Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bukan Motor Saja, Filipina Mahu Perkenal Ordinan Ekzos ‘Perang’ untuk Semua Kenderaan
Auto Terkini

Bukan Motor Saja, Filipina Mahu Perkenal Ordinan Ekzos ‘Perang’ untuk Semua Kenderaan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISU ekzos bising sama ada jenis paip terbuka atau ekzos modifikasi motosikal sering menjadi topik panas banyak negara dalam kalangan mereka yang pro dan anti.

Kumpulan pro memberikan hujah ekzos kuat mampu menyedarkan pengguna jalan raya lain mengenai kehadiran penunggang berhampiran atau ketika berada dalam kawasan zon titik buta.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ubah Suai Ekzos Tidak Boleh Tambah Kelajuan Motosikal?
BACA >>> Tinjauan: Ekzos Perang Punya Pasal, Stok Ekzos Standard Tak Cukup

Selain aspek keselamatan, mereka juga mendakwa jika ekzos aftermarket atau modifikasi dibenarkan dijual secara sah, maka penunggang motosikal juga boleh memasangnya secara sah.

Kumpulan penentang pula melihat mufler diubah suai sebagai gangguan selain mencemarkan bunyi persekitaran. Di Filipina, kumpulan tersebut menyokong peraturan had bunyi ekzos 99 desibel yang ditetapkan Pejabat Pengangkutan Darat (LTO).

Isu ekzos di ibu kota Manila semakin panas susulan cadangan Ordinan Anti-Mufler yang mahu mengharamkan penggunaan sistem ekzos paip terbuka dan modifikasi peredam bunyi.

BACA >>> Netizen Sokong Abang Polis Ajar Mat Motor Dengar Sendiri Bunyi Ekzos Perang
BACA >>> Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!

Ordinan itu bukan bermaksud mengharamkan penggunaan mufler kerana tugas komponen itu adalah mengurangkan kekuatan bunyi. Ia lebih kepada penguatkuasaan antibising atau ekzos paip terbuka.

Setakat ini, rang undang-undang itu berada di bacaan terakhir dan bacaan ketiga. Khabarnya, ia hanya menunggu tandatangan Datuk Bandar Isko Moreno sebelum dikuatkuasakan menjadi ordinan perbandaran.

Menurut laporan, Ordinan Anti-Mufler bertujuan mengawal selia penggunaan semua mufler modifikasi/terbuka dan peranti sama untuk semua jenis kenderaan, dan bukan hanya motosikal sahaja.

Sebaik saja menjadi ordinan, pesalah boleh diarahkan menanggalkan paip ekzos atau mufler yang diubah suai dan didenda:

  • Kesalahan Pertama – denda 1,000 peso (RM80)
  • Kesalahan Kedua – denda 3,000 peso (RM250)
  • Kesalahan Ketiga – denda 5,000 peso (RM420)

BACA >>> Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
BACA >>> Wazi Sokong KPN, Ubah Suai Ekzos Tidak Buat Motor Lebih Laju
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?

SUMBER: Motopinas

Anti-Muffler ekzos bising Ekzos Perang isu ekzos Filipina Masalah ekzos bising Ordinan Ekzos Perang
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.