Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TahukahAnda: Ramai Tak Tahu ‘Suzuki Hayabusa’ Sudah Dielektrikkan Lebih Sedekad Lalu
Roda2

#TahukahAnda: Ramai Tak Tahu ‘Suzuki Hayabusa’ Sudah Dielektrikkan Lebih Sedekad Lalu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pengeluar meluaskan perniagaan pembuatan motosikal elektrik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah perkhidmatan penghantaran restoran makanan segera juga sudah beralih kepada skuter elektrik.

Dalam sukan lumba motosikal pun kini sudah ditawarkan kelas motosikal elektrik menerusi MotoE. Namun, mungkin masih ada belum tahu mengenai cerita ‘Suzuki Hayabusa‘ elektrik.

BACA >>> Ducati Dedah Prototaip Jentera Elektrik MotoE untuk Saingan MotoGP 2023
BACA >>> KTM Bangunkan Motosikal Elektrik Aras Mula, Dijangka Lancar 2024

Kisahnya popular sekitar 11 tahun lalu pada era kereta elektrik masih sukar ditemui. Bagaimanapun, ‘Hayabusa’ elektrik itu bukan buatan Suzuki, tetapi Chip Yates dan pasukannya.

Laporan Cycleworld pula pernah menyatakan motosikal itu sebenarnya dibangunkan menggunakan frem Suzuki GSX-R750 manakala Asphalt and Rubber melaporkan gayanya seakan Hayabusa.

Dipanggil SWIGZ, superbike itu dibina lebih sedekad lalu yang boleh dikategorikan sebagai motosikal ‘berkuasa bateri’. Ini kerana hampir setiap sudut motosikal, daripada ruang tangki minyak, bawah pelana hingga tambahan fairing kotak pada bahagian belakang dipasangkan bateri.

Portal Moto IT melaporkan semua komponen trenkuasa asal ‘Hayabusa’ ditanggalkan untuk memasukkan peranti kawalan arus dan trenkuasa elektrik, serta unit bateri kecil berbentuk silinder.

Yates dikatakan mahu membuktikan motosikal elektrik mampu menandingi jentera petrol dalam Kejuaraan Superbike AMA. Misi itu dianggap luar biasa jika mengambil kira senario cabaran dan teknologi sekitar 2011.

Malah, saiz bateri, motor elektrik dan komponen elektrik lain bersaiz besar dan berat pada zaman tersebut. Kemajuan teknologi elektrifikasi pada masa itu juga tidak sepantas 2020.

Justeru bagi memastikan SWIGZ cukup berkuasa, Yates mengetahui bahagian di sebalik fairing tidak menyediakan ruang untuk jumlah bateri diperlukan. Itu memaksa dia membina kotak simpanan pada ekor belakang SWIGZ.

Dari segi rekabentuk, mungkin nampak seperti motosikal kurier. Yates juga menemui cara menjana semula kuasa untuk mengecas bateri dengan tambahan Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) pada roda depan. Setiap kali motosikal membrek, tenaga kinetik akan dijana dan disimpan dalam pek bateri.

Superbike elektrik itu melakukan debut pada Januari 2011 dengan membantu Yates memenangi tempat kedua dan ketiga (dua perlumbaan) di WERA AutoClub Speedway. Khabarnya, SWIGZ mampu menghasilkan kuasa setinggi 240hp! Yates juga mengambil bahagian di Pikes Peak dan mencipta beberapa rekod seperti kelajuan 307km di Mojave pada April 2011.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> Triumph TE-1 – Sportbike Elektrik 174hp Sedia untuk Ujian Jalan Raya, Trek

Siguiendo la cuenta atrás de @JesSanSan #Faltan 89 dias para Qatar 2015 y nos lo recuerda @chipyates89 pic.twitter.com/CaMXAuCkTc

— Martin Sanchez (@MartinoMoto) December 27, 2014

 

SUMBER: MotoIT

Chip Yates Kejuaraan Superbike AMA motosikal elektrik roda2 Suzuki Hayabusa Elektrik Suzuki Hayabusa EV SWIGZ WERA AutoClub Speedway
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Roda2

    HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.