Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!
Auto Terkini

Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENEA Bastianini merealisasikan impian untuk muncul juara MotoGP selepas memintas pendahulu saingan, Pol Espargaro dalam beberapa lap akhir aksi pembukaan Kejuaraan Dunia 2022 di Qatar, semalam.

Pelumba Itali dari pasukan Gresini Ducati melakar kemenangan kelas premier di Litar Antarabangsa Losail, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan sejak kejayaan ditempah Toni Elias pada 2006!

BACA >>> Naik Basikal Sampai Putrajaya, Espargaro Mohon Maaf Langgar SOP Covid-19
BACA >>> #TahukahAnda: Ramai Tak Tahu ‘Suzuki Hayabusa’ Sudah Dielektrikkan Lebih Sedekad Lalu

Naib juara direngkul pelumba KTM Factory, Brad Binder yang mengambil kesempatan merampas posisi Espargaro yang berdepan masalah grip pada lap terakhir perlumbaan.

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez dan Espargaro memulakan saingan dengan memecut ke depan menyebabkan Binder mengambil posisi ketiga milik Bastianini.

Espargaro membiarkan Marquez mendahului saingan, tetapi kesilapan sama dilakukan pelumba utama Honda itu membenarkan Binder meluru ke tempah kedua.

BACA >>> Bagnaia, Miller Dedah Desmosedici GP22 dengan Skema Warna Merah Asli Ducati

Kesilapan Marquez di Turn 1 membawa padah apabila Bastianini dengan jentera Ducati GP21 memecut kedudukan ketiga sepanjang lap ketujuh dari posisi 22.

Espargaro kemudian melebarkan jarak pendahulu 1.5 saatm tetapi selepas memintas Binder, Bastianini mula merapatkan jarak dengan pelumba Sepanyol itu sebelum membuka langkah juara dalam baki lima lap akhir.

Bastianini ialah pelumba kedua pasukan satelit Ducati yang memenangi perlumbaan MotoGP selepas Jorge Martin dari Pramac Ducati. Bezanya, jentera Bastianini sudah berusia lebih setahun (GP21).

Sementara itu, pelumba Aprilia, Aleix Espargaro pula cuba mengejar adiknya, Pol selepas memintas Marquez dan duo Suzuki Ecstar, Joan Mir dan Alex Rins.

Selepas mempamerkan prestasi dan kelajuan impresif ketika latihan, Mir dan Rins mendapati kedudukan di tempat ke lapan dan 10 dalam sesi Kelayakan, di depan juara dunia musim lalu daripada pasukan Yamaha dan pemenang GP Qatar 2021, Fabio Quartararo.

Mir dan Quartararo bersaing di tempat keenam dan ke-11, tetapi pelumba Perancis itu gagal mengejar yang nyata lebih pantas. Tanpa disangka, Mir pula kehilangan rentak dan terpaksa menamatkan kelajuan berakhir di tempat keenam, manakala Rins ketujuh.

Mimpi ngeri Quartararo berulang dan hanya mampu berada di kedudukan kesembilan, belakang Johann Zarco, manakala
Jack Miller mengalami masalah teknikal hingga terpaksa menarik diri.

BACA >>> Marc Marquez: Satu Hari Nanti Akan Ada Orang Kalahkan Aku

Ducati semakin suram apabila pelumba Factory, Francesco Bagnaia yang awalnya beraksi mantap di petak depan dari 15, tetapi hilang kawalan ketika cuba memintas Jorge Martin hingga menyebabkan kedua-duanya terbabas. Tiga pelumba lain terbabas ialah Marco Bezzecchi (VR46), Alex Marquez (LCR Honda) dan Miguel Oliveira (KTM).

Sebahagian besar pelumba memilih tayar lembut untuk roda depan dengan tayar sederhana lembut di belakang. Perlumbaan bermula jam 6 petang dan tiada ujian pr-musim dibuat di Losail sebelum minggu perlumbaan.

Pusingan kedua MotoGP 2022 akan diadakan di Litar Antarabangsa Mandalika di Indonesia pada 18 hingga 20 Mac ini.

SUMBER: Crash

2022 MotoGP Qatar Alex Marquez (LCR Honda) Alex Rins Brad Binder Francesco Bagnaia Gresini Ducati Jack Miller Joan Mir Johann Zarco jorge martin Marc Marquez Marco Bezzecchi (VR46) Miguel Oliveira (KTM) Pol Espargaro
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.