• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Perak Sita Motosikal Ubah Suai Ekzos, Polis Bukit Aman Gegar Mat Rempit Johor

Polis Perak Sita Motosikal Ubah Suai Ekzos, Polis Bukit Aman Gegar Mat Rempit Johor

March 1, 2021 By Aryon 1 Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Perak menerusi Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Perak dengan kerjasama Badan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Muallim (BSPTD) Perak mengeluarkan 28 saman atas pelbagai kesalahan, termasuk menyita tiga motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Utama Felda Besout 1, pada 27 Februari lalu.

Tiga motosikal itu disita disebabkan kesalahan mengubah suai ekzos di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987, dan dibawa ke IPD Muallim untuk tindakan lanjut. JSPT IPK Perak mendakwa tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan samseng jalanan.

jspt-perak-ubah-suai-ekzos-1
jspt-perak-ubah-suai-ekzos-2
jspt-perak-ubah-suai-ekzos-3

Dalam kejadian lain, JSPT Bukit Aman menerusi Skuad 42 JSPT Bukit Aman turut melancarkan operasi sama, Ops Samseng Jalanan dengan menahan dua penunggang motosikal yang disyaki saling berlumba di Jalan Kluang-Air Hitam, Batu Pahat pada 26 Februari lalu. Sehari kemudian, pada 27 Februari di lokasi sama, skuad sama menahan seorang penunggang motosikal kerana beraksi bahaya.

Semua suspek kini ditahan di bawah Sek. 42 (1) APJ 1987 dan dibawa ke Balai Trafik IPD Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

JSPT Bukit Aman memberi amaran, mereka yang tegar menjalankan aktiviti lumba haram sentiasa dalam perhatian polis dan tindakan undang-undang pasti akan dikenakan.

SUMBER: JSPT PDRM

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), JSPT Bukit Aman, JSPT IPK Perak, Lumba Haram, Ops Samseng Jalanan, roda2, Skuad 42

Comments

  1. mas says

    March 1, 2021 at 10:16 AM

    Lepas tu boleh la gi cari kedai yg jual pulak. Subahat...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my