• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

March 3, 2021 By Aryon Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN saja dirampas, 10 individu juga terpaksa menukar ekzos 'perang' masing-masing kepada unit asal yang mengambil masa kira-kira empat jam di perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Selangor, semalam.

Semua individu itu, berusia antara 18 hingga 25 tahun, termasuk seorang perempuan, ditahan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (BSPT) IPD Kuala Selangor dalam Operasi Ubah Suai Ekzos di daerah tersebut bermula jam 5 petang hingga 8 malam, kelmarin.

BACA >>> Pemilik Waisuku Kena Saman: "Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya"
BACA >>> Polis Perak Sita Motosikal Ubah Suai Ekzos, Polis Bukit Aman Gegar Mat Rempit Johor

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/03/kena-tukar-ekzos-standard-ipd-kuala-selangor-2.mp4
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/03/kena-tukar-ekzos-standard-ipd-kuala-selangor-1.mp4

Polis menahan 10 daripada 12 motosikal kerana gagal melepasi ujian bunyi ekzos diubah suai yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor. Rata-rata motosikal dikesan melakukan kesalahan itu adalah jenis kapcai Yamaha Y150 dan LC 135 yang mengaku mengubah suai ekzos motosikal mereka demi kepuasan sendiri.

Ada seorang penunggang 20-an dilaporkan sanggup membelanjakan hingga RM7,000 untuk ubah suai tersebut.

 

Semua pesalah dikenakan saman minimun RM300 di bawah Kaedah 103 iaitu dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959) atas kesalahan Ubah Suai Ekzos, dan polis turut mengeluarkan 17 saman lain atas pelbagai kesalahan lain.

Kompaun RM300 juga dikeluarkan JAS kepada 10 individu tersebut di bawah Seksyen 48A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mematuhi had bunyi dibenarkan.

SUMBER: Kosmo

Artikel Berkaitan

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ekzos Perang, Motosikal Ekzos Bising, roda2, Saman Ekzos Bising

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my