Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km
Auto Terkini

Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

Abang HirataBy Abang Hirata08/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEXUS memperkenalkan TZ, kenderaan utiliti sukan (SUV) janaan elektrik dengan tiga baris tempat duduk. TZ direka menggunakan konsep Driving Lounge dan merupakan model pertama seumpamanya bagi jenama mewah ini.

Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1989 Lexus terus komited dengan semangat inovasi melalui pengenalan teknologi dan nilai baharu kepada pelanggan.

TZ dibangunkan daripada platform GA-K yang diubah suai dan sama seperti Toyota Highlander yang diperkenalkan pada Februari lalu.

Rekabentuk dan Aerodinamik

Meskipun dizahirkan dalam bentuk berkotak atau ibarat kotak kasut dipasangkan roda, rekabentuk TZ memfokuskan kepada dua sisi iaitu kecantikan luaran dan kecekapan aerodinamik.

Walaupun imej SUV ini nampak tegap, ia mempunyai prestasi aerodinamik dalam kelompok terbaik untuk barisan SUV Lexus bagi membolehkan jarak pemanduan lebih jauh.

Rekabentuknya menggabungkan gaya ringkas dan tajam dengan spindle body serta grafik geometri yang menonjolkan kecantikan yang mempunyai fungsi.

Bahagian roda pula mengimbangi daya tarikan visual dan aspek aerodinamik bagi menghasilkan rupa yang menarik namun berkuasa.

SUV BEV 3 Baris Kerusi

TZ merupakan SUV BEV tiga baris yang dibina berasaskan konsep Driving Lounge untuk mewujudkan ruang mobiliti tinggi yang memberikan keselesaan kepada setiap penumpang.

Konsep ini menggabungkan persekitaran kabin santai dengan prestasi pemanduan dinamik khas Lexus.

Penggunaan platform khusus dan reka bentuk kabin terbuka mencipta ruang dalaman luas yang membolehkan semua penumpang berehat tanpa mengira kedudukan tempat duduk.

Tahap kesenyapan signatur Lexus telah diperhalusi lagi manakala prestasi dinamik kenderaan ditingkatkan sepenuhnya bagi memberikan kualiti pemanduan yang lancar.

Reka bentuk dalaman TZ turut menggunakan bahan hiasan Forged Bamboo yang diperbuat daripada buluh Shikoku bagi menyokong seni buatan lestari dan pemuliharaan teknik tradisional.

Teknologi dan Kelestarian

TZ menggunakan bahan kitar semula dan lestari pada bahagian dalam dan luar termasuk aluminium kitar semula. Pembangunan model ini menggabungkan proses pembuatan yang direka untuk meminimumkan impak alam sekitar.

Antara ciri utama ialah bumbung panoramik nipis yang boleh digerakkan serta kawalan arah bunyi untuk mencipta persekitaran akustik semula jadi.

Terdapat juga mod Rear Comfort yang mengutamakan keselesaan tempat duduk belakang melalui gabungan teknologi elektrifikasi perkakasan dan perisian.

Ciri Interactive Manual Drive pula disediakan untuk mendalamkan interaksi mengujakan antara pemandu dan kenderaan.

Trenkuasa

TZ menggunakan pacuan semua roda (AWD) dengan output maksimum 300 kW (407.8 ps).

Model ini menggunakan dua unit motor elektrik. Motor hadapan mempunyai output maksimum 167.0 kW (227 ps) dengan tork 268.6Nm. Motor belakang juga menghasilkan output yang sama, iaitu 167.0 kW (227 ps) dan tork 268.6Nm.

Kapasiti keseluruhan bateri adalah sebanyak 95.82 kWj. Pecutan dari 0 ke 100 km/j hanya dalam tempoh 5.4 saat.

Spesifikasi Teknikal Lexus TZ (Prototaip)

  • Output Maksimum Sistem: 300 kW (407.8 ps)
  • Motor Hadapan: Maksimum 167.0 kW (227 ps) dan 268.6Nm
  • Motor Belakang: Maksimum 167.0 kW (227 ps) dan 268.6Nm
  • Pacuan: AWD
  • Pecutan 0-100 km/j: 5.4 saat
  • Kapasiti Bateri: 95.82 kWj
  • Jarak Gerak (CLTC China): 640 km
  • Jarak Gerak (WLTC Jepun): 620 km
  • Jarak Gerak (WLTP Eropah): 530 km
  • Jarak Gerak (EPA): 482 km
  • Pengecasan DC: NACS, CHAdeMO, CCS, GB/T
  • Masa Pengecasan (150 kW SOC 10-80%): Anggaran 35 minit
  • Pengecasan AC: NACS Jenis 1, Jenis 2, GB/T (Maksimum 11 kW / 19 kW atau 22 kW)
  • Dimensi: Panjang 5,100 mm | Lebar 1,990 mm | Tinggi 1,705 mm
  • Jarak Roda: 3,050 mm
  • Berat: 2,630 kg
  • Saiz Tayar: 255/45R22 dan 255/55R20
  • Ruang Kargo: 290 liter sehingga 2,017 liter
  • Kapasiti Menunda: 1,587 kg (Amerika Utara) atau 1,500 kg (Eropah)
Lexus Lexus TZ
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

    08/05/2026
    Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #AutoChina2026: Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 Bawa DNA 911

    07/05/2026
    Roda4

    Audi Q5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.