Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Hennessey H850 Mustang Dark Horse, Model Prestasi yang Dibuaskan Lagi!
Bikin Auto

#BikinKereta: Hennessey H850 Mustang Dark Horse, Model Prestasi yang Dibuaskan Lagi!

Abang HirataBy Abang Hirata14/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DARIPADA barisan Ford Mustang baharu edisi Mustang Dark Horse sudah tampil berbisa, tetapi Hennessey seperti biasa mahu mempertingkat lagi kuasa sedia ada.

Justeru lahirlah H850 Mustang Dark Horse dengan lonjakan kuasa tinggi. Sebelum Hennessey, Ford terlebih dulu mengubah suai Mustang dan ini bermakna, model tersebut adalah versi modifikasi kali kedua.

Ford Mustang asal dibekalkan enjin Coyote 5.0L V8 dan diubah Ford kepada Dark Horse menerusi penggunaan rod sambung dan badan terotel kembar Shelby GT500 yang menghasilkan ourput kuasa 500hp dan tork 566Nm.

Ford Mustang Dark Horse (2023) boleh dipesan dalam transmisi manual 6-kelajuan Tremec (gear 3.73), atau automatik 10- kelajuan (gear 3.55). Model kilang itu dilengkapi set brek Brembo dan Dark Horse dibuat untuk beraksi di trek.

Di tangan Hennessey, enjin V8 itu dipasang supercas prestasi tinggi dan sistem aruhan udara aliran tinggi. Hennessey juga memasang injektor bahan api dinaik taraf dan pam bahan api baharu.

Modifikasi itu disekalikan perisian Pengurusan Enjin HPE yang menghasilkan kuasa setinggi 850hp dan tork 881Nm!

Tidak hanya enjin, rupa luar juga diubah suai seperti rim aluminium aloi dan set spliter depan, skirt sisi dan spoiler belakang dengan rekaan sama, tetapi daripada material gentian karbon.

Ruang kabin diserlahkan dengan logo Hennessey pada kerusi dan turut terpampang pada badan kereta. Grafik badan Heritage dijadikan pilihan kepada pembeli.

Pakej naik taraf Hennessey H850 Ford Mustang Dark Horse diberi waranti tiga tahun atauhad perbatuan 36,000 batu (60,000km) dan pengeluaran dijadual suku keempat tahun ini.

BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6×6 (2023) – Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!
BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6×6, Harga Lebih RM1.8 Juta!
BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 1000 (2023) – Ford F-150 Raptor R Versi Lebih Buas!
BACA >>> Hennessey Venom 1200 Mustang GT500, Ubah Suai Mustang Shelby dengan Kuasa 1,204hp!
BACA >>> Ford Mustang Dark Horse (2023) Baharu, Mustang Prestasi Tinggi dengan Kuasa 500hp!

Hennessey H850 Mustang Dark Horse
Ford Mustang Dark Horse (2023)
Bikin Auto Bikin Kereta Ford Mustang Ford Mustang Dark Horse Hennessey Hennessey H850 Mustang Dark Horse Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.