• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!

Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!

March 27, 2021 By Aryon Leave a Comment

11k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada yang belum tahu, bukan ekzos yang diubah suai hingga berbunyi 'perang' saja dilarang, semua ekzos aftermarket (bukan keluaran pengeluar asal) juga haram dipasangkan walaupun bunyinya menepati piawaian alam sekitar.

Ini dimaklumkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam jawapan bertulis kepada portal atas talian Malaysiakini.

Menurut JSPT, setiap pengubahsuaian kenderaan termasuk ekzos adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Kaedah 9A LN 170/59 - Kaedah-kaedah kenderaan bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959. Pengubahsuaian itu mesti mendapat kelulusan ketua pengarah Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).

Undang-undang ini merujuk Seksyen 6(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987:

Tertakluk kepada seksyen ini, adalah tidak sah di sisi undang-undang untuk mengubah sesuatu kenderaan motor hingga menjadikan sebegitu keadaannya yang mana penggunaannya dalam keadaan tersebut menjadi tidak sah di sisi undang-undang menurut seksyen ini.”

Seksyen 6 akta itu menggariskan mengenai “larangan bagi kenderaan-kenderaan motor yang tidak mematuhi kaedah-kaedah”.

Kaedah dimaksudkan seksyen itu adalah Kaedah 9A LN 170/59 - Kaedah-kaedah kenderaan bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959, iaitu setiap pembinaan kenderaan motor hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Justeru penggunaan ekzos aftermarket adalah salah kerana dianggap mengubah suai tanpa mendapat kelulusan ketua pengarah JPJ. Ini bermakna, menurut JSPT, semua ekzos yang bukan daripada pengeluar asal, dilarang digunakan.

Makluman baharu JSPT itu dibuat susulan kes seorang pengguna motosikal meluahkan rasa berang apabila disaman pihak polis kerana ekzos aftermarket yang dipasang pada motosikalnya selepas ditahan dalam sekatan jalan di Plaza Tol Sungai Dua, Butterwoth, Pulau Pinang, di laluan motosikal.

Lelaki itu mendakwa disaman atas kesalahan mengubah suai ekzos walaupun menepati had bunyi maksimum ditetapkan, 95dB berdasarkan ujian dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di tempat disediakan. Bagaimanapun, anggota polis memaklumkan dia tetap melakukan kesalahan kerana mengubah suai ekzos.

BACA >>> Tinjauan: 'Ekzos Perang' Punya Pasal, Stok Ekzos Standard Tak Cukup
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ubah Suai Ekzos Tidak Boleh Tambah Kelajuan Motosikal?

11k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, ekzos, ekzos aftermarket, ekzos bising, Ekzos Motosikal, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), JSPT, Polis Diraja Malaysia (PDRM), roda2, Saman Ekzos Bising

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my