Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADA yang bertanya, kenapa motosikal Honda RC213V Mark Marquez dipasang dua ekzos sedangkan jentera pelumba lain seperti Fabio Quartararo (Yamaha YZR-M1) cuma guna satu ekzos.

Bukan itu saja, posisi ekzos Marquez juga berbeza satu sama lain turut hingga menimbulkan pertanyaan. Jawapannya ada pada konfigurasi trenkuasa.

Motosikal Marquez dipasang sistem ekzos SC Project dengan dua peredam dipasang berasingan iaitu bawah pelana dan sebelah swingarm. Berbeza pula Yamaha YZR-M1 menggunakan sistem ekzos Akrapovic dengan peredam tunggal yang disorok dekat swingarm.

BACA >>> Puig: “Kalau Tak Jatuh Masa Ujian Kelayakan, Mesti Marquez Dah Podium”
BACA >>> Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa

Konfigurasi M1 dan RC213V

Yamaha YZR-M1 menggunakan enjin 4-silinder sebaris iaitu 4-silinder disusun dalam satu barisan melintang. Kedudukan itu juga mempengaruhi posisi kotak angin dan sistem ekzos dipasang.

Trenkuasa 4-silinder membuatkan paip ekzos berada di depan blok enjin dalam kedudukan selari. Empat paip ekzos itu akan berakhir dengan satu peredam dekat swingarm.

Bukan hanya M1, jentera Suzuki GSX-RR juga dipasangkan trenkuasa 4-silinder sebaris, tetapi rekabentuk ekzos berbeza. Suzuki menggunakan ekzos buatan Akrapovic dengan dua lubang ekzos.

Honda RC213V menggunakan konfigurasi enjin V4, iaitu masih 4-silinder, bukan dalam posisi sebaris tetapi berbentuk huruf ‘V’.

Ini membuatkan sistem ekzosnya nampak agak rumit dengan masing-masing dua aliran keluar di depan dan di belakang unit enjin. Jadi, satu ekzos untuk sambungan bahagian depan dan satu lagi di belakang.

Selain RC213V, ada beberapa pengeluar lain menggunakan konfigurasi V4 seperti Honda iaitu Ducati Desmosedici GP21, KTM RC16 dan Aprilia RS-GP.

BACA >>> #TahukahAnda: Adakah Bunyi Lain yang Lebih Kuat daripada Ekzos Motosikal?
BACA >>> Akrapovic Tawar 30 Set Ekzos Edisi Terhad Evolution Line (Titanium) 30th Anniversary

SUMBER: MotorPlus | HRC

akrapovic Fabio Quartararo Honda RC213V Mark Marquez sc project Suzuki GSX-RR
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Cik B Terima Lamborghini Urus RM2 Juta Sempena Hari Jadi ke-21

    By Syafie25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.