Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Apa Anda Dapat dengan Proton Exora Black Edition (2021)? Harga RM67.8k
Roda4

Apa Anda Dapat dengan Proton Exora Black Edition (2021)? Harga RM67.8k

Han OthmanBy Han Othman19/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN Iriz R3 Limited Edition, kami turut diberi kesempatan merakamkan model Exora Black Edition (2021) di bilik pamera Proton. Rasanya sudah cukup lama model ini berada di pasaran Malaysia dan sudah banyak kali versi dipertingkat (facelift) diperkenalkan.

Exora facelift kali terakhir diperkenalkan Proton pada 2019, juga menjadi asas kepada model serba hitam ini. Hitam sebenarnya bukanlah warna baharu untuk Exora, tetapi versi edisi khas ini diberikan ekstra hitam pada luaran dan dalaman.

BACA >>> #PanduUji: Proton Exora (2019) Facelift, Masih Berbaloikah untuk Dimiliki?
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Iriz R3 Limited Edition (2021)? Harga RM42.3k

Selain Exora, model lain yang dimasukkan dalam ‘Edisi Hitam’ ialah Persona, manakala dua model lain, Iriz dan Saga diperkenalkan dalam versi ‘R3 Limited Edition’. Menurut pereka Proton,  Azlan Othman, warna hitam dipilih kerana memiliki elemen elegan dan premium serta bergaya.

Exora Black Edition (2021) boleh dibeli pada harga RM67,800, atas jalan dan tanpa insurans serta sah hingga Jun 2021 sahaja berikutan pengecualian cukai jualan diberikan Kerajaan.

 

Berikut apa yang anda akan dapat dengan Exora Black Edition (2021) ini:

  • Aksen emas untuk kemasan luaran pada bawah bampar depan dan belakang, termasuk perumah lampu kabus.
  • Aksen emas untuk kemasan dalaman pada panel pintu, karpet, konsol unit infotainment dan konsol gear.
  • Bahagian gril dan kemasan lampu utama kini berwarna hitam.
  • Pelekat strip emas sepanjang skirt, dan bawah bampar depan dan belakang.
  • Gril hitam.
  • Rim aloi 16 inci emas (rekaan lama).
  • Kerusi kulit sintetik (leatherette) hitam dengan sulaman kontras benang emas.
  • Monitor siling untuk penumpang belakang.
  • Penapis kabin N95.

Spesifikasi pula seperti berikut:

  • ENJIN: 1.6L Turbo DOHC VVT
  • TRANSMISI: CVT
  • KUASA: 138hp @ 5,000rpm
  • TORK: 205Nm @ 2,000-4,000rpm
  • CIRI: 2 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), kawalan jelajah, kamera undur, unit infotainment skrin sentuh 7 inci.

Klik pautan lain di bawah ini untuk model lain yang dilancarkan serentak bersama Exora Black Edition (2021):

BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Persona Black Edition (2021)? Harga RM54.7k
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Iriz R3 Limited Edition (2021)? Harga RM52.9k
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Saga R3 Limited Edition (2021)? Harga RM42.3k

Auto Terkini MPV Proton Exora Black Edition 2021) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

09/05/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

08/05/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

08/05/2026
Auto Terkini

Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

08/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.