MILITEM ialah jenama Itali yang menghasilkan kereta mewah yang menumpukan kepada kenderaan buatan Amerika Syarikat (AS). Syarikat ini diwujudkan hasil idea Hermes Cavarzan, usahawan dari Lombardy dengan berpengalaman 40 tahun dalam bidang automotif.
Antara model keluaran Militem ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Hero, Ferox dan trak pikap Ferox-T.
BACA >>> Perincian Jeep Wrangler Rubicon Versi LEGO Ini Memang Bikin Tangkap Leleh
BACA >>> Jeep Mahu Guna Gorilla Glass untuk Cermin Depan, Macam Skrin Telefon Pintar
Terbaharu, Militem memperkenalkan Ferox500, sebuah jip atau SUV yang bernadikan enjin 6,417cc V8 Hemi. Pengenalan model kelima MILITEM itu dibuat sempena perasmian pengedar pertama di Jerman, AutoHaus Ulmen di Düsseldorf.
Macam pernah lihat? Ferox500 asalnya ialah Jeep Wrangler Rubicon 392 yang hanya dijual secara rasmi di Amerika Utara. Berikut ciri Militem Ferox500:
Trenkuasa
- Enjin 6.4L V8 Hemi berkuasa 463hp @ 6,000rpm dan tork 637Nm @ 4,300rpm.
- Pacuan 4WD, transmisi automatik 8-kelajuan TorqueFlite dengan kawalan pedal syif.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat.
- Teknologi penjimatan minyak dengan ciri nyah aktif separuh silinder apabila kuasa maksimum tidak diperlukan.
- Skup udara besar untuk penyejukan enjin.
- Ekzos dua mod dengan empat paip ekzos dan injap, warna hitam kusam.
- Mod ekzos berbeza boleh diaktifkan melalui butang papan pemuka.
Rekaan Luaran
- Ubah suai bahagian depan dan belakang.
- Gril gentian karbon kusam.
- Tiada tayar ganti pada pintu but belakang.
- Nampak 'jahat' dan garang dengan profil lebar.
- Rim Militem 22 inci x 9.5 inci hitam, dibuat menggunakan teknologi Hybrid Forged untuk lebih ringan dan mampu menahan beban berat.
- Tayar jalanan 325/50 atau semua permukaan (AT) 35x12.50.
- Pilihan rim lebih kecil Militem Black Edition 20 inci x 10 inci dengan tayar AT 35x12.50.
- Kelengkapan pilihan seperti lampu LED pada bampar.
- Pemijak kaki (footboard) jenis buka dan simpan elektronik.
- Bumbung keras (hard top) dengan tiga bahagian seperti model asal.
- Pilihan bumbung lebut (soft top) kawalan elektrik dengan tingkap belakang boleh cabut untuk pemanduan ala cabriolet.
Rekaan Dalaman
- Kerusi direka semula Militem dengan bentuk ala perlumbaan.
- Balutan kulit Nappa dan kemasan Alcantara.
- Stereng rekaan Militem dengan bentuk rata bawah.
- Konsol tengah dengan butang kawalan lampu ambien pelbagai warna.
- Pilihan peribadi untuk aneka balutan kulit dan bahan termasuk denim.
Suspensi dan Brek
- Suspensi Militem Performance Shocks.
- Dilengkapi dua gas berasingan dan hidraulik dua kesan.
- Dibuat daripada aluminium dan dilapisi gentian karbon.
- Kit peninggi 2 inci Militem.
- Palang torsi (Track Bar) boleh laras atau kalibrasi.
- Sistem brek dibuat dengan kerjasama Powerbrake.
- Cakera depan 370x34mm jenis apung dengan 72 aliran pengudaraan dan lapisan permukaan (surface coating).
- Kaliper aluminium 6-piston daripada besi tahan karat.
- Pad brek prestasi tinggi dengan kabel besi sirat (braided) gred pesawat.
- Kaliper brek belakang 4-piston dengan cakera 370x32mm.
Setelah dipertingkatkan begini, berapakah harga Militem Ferox500? Bermula €149,500 (RM692,630) dan setiap model Militem didatangkan dengan waranti 36 bulan atau pemanduan 100,000km.
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Lampu Depan Adaptif LED Matriks yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Aston Martin Virage, Virage Volante - Model Langka 5.3L, 6.3L dengan DNA Lumba!
Leave a Reply