kargo untuk pengangkutan last mile termasuk penghantaran barangan rantaian sejuk, kegunaan perubatan, kenderaan berkatil serta penghantaran kurier ekspres:
Hanya seorang pemandu sahaja yang boleh mengakses bahagian kabin dan dilengkapi dengan tempat duduk rekaan ergonomik.
Struktur sel ruang penumpang dan badan kenderaan ini dibina menggunakan 95% keluli berkekuatan tinggi dengan rekaan luaran badan aerodinamik bagi mengurangkan pekali rintangan angin sekali gus menjimatkan kehilangan tenaga elektrik.
Semasa fasa pembangunan, model ini telah melalui ujian jalan raya melebihi 1 juta km di bawah keadaan suhu ekstrem panas dan sejuk untuk memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan.
Ciri rekaan bagi versi kargo dilengkapi dengan dua pintu belakang dan pilihan pintu sisi bagi memudahkan urusan memuat dan memunggah barangan dari pelbagai arah dengan kapasiti muatan maksimum 340 kg.
Sistem suspensi hadapan menggunakan skema MacPherson manakala suspensi belakang menggunakan gandar bebas.
ABS, EBD, penghawa dingin, Sistem Brek Regeneratif (RBS), stereng kuasa elektrik (EPS), kawalan jelajah dan sensor radar.
Trenkuasa BONTU BTE03
Sistem pacuan komersial mini ini ditala untuk kecekapan agihan tugas logistik dalam bandar:
- BONTU BTE03 digerakkan oleh motor elektrik yang menghasilkan kuasa 7.5 kW dan tork maksimum 60Nm dengan keupayaan kelajuan maksimum mencecah 81 km/j.
- Kenderaan komersial ini dipadankan dengan bateri berkapasiti 8.35 kWj yang memberikan jarak gerak antara 80 ke 100 km.
- Tempoh pengecasan bateri sehingga 80% mengambil masa selama 90 minit manakala masa pengecasan penuh adalah selama 3 jam.
Spesifikasi Teknikal Bontu
BONTU BTE05

- Dimensi: Panjang 3,000 mm Lebar 1,500 mm Tinggi 1,630 mm jarak roda 1,953 mm
- Tempat duduk: 2 atau 4 penumpang (penyandar tempat duduk belakang boleh dilaraskan)
- Kapasiti bateri: 13.9 kWj atau 18.1 kWj
- Kuasa nominal bateri standard: 13 kW (kuasa puncak 20 kW)
- Kuasa nominal bateri besar: 20 kW (kuasa puncak 30 kW)
- Tork maksimum: 85Nm
- Kelajuan maksimum: 90 km/j
- Jarak gerak bateri 13.9 kWj: 170 km
- Jarak gerak bateri 18.1 kWj: 222 km
- Tempoh pengecasan: 6 jam (pengecasan pantas 30% ke 80%)
- Mod pemanduan: Sport dan Eco
- Struktur & Ciri Keselamatan: Sel ruang penumpang 60% keluli berkekuatan tinggi, palang keluli anti perlanggaran, pengukuhan pintu, suspensi hadapan bebas MacPherson, suspensi belakang trailing arm, brek cakera hadapan dan brek gelendong belakang
- Kelengkapan ciri: Sistem Brek Regeneratif (RBS), Stereng Kuasa Elektrik (EPS), ABS, EBD/CBD, penghawa dingin, beg udara pemandu, Bantuan Mula Mendaki (HAS), kamera belakang, sensor parkir, skrin LCD 7 inci (instrumen) dan skrin sentuh tengah 12 inci
BONTU BTE09

- Dimensi: Panjang 2,750 mm Lebar 1,450 mm Tinggi 1,640 mm jarak roda 1,755 mm
- Ruang storan: Mempunyai kompartmen untuk menyimpan bagasi
- Tempat duduk & Kelajuan maksimum versi L6e: 2 penumpang | 45 km/j (dihadkan secara elektronik)
- Tempat duduk & Kelajuan maksimum versi L7e: 4 penumpang | 75 km/j
- Kapasiti bateri & Jarak gerak versi L6e: 7.68 kWj | 130 km
- Kapasiti bateri & Jarak gerak versi L7e: 10 kWj | 150 km
- Tempoh pengecasan: 3 jam (pengecasan penuh)
- Jenis motor elektrik: Automotive type permanent magnet flat wire synchronous motor (mengurangkan penggunaan tenaga 15%)
- Kelengkapan ciri: ABS, EBD, EPS, HAC, skrin sentuh multimedia 10 inci di tengah papan pemuka, kamera belakang dengan penghantaran keadaan jalan raya secara real time
BONTU BTE03

- Dimensi: Panjang 3,564 mm Lebar 1,220 mm Tinggi 1,980 mm jarak roda 2,200 mm
- Tempat duduk: 1 penumpang (kabin akses pemandu tunggal dengan tempat duduk ergonomik)
- Pilihan konfigurasi badan: Pikap, trak, dan kargo (versi kargo dilengkapi dua pintu belakang dan pilihan pintu sisi)
- Muatan maksimum: 340 kg
- Kuasa motor elektrik: 7.5 kW
- Tork maksimum: 60Nm
- Kelajuan maksimum: 81 km/j
- Kapasiti bateri: 8.35 kWj
- Jarak gerak: 80 ke 100 km
- Tempoh pengecasan: 90 minit (sehingga 80%), 3 jam (pengecasan penuh)
- Struktur & Ciri Keselamatan: Sel ruang penumpang dan badan 95% keluli berkekuatan tinggi, reka bentuk aerodinamik, suspensi hadapan MacPherson, suspensi belakang gandar bebas
- Kelengkapan ciri: ABS, EBD, penghawa dingin, Sistem Brek Regeneratif (RBS), stereng kuasa elektrik (EPS), kawalan jelajah, sensor radar
Jaminan Kenderaan BONTU
Jaminan: 3 tahun atau 50,000 km
BONTU BTE05
BONTU BTE09
BONTU BTE03























































