Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Opel Bekerjasama dengan Leapmotor untuk EV Baharu!
Auto Terkini

Opel Bekerjasama dengan Leapmotor untuk EV Baharu!

Abang HirataBy Abang Hirata13/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUV EV kerjasama Opel -Leapmotor

OPEL mendedahkan projek penting dalam strategi model pengeluar itu, iaitu menghasilkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik baharu segmen-C, bagi melengkapkan barisan kenderaan yang terdiri daripada Grandland, Frontera dan Mokka.

Pengumuman ini dibuat sejurus sebelum Hari Pelabur Stellantis 2026, dan SUV baharu itu dijangka menjadi model pertama yang terhasil daripada peluasan kerjasama antara Stellantis dan Leapmotor yang sedang dirangka.

Latar Belakang Kerjasama Stellantis, Leapmotor

Logo Stellantis
Logo Leapmotor

Pada Oktober 2023, Stellantis menjadi pemegang saham tunggal terbesar Leapmotor dengan perolehan pegangan kira-kira 21 peratus dalam syarikat kenderaan elektrik (EV) China itu.

Serentak itu, Leapmotor International (LPMI) ditubuhkan sebagai usaha sama 51 peratus Stellantis dan 49 peratus Leapmotor, dengan hak eksklusif untuk penjualan dan pengeluaran produk Leapmotor di luar China Raya.

Perniagaan LPMI mencatat perkembangan menggalakkan di Eropah sepanjang 18 bulan lalu.

Logo Opel

Sejak melancarkan model T03 dan C10 pada 2024, LPMI kini beroperasi di lebih 850 pusat jualan dan servis di seluruh Eropah, dengan lebih 40,000 unit diserahkan kepada pelanggan sepanjang 2025.

Pada tahun sama, LPMI turut meluaskan operasi ke Amerika Selatan, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, sebelum memperkenalkan jenama Leapmotor di Mexico pada April 2026.

Hasil Jerman, China

CEO Opel, Florian Huettl

SUV baharu itu akan direka dan dicipta di Rüsselsheim, Jerman, serta dibangunkan pasukan antarabangsa yang berpusat di Jerman dan China.

Proses pengeluarannya pula sedang dinilai untuk dijalankan di kilang Zaragoza, Sepanyol, iaitu fasiliti yang turut menghasilkan Opel Corsa dan sudah menjadi lokasi pengeluaran model segmen-B itu sejak 1982.

Teknologi Leapmotor, Identiti Opel

SUV baharu tersebut dijangka menggunakan komponen teras daripada arkitektur elektrik terkini Leapmotor bersama teknologi bateri pengeluar itu.

Ini digabungkan dengan rekabentuk daripada Opel, pengalaman on-board, kejuruteraan casis, dan teknologi pencahayaan dan kerusi jenama tersebut.

Masa Pembangunan Kurang Dua Tahun

Menerusi kerjasama berkenaan, masa pembangunan dijangka disingkatkan kepada kurang dua tahun, yang juga satu pencapaian luar biasa dalam industri automotif.

Jualan dijangka bermula seawal 2028, dan SUV baharu tersebut akan dijual seiring barisan SUV Opel sedia ada.

CEO Opel, Florian Huettl
Logo Stellantis
Logo Leapmotor
SUV EV kerjasama Opel -Leapmotor
SUV EV kerjasama Opel -Leapmotor
SUV EV kerjasama Opel -Leapmotor
Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Leapmotor Opel Stellantis SUV EV Opel
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.