• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6x6 (2023) - Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!

#BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6x6 (2023) - Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!

May 23, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TRAK pikap raksasa di atas bukan Hennessey VelociRaptor 6x6 seperti yang kami siar pada 2022 lalu. Perhatikan ejaan, VelociRaptoR ini ialah Ford F-150 Raptor R generasi ketiga yang diubah suai kepada model 6x6.

Menggunakan F-150 Raptor R sebagai asas juga bermakna projek terbaharu Hennessey ini dipacu enjin 5.2L V8 supercas.

Menariknya, Hennessey membiarkan enjin itu dalam kondisi standard yang menghasilkan 700hp @ 6,650rpm dan tork 867Nm @ 4,250rpm. Kuasa itu dikatakan memadai untuk VelociRaptoR 6x6 (2023) ini dipandu atas jalan dan meredah off-road.

Ini berbeza projek VelociRaptoR 1000 (2023) yang diubah suai daripada Raptor R dengan menaik taraf komponen enjin trak pikap itu kepada kuasa melonjak hampir 1,000hp!

VelociRaptoR 6x6 (2023) diubah suai dengan memasang ruang kargo belakang yang dipanjangkan daripada 5.5 kaki kepada 8 kaki, dan gandar kedua beroperasi penuh. Walaupun enjin kekal standard, daya traksi meningkat lebih 50 peratus.

Trak pikap ini dipasang suspensi Fox Live Valve, dan kit pengarasan suspensi depan yang secara keseluruhan dinaikkan 3 inci. Bahagian roda dipasangkan rim Hennessy 20 inci dan padanan tayar off-road 37 inci. Di sebalik set rim dan tayar ialah brek prestasi Brembo.

Secara keseluruhan, raksasa tersebut mempunyai ukuran panjang hampir 27 kaki, tinggi 7 kaki dan lebar 7 kaki, manakala berat tanpa muatan (kerb) dianggarkan 2,948kg.

Satu lagi pakej dipasangkan ialah bampar depan dan belakang, lampu LED dan logo khas Hennessey VelociRaptoR selain nombor siri dalam kabin dan ruang enjin.

Mengenai harga, VelociRaptoR 6x6 (2023) pasti tidak murah apabila ditawarkan bermula AS$499,999 (RM2,228,510), termasuk sebuah trak pikap Ford F-150 Raptor R.

Harga itu termasuk waranti tiga tahun atau jarak pemanduan 36,000 batu (~60,000km), dan turut ditawarkan kepada pelanggan global.

BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6x6, Harga Lebih RM1.8 Juta!
BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 1000 (2023) - Ford F-150 Raptor R Versi Lebih Buas!
BACA >>> Hennessey Venom 1200 Mustang GT500, Ubah Suai Mustang Shelby dengan Kuasa 1,204hp!

Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023.01
Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023.02
Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023.03
Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023.04
Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023.05
Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023.06
Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023.07
Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023.08

 

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Kereta, Ford Ranger Raptor R, Hennessey, Hennessey VelociRaptor, Hennessey VelociRaptor 6x6, Hennessey VelociRaptoR 6x6 2023, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
  • Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga
    Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my