• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MForce Masuk Pasaran Indonesia Edar Jenama SYM, SM Sport, CFMoto dan WMoto

MForce Masuk Pasaran Indonesia Edar Jenama SYM, SM Sport, CFMoto dan WMoto

December 29, 2022 By Aryon Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ramai tidak tahu MForce Bike Holding Sdn Bhd (MForce Bike) memiliki subsidiari di Indonesia dengan nama PT MForce Indonesia.

Di Malaysia, MForce Bike adalah pengedar rasmi jenama motosikal SYM, SM Sport, CFMoto dan WMoto. Kini pengedar itu turut menjadi wakil rasmi memasarkan jenama tersebut di pasaran Indonesia.

Pengurusn Jualan dan Pemasaran MForce Indonesia, Julius Sofyan Wahyudi menyatakan komitmen dalam menjaga kualiti motosikal yang dipasangkan untuk pasaran Indonesia. Malah, semua produk yang dijual adalah berstatus pemasangan tempatan (CKD) di Indonesia.

Semua (motosikal) di sini. Semua pemasangan CKD di sini,” kata Sofyan sambil menjelaskan produk dua roda Mforce Indonesia memiliki kandungan tempatan antara 20 peratus dan 50 peratus.

Walaupun dikaitkan dengan pengeluar dari China, motosikal seperti SYM, SM Sport, CFMoto, dan WMoto diyakini mampu menepis stigma negatif mengenai kualiti produk dari Negara Tembok Besar itu.

Selepas motosikal datang kami mesti lengkapkan dulu peraturan. Di Indonesia macam apa, kualitinya bagaimana, kami harus pertingkat. Kami tidak akan terus saja terima barang, lencana macam ini, kita ambil, tidak. Kami ubah suai dulu, kami naik taraf dulu ikut regulasi dan kualiti juga. Ini nipis (kita), ganti material. Jadi kami periksa semua,” kata Sofyan.

Antara jenama yang menarik minat pembeli di sana ialah  SM Sport yang meraih banyak jualan menerusi model cruiser V16, SM Classic yang mirip Honda SuperCub, dan trail bike GY 150 Aries.

Yang paling laris SM Sport. (Varian) Classic sama yang V16. Nombor satu V16, kedua SM Classic, dan kemudian GY (150 Aries),” kata Sofyan.

MForce Indonesia kini mengedarkan empat jenama motosikal dalam empat segmen berbeza menerusi divisyen kajian dan pembangunan (R&D) yang berpangkalan di Malaysia, iaitu SM Sport untuk segmen klasik, SYM dalam segmen skuter maksi, CFMoto dalam segmen sportbike, dan WMoto dalam segmen elektrik.

Mengenai servis selepas jualan, kini ada 28 pengedar MForce Indonesia seluruh Kepulauan Jawa, Bali, Sumatera, Sulawesi, Maluku, dan Kupang.

Artikel Berkaitan

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Julius Sofyan Wahyudi, MForce Bike Holding Sdn Bhd, PT MForce Indonesia, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
    Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Pasaran Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Pasaran Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Henti Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Serta-Merta
    DBKL Arah Henti Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih
    Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my