• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Apa Anda Dapat dengan Proton Saga R3 Limited Edition (2021)? Harga RM42.3k

Apa Anda Dapat dengan Proton Saga R3 Limited Edition (2021)? Harga RM42.3k

February 18, 2021 By AO Leave a Comment

673
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON sebentar tadi melancarkan Saga R3 Limited Edition (2021), serentak bersama tiga lagi model lain, iaitu Iriz R3 Limited Edition, Persona Black Edition dan Exora Black Edition.

Kali terakhir Proton memperkenalkan Saga edisi dipertingkat (facelift) adalah pada 9 Julai 2020, iaitu Saga Anniversary Edition sempena ulang tahun model sedan mini itu yang ke-35. Model edisi terhad ini dijual pada harga RM42,300 sahaja, atas jalan dan tidak termasuk insurans setakat, istimewa hingga 30 Jun ini.

BACA >>> Proton Saga Anniversary Edition Lancar, Harga Kit Badan Penuh RM41k Sahaja
BACA >>> Proton Saga Cecah Usia 35 Tahun, Sudah Terjual 1.8 Juta Unit!

Dari segi penampilan bolehlah dikatakan asas gaya model R3 ini diambil daripada Saga Anniversary Edition (foto atas) dengan mengekalkan aksen kuning sama dan tambahan pelekat R3. Kemasan ruang kabin juga berbeza yang lebih premium berbanding model ulang tahun 2020 itu.

Kami perincikan apa yang anda dapat jika beli Saga R3 Limited Edition (2021) ini:

 

  • Rim aloi 15 inci kelabu kusam, rekaan sama seperti model Anniversary.
  • Aksen kuning untuk luaran pada panel gril, skirt sisi, bampar depan dan belakang, dan perumah cermin sisi.
  • Aksen kuning untuk dalaman pada kluster meter, ventilator penyaman udara dan konsol tengah, termasuk stereng berserta sulaman benang kuning (tiada untuk model Anniversary).
  • Pelekat khas 'R3' pada cermin depan dan belakang, serta pelekat strip grafik '82 R3' pada sisi badan.
  • Lencan khas 'R3' dan 'Limited Edition' pada pintu but, dan lencana 'R3 Limited Edition' pada papan pemuka.
  • Karpet khas 'R3 Limited Edition'.
  • Pelekat 'R3 Champion Team' pada panel cermin tingkap belakang
  • Kerusi kulit sintetik (leatherette) hitam dengan sulaman benang kuning (model Saga pertama guna material ini).
  • Penapis kabin N95.

Aspek mekanikal masih sama seperti model Anniversary yang dibina berasaskan Saga 1.3L Premium AT.

  • ENJIN: 1.3L DOHC VVT
  • TRANSMISI: Automatik 4-kelajuan
  • KUASA: 93hp @ 5,750rpm
  • TORK: 120Nm @ 4,000rpm
  • CIRI: 2 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), kamera undur, unit infotainment 7 inci.

Berikut pautan model lain yang dilancarkan serentak bersama Saga R3 Limited Edition (2021) ini:

BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Iriz R3 Limited Edition (2021)? Harga RM52.9k
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Exora Black Edition (2021)? Harga RM67,800
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Persona Black Edition (2021)? Harga RM54.7k

Artikel Berkaitan

673
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: auto terkini, Proton, Proton Saga R3 Limited Edition (2021), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
    #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
  • #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
    #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
    Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my