• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa

Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa

March 30, 2021 By Admin PanduLaju 4 Comments

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISU ekzos bising bukan saja menjadi perdebatan hangat dalam kalangan penunggang negara kita. Rupanya, di Romania pun sama panasnya.

Terbaharu, pertubuhan motosikal di Romania, MotoADN menjalan kajian untuk menguji kebenaran teori ekzos bising mampu menyelamatkan nyawa penunggang. Jadi, satu eksperimen dilakukan dengan kerjasama Universiti Politeknikn Bucharest di ibu kota Bucharest dan firma konsultansi bunyi persekitaran, Enviro Consult. 

Eksperimen dijalankan dengan meletakkan enam motosikal di belakang, sebaris dan depan kereta yang tidak bergerak dengan enjin dihidupkan. Setiap motosikal menghasilkan tahap bunyi berbeza. Bunyi radio kereta juga dimainkan untuk menjadikan persekitaran lebih dekat dengan situasi sebenar. Kemudian, meter desibel diletakkan dalam kabin kereta untuk mengukur tahap bunyi enjin motosikal yang dapat didengar dari dalam kereta.

Berikut keputusan diperoleh:

  • Pada jarak 15 meter di belakang kereta, pemandu langsung tidak dapat mendengar bunyi ekzos motosikal.
  • Bunyi ekzos hanya dapat didengari pada jarak 10 meter, tetapi frekuensi bunyi terlalu rendah dan sukar untuk telinga manusia mengesan arah bunyi itu datang.

  • Pemandu hanya sedar bunyi kuat ekzos apabila motosikal berada di sebelah dan melepasi kereta. Pada tahap ini, sudah terlambat untuk pemandu kereta berbuat apa-apa tindakan sekiranya perlanggaran hampir berlaku.

  • Kajian mendapati sebuah motosikal perlu menghasilkan bunyi setinggi 135dB jika mahu disedari pemandu kereta pada jarak 15 meter.
  • Sebagai perbandingan, sebuah pesawat jet yang berlepas dapat menghasilkan bunyi sekitar 120dB. Bunyi lain yang mungkin menyamai desibel itu ialah bunyi sekuat siren kecemasan seperti digunakan ambulans dan bomba. Bunyi sekuat itu dapat didengar sejauh 30 meter.

Kesimpulannya, teori ‘ekzos bising boleh selamatkan nyawa’ jelas tidak benar. Fakta yang lebih tepat mengenai keselamatan penunggang adalah menumpukan kepada usaha dan cara untuk membuatkan diri dapat dilihat pemandu, dan bukan didengari. Ini juga alasan kuat kenapa pihak berkuasa di Eropah menguatkuasakan peraturan emisi yang sedikit sebanyak mempengaruhi kesan bunyi ekzos motosikal.

Tonton video di bawah untuk saksikan bagaimana eksperimen tersebut dilakukan.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ubah Suai Ekzos Tidak Boleh Tambah Kelajuan Motosikal?
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?

SUMBER: Motorcycle News

Artikel Berkaitan

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: eksperimen, ekzos, ekzos bising, JPJ, kajian, PDRM, romania

Comments

  1. Jan says

    March 30, 2021 at 1:12 PM

    Menarik, parking jap

    Reply
  2. Mrdinuncle says

    March 31, 2021 at 8:50 AM

    Aku susah nak komen.....aku pon tak suka juga yg terlalu bising .kalau bunyi kuat tapi sedap......ok.aku pon nak tukar juga biar nampak lawa sikit,kat adv.bunyi biasa je...nak pakai akrapovic.......beli kt shoppe kut.....aku pon tak paham....exzos aftermarket. Lagi lawa...,.

    Reply
  3. Mrdinuncle says

    March 31, 2021 at 8:53 AM

    Kena minta surat kat jpj dulu ke?aku nak balik kg dgn adv ni.......exzos asal bunyi tak sedap la.......anak bini tak kasi tukar........ala tak syok ni.......

    Reply
  4. Kucingcanteq says

    September 13, 2021 at 8:43 AM

    Betul. Malah boleh buat orang sakit jantung. Kalau setakat bising sikit bumyi merdu gitu nak tambah pick up tu acceptable la tapi kalau bising sampai satu mukim bole dengat itu terlalu melampau. Apapun bagi saya standard itu indah. Maybe sebab saya bawak moto buat kerja rider je so xperlu modify sana sini yg penting durability.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Streetfighter Ducati Diavel V4 (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM178k!
    Streetfighter Ducati Diavel V4 (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM178k!
  • Ducati Panigale V4 SP2 (2023) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM299k!
    Ducati Panigale V4 SP2 (2023) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM299k!
  • JPJ Kedah Sita 40 Kenderaan Warga Asing Tiada Lesen, Cukai Jalan dan Insurans
    JPJ Kedah Sita 40 Kenderaan Warga Asing Tiada Lesen, Cukai Jalan dan Insurans
  • Honda Civic Type R (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM399,900!
    Honda Civic Type R (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM399,900!

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my