Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Asal Wrangler Rubicon Jadi Militem Ferox500 yang Laju Macam Supercar!
Bikin Auto

Asal Wrangler Rubicon Jadi Militem Ferox500 yang Laju Macam Supercar!

Abang HirataBy Abang Hirata02/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MILITEM ialah jenama Itali yang menghasilkan kereta mewah yang menumpukan kepada kenderaan buatan Amerika Syarikat (AS). Syarikat ini diwujudkan hasil idea Hermes Cavarzan, usahawan dari Lombardy dengan berpengalaman 40 tahun dalam bidang automotif.

Antara model keluaran Militem ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Hero, Ferox dan trak pikap Ferox-T.

BACA >>> Perincian Jeep Wrangler Rubicon Versi LEGO Ini Memang Bikin Tangkap Leleh
BACA >>> Jeep Mahu Guna Gorilla Glass untuk Cermin Depan, Macam Skrin Telefon Pintar

Terbaharu, Militem memperkenalkan Ferox500, sebuah jip atau SUV yang bernadikan enjin 6,417cc V8 Hemi. Pengenalan model kelima MILITEM itu dibuat sempena perasmian pengedar pertama di Jerman, AutoHaus Ulmen di Düsseldorf.

Macam pernah lihat? Ferox500 asalnya ialah Jeep Wrangler Rubicon 392 yang hanya dijual secara rasmi di Amerika Utara. Berikut ciri Militem Ferox500:

Trenkuasa
  • Enjin 6.4L V8 Hemi berkuasa 463hp @ 6,000rpm dan tork 637Nm @ 4,300rpm.
  • Pacuan 4WD, transmisi automatik 8-kelajuan TorqueFlite dengan kawalan pedal syif.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat.
  • Teknologi penjimatan minyak dengan ciri nyah aktif separuh silinder apabila kuasa maksimum tidak diperlukan.
  • Skup udara besar untuk penyejukan enjin.
  • Ekzos dua mod dengan empat paip ekzos dan injap, warna hitam kusam.
  • Mod ekzos berbeza boleh diaktifkan melalui butang papan pemuka.
Rekaan Luaran

  • Ubah suai bahagian depan dan belakang.
  • Gril gentian karbon kusam.
  • Tiada tayar ganti pada pintu but belakang.
  • Nampak ‘jahat’ dan garang dengan profil lebar.
  • Rim Militem 22 inci x 9.5 inci hitam, dibuat menggunakan teknologi Hybrid Forged untuk lebih ringan dan mampu menahan beban berat.
  • Tayar jalanan 325/50 atau semua permukaan (AT) 35×12.50.
  • Pilihan rim lebih kecil Militem Black Edition 20 inci x 10 inci dengan tayar AT 35×12.50.
  • Kelengkapan pilihan seperti lampu LED pada bampar.
  • Pemijak kaki (footboard) jenis buka dan simpan elektronik.
  • Bumbung keras (hard top) dengan tiga bahagian seperti model asal.
  • Pilihan bumbung lebut (soft top) kawalan elektrik dengan tingkap belakang boleh cabut untuk pemanduan ala cabriolet.
Rekaan Dalaman

  • Kerusi direka semula Militem dengan bentuk ala perlumbaan.
  • Balutan kulit Nappa dan kemasan Alcantara.
  • Stereng rekaan Militem dengan bentuk rata bawah.
  • Konsol tengah dengan butang kawalan lampu ambien pelbagai warna.
  • Pilihan peribadi untuk aneka balutan kulit dan bahan termasuk denim.
Suspensi dan Brek

  • Suspensi Militem Performance Shocks.
  • Dilengkapi dua gas berasingan dan hidraulik dua kesan.
  • Dibuat daripada aluminium dan dilapisi gentian karbon.
  • Kit peninggi 2 inci Militem.
  • Palang torsi (Track Bar) boleh laras atau kalibrasi.
  • Sistem brek dibuat dengan kerjasama Powerbrake.
  • Cakera depan 370x34mm jenis apung dengan 72 aliran pengudaraan dan lapisan permukaan (surface coating).
  • Kaliper aluminium 6-piston daripada besi tahan karat.
  • Pad brek prestasi tinggi dengan kabel besi sirat (braided) gred pesawat.
  • Kaliper brek belakang 4-piston dengan cakera 370x32mm.

Setelah dipertingkatkan begini, berapakah harga Militem Ferox500? Bermula €149,500 (RM692,630) dan setiap model Militem didatangkan dengan waranti 36 bulan atau pemanduan 100,000km.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Lampu Depan Adaptif LED Matriks yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Aston Martin Virage, Virage Volante – Model Langka 5.3L, 6.3L dengan DNA Lumba!

Bikin Auto Bikin Kereta Hermes Cavarzan Jeep Wrangler Rubicon 392 MILITEM MILITEM FERŌX500 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.