Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Apa Anda Dapat dengan Proton Iriz R3 Limited Edition (2021)? Harga RM52.9k
Roda4

Apa Anda Dapat dengan Proton Iriz R3 Limited Edition (2021)? Harga RM52.9k

Han OthmanBy Han Othman19/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON membuka tahun 2021 ini dengan melancarkan Iriz R3 Limited Edition (2021) bersama tiga model edisi khas lain yang diberikan wajah baharu lebih segar dan sporty, iaitu Saga R3 Limited Edition, Persona Black Edition dan Exora Black Edition.

Kali terakhir Iriz diperkenalkan sebagai model facelift pada April 2019 dengan menampil gril baharu berkonsepkan ‘Infinity Weave’ dan panel tema busur ‘Ethernal Bow’, termasuk ciri diperbaharui seperti lampu siang (DRL), kluster instrumen baharu, rekaan upholsteri baharu dan sistem infotainment terkini.

BACA >>> 7 Perkara Patut Anda Tahu Tentang Proton Iriz (2019) Facelift – Harga Bermula RM36,700!
BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?

Iriz R3 Limited Edition (2021) dijual pada harga RM52,900, atas jalan tanpa insurans dan sah hingga 30 Jun ini berikutan pengecualian cukai jualan diberikan Kerajaan.

Model edisi terhad ini juga ialah Iriz pertama dalam warna hitam. Ia dibina berasaskan varian 1.6L Premium CVT dengan menampilkan kemas kini luaran dan dalaman seperti berikut:

 

  • Rim aloi 16 inci rekaan baharu.
  • Pelekat ‘R3 Champion Team’ sempena dua kali kemenangan dalam Kejuaraan Sepang 1000km.
  • Pelekat ‘R3’ pada sisi badan, spoiler dan cermin depan.
  • Aksen kuning untuk luaran pada panel gril, perumah cermin sisi, bampar depan dan belakang, skirt sisi.
  • Aksen kuning untuk dalaman pada kluster meter, ventilator dan suis penyaman udara, stereng, dan karpet khas.
  • Lencana ‘R3’ dan ‘Limited Edition’ pada but belakang.
  • Lencana ‘R3 Limited Edition’ pada papan pemuka dan penyandar kepala di kerusi.
  • Kerusi kulit sintetik (leatherette) hitam dengan sulaman kontras benang kuning, termasuk konsol gear.
  • Penapis kabin N95.

Aspek mekanikal kekal sama seperti berikut:

  • ENJIN: 1.6L DOHC VVT
  • TRANSMISI: CVT
  • KUASA: 107hp @ 5,750rpm
  • TORK: 150Nm @ 4,000rpm
  • CIRI: 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), kamera undur, unit infotainment 7 inci.

Nak tahu model lain selain Iriz R3 Limited Edition (2021) yang dilancarkan Proton tadi? Klik pautan di bawah ini:

BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Saga R3 Limited Edition (2021)? Harga RM42.3k
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Persona Black Edition (2021)? Harga RM54.7k
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Exora Black Edition (2021)? Harga RM67.8k

Shanghai, China – May 24, 2017. Shanghai Poly Grand Theatre is familiar with Ando Tadao’s works in Shanghai. The theater is located in Jiading New Town, Jiading District, Shanghai, adjacent to Shanghai International Circuit, one of the landmark cultural facilities in Shanghai.
Auto Terkini hatchback segmen-B hatchback subkompak hathcback Proton Proton Iriz Proton Iriz R3 Limited Edition (2021) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

23/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

23/04/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Sedan 2026 Diperkenal, Badan Kekal Berkotak, Lampu Sinis

23/04/2026
Roda2

Yamaha TMAX Tech Max Kini Dalam Crystal Graphite – Maxi Scooter Premium Dari RM75,888

23/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam23/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.