Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Honda Civic EG8 ‘LHD’ yang Merah Mak Ngah
Bikin Auto

#BikinKereta: Honda Civic EG8 ‘LHD’ yang Merah Mak Ngah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKALI pandang Honda Civic ini nampak sama seperto kereta bikin lain di Malaysia. Tetapi, jangan mudah tertipu kerana Civic EG8 yang satu ini memang berbeza. Ini bukan model kereta pemanduan kanan (RHD), tetapi kerusi pemandu terletak sebelah kiri, ini kereta Left Hand Drive.

Dipadankan transmisi manual bukan mudah buat kita yang sudah biasa dengan posisi memandu sambil letak siku kanan ke tingkap kereta. Ibarat kata pujangga mat saleh, ‘practice makes perfect‘. Jadi, itu bukan masalah besar buat si tuan kereta kerana dia  mahu tak mahu dia kena juga memandu kereta berstereng sebelah kiri itu.

UBAH SUAI ENJIN TIDAK KETERLALUAN

Bahagian trenkuasa dibiarkan sederhana tanpa sebarang modifikasi besar. Enjin B16B sentuhan MZTuned itu dipasangkan unit terotel badan S90 untuk aliran udara lebih sempurna memasuki kebuk intake, manakala petrol dari tangki utama dihantar melalui regulator minyak Sard.

BACA >>> Honda Civic Si Coupe, Versi 2 Pintu yang Menawan Tetapi….

Gas karbon hasil pembakaran dalaman enjin ditolak keluar melalui ekstraktor Hi Tec terus ke bahagian mufler J’s Racing. Kuasa terhasil dipadukan mantap menerusi padanan ECU Hondata dengan kotak gear S4C dilengkapi pacuan akhir 4.7 dan klac Ogura Super Single.

Keselesaan pemanduan harian disempurnakan menerusi suspensi boleh laras Tein Flex HLSH, manakala keyakinan membrek diserahkan kepada pad brek Bendix Metal King.

BADAN MERAH MENYALA


Padanan badan merah menyala bukan saja memberikan imej garang, tetapi juga macho. Lebih-lebih lagi Selepas dipadankan dengan bonet depan dan spoiler J’s Racing, lip depan Mugen, lampu depan/signal USDM, lampu kabus EG9, lampu belakang Sonar EG9 dan lower arm lengkap Function 7.

Melangkah masuk ke kabin, pemilik memilih pelbagai aksesori aftermarket  seperti stereng Mugen, kerusi bucket karbon Kevlar Konic, kerusi penumpang sebelah Recaro EK9 yang dipasangkan bersama tali keledar Takata. Bahagian papan pemuka terhidang meter voltan dan suhu air Apexi RSM.

Bagi memastikan keseluruhan casis badan jentera lebih seimbang, kabin dipasang k-bar dan bar tengah kustom. Hasilnya memang ngam!

BACA >>> Honda Civic ES 1.7 Shin Rara – Sama Cantik, Sama Padan!!!

SPESIFIKASI

Honda Civic EG8

MODIFIKASI ENJIN: Aliran udara kustom, terotel badan S90, regulator minyak Sard, kabel plag 9mm, ekstraktor Hi-Tech, mufler J’s Racing
TRANSMISI: G.Box S4C final 4.7, klac Ogura Super Single
ELEKTRONIK: ECU Ralliart, RSM, Defi 6-beradik
SUSPENSI: Tein Flex HLSH body shift + pillow ball
SISTEM BREK: Asal
DALAMAN: Stereng Mugen, Konic Carbon Kevlar (pemandu), kerusi Recaro EK9 (penumpang), volt/suhu air kustom, Apexi RSM, tali keledar Takata, karpet EG9
LUARAN: Huda/spoiler J’s Racing, lip depan Mugen, lip Universal, lampu depan USDM, signal USDM, lampu kabus EG9, lampu belakang sonar EG9, lower arm Function 7
RODA & TAYAR: Rim TE37 Magnesium Blue Thailand, tayar Toyo Proxes R888

Teks: Faizal Shift
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI
Bikin Kereta Honda Honda Civic Honda Civic EG8 Modifikasi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.