• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic Si Coupe, Versi 2 Pintu yang Menawan Tetapi....

Honda Civic Si Coupe, Versi 2 Pintu yang Menawan Tetapi....

October 26, 2018 By Abang Hirata 1 Comment

551
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AMERIKA Syarikat (AS) ialah pasaran penting buat Honda kerana pengeluar itu meraih jualan besar melalui beberapa model popular seperti Civic, Accord dan CR-V. Pasaran pembeli yang besar juga membolehkan Honda memiliki banyak model unik seperti trak pikap Ridgeline dan juga jenama mewah, Acura.

Selain model unik, Honda turut mempunyai kepelbagaian gaya badan kereta, seperti ditawarkan Civic. Di pasaran negara kita misalnya, kita boleh memiliki dua jenis Civic sama ada versi sedan atau hatchback Type R. Di negara jiran seperti Thailand pula, Honda menawarkan Civic sedan, hatchback dan juga hatchback Type R.

BACA >>> #BikinKereta: Honda EG6 - Hatchback yang Paling Playboy Era 90-an dan Awal Milenia

Cuma satu keistimewaan yang ada di AS, tetapi tiada di rantau ini. Itulah Civic Si Coupe.

Sama seperti Civic sedan versi AS yang menerima model facelift, Civic Si Coupe turut hadir dengan beberapa perubahan dan dijadualkan menemui pelanggan bermula 1 November depan.

Berikut ciri Honda Civic Si (2019):

  • Dilengkapi enjin 1.5L VTEC Turbo, 205hp dengan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Dilengkapi diferensial gelincir-terhad (LSD) helikal.
  • Sistem suspensi adaptif dengan 2 mod boleh laras.
  • Ada pemegang cawan lebih besar.
  • Sistem audio dengan kawalan butang (lebih mesra pengguna berbanding digital penuh).
  • Kawalan penyaman udara didatangkan dengan butang fizikal.
  • Fungsi Bluetooth yang lebih mudah dipadankan dengan gajet.
  • Kawalan audio stereng lebih intuitif.
  • Warna baharu - Tonic Yellow Pearl


Honda Civic Si Coupe versi AS dipasangkan di kilang Ontario, Kanada, manakala enjin pula dikeluarkan di kilang Anna, Ohio. Model ini ditawarkan pada harga AS$24,300 (RM101,214). Harga menarik, rekabentuk menawan tetapi tiada untuk pasaran Malaysia.

Walaupun nampak mustahil, Civic Coupe memang ada di negara kita. Dipercayai dibawa masuk pemilik AP persendirian seperti pelajar luar negara.

BACA >>> Honda Civic (2019) Tambah Varian Baharu, Honda Sensing Kini Jadi Ciri Standard

GALERI

Related

551
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Si Coupe

Comments

  1. . says

    August 20, 2019 at 9:11 PM

    Honda civic si manual memang tiada right hand drive ke?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev