Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#AutoChina2026: Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 Bawa DNA 911
Kenderaan Elektrik (EV)

#AutoChina2026: Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 Bawa DNA 911

Abang HirataBy Abang Hirata07/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Porsche Cayenne Coupé Electric 2027

DUNIA kenderaan elektrik (EV) bertambah menarik menerusi pengenalan Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 baharu yang mengambil ilham daripada rekabentuk ikonik 911.

Model itu menggabungkan profil flyline yang menjadi ciri khas Porsche dengan gaya bentuk badan menyerlah dan prestasi elektrik  luar biasa.

Dari segi visual dan teknikal, model itu diletakkan sebagai antara kenderaan paling emosional dan sporty dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV). Model itu diperkenalkan di Auto China 2026 di Beijing dalam tiga varian trenkuasa ketika pelancaran pasaran.

Rekabentuk Luaran, Aerodinamik

Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027

Porsche Cayenne Coupé Electric menampilkan rekabentuk emosional dengan garis bumbung yang diwarisi daripada Porsche 911.

Berbeza Cayenne Electric, model coupé itu menampilkan rekabentuk berbeza bermula pilar-A ke belakang, termasuk cermin depan yang direka khas.

Bahagian luaran turut dilengkapi dengan spoiler belakang adaptif yang menyatu dengan badan. Tingkap belakang dipasang rata dengan sambungan minimum untuk memberikan rupa moden yang kemas.

Penggunaan garis tepat, perkadaran lebar dan jalur tingkap sisi hitam kilatan tinggi menguatkan imej kereta sport dalam setiap perincian.

Porsche Cayenne Coupé Electric 2026

Rekabentuk itu juga berfungsi mengurangkan rintangan udara dengan nilai pekali seretan (Cd) 0.23, lebih rendah berbanding versi SUV yang mencatatkan 0.25.

Penambahbaikan itu meningkatkan jarak pemanduan WLTP gabungan sehingga 669km, iaitu tambahan 18km, bergantung model.

Sistem Porsche Active Aerodynamics pula merangkumi ciri flap udara penyejuk yang boleh bergerak dan spoiler belakang adaptif.

Trenkuasa, Prestasi Pemanduan

Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027

Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 ditawarkan dalam tiga varian utama, iaitu:

  • Cayenne Coupé Electric: Menghasilkan 300kW (408ps) dengan kuasa overboost melalui Launch Control sebanyak 325 kW (442 ps). Pecutan 0 ke 100 km/j dicapai dalam 4.8 saat dengan kelajuan maksimum 230 km/j. Penggunaan tenaga elektrik gabungan adalah 21.3 hingga 19.2 kWj/100 km.
  • Cayenne S Coupé Electric: Menghasilkan 400 kW (544 ps) dengan kuasa overboost sebanyak 490 kW (666 ps). Pecutan 0 ke 100 km/j mengambil masa 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Penggunaan tenaga elektrik gabungan adalah 21.1 hingga 18.9 kWj/100 km.
  • Cayenne Turbo Coupé Electric: Varian tertinggi yang menghasilkan 630 kW (857 ps) dengan kuasa overboost mencapai 850 kW (1,156 ps). Ia memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 2.5 saat dengan kelajuan maksimum 260 km/j. Penggunaan tenaga elektrik gabungan adalah 22.0 hingga 20.0 kWj/100 km.

Ketiga-tiga model itu menggunakan teknologi 800V yang membolehkan pengecasan pantas (DC) sehingga 390kW, malah boleh mencecah 400kW dalam kondisi tertentu.

Pengecasan standard (AC) pula 11kW, manakala unit 22kW ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

Aspek pengendalian dilengkapi suspensi udara adaptif dengan Pengurusan Aktif Suspensi Porsche(Porsche Active Suspension Management, PASM) sebagai standard.

Sistem suspensi aktif Porsche Active Ride dan pembelokan gandar belakang dengan sudut sehingga 5º turut tersedia sebagai pilihan.

Ruang Dalaman, Praktikaliti

Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027

Ruang kabin membawakan konsep Porsche Driver Experience yang berorientasikan pemandu dengan paparan digital luas.

Ini termasuk kluster instrumen digital penuh Flow Display di tengah, paparan penumpang dan pilihan paparan dongak (HUD) realiti terimbuh (AR).

Interaksi digital dan analog dioptimum secara ergonomik untuk kemudahan penggunaan, dan pengguna boleh membuat pelarasan sendiri melalui widget dan integrasi aplikasi pihak ketiga.

Walaupun mempunyai garis bumbung sporty, model coupé itu tetap praktikal dengan kapasiti muatan 534 – 1,347 liter, dan bonet (frunk ) tambahan 90 liter.

Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Kerusi belakang boleh dilaras elektrik dalam 2-tetapan dengan pilihan konfigurasi 2-kerusi atau 2+1.

Ciri standard termasuk bumbung kaca panoramik dan Sport Chrono Package.

Pilihan pakej Lightweight Sport pula mampu mengurangkan berat sehingga 17.6kg melalui penggunaan bumbung karbon ringan, rim 22 inci khas dan kemasan dalaman seperti fabrik corak Pepita dan Race-Tex.

Bagi kegunaan lebih lasak, tersedia bar tunda dengan kapasiti menunda sehingga 3.5 tan dan pakej off-road.

Spesifikasi Ringkas Porsche Cayenne Coupé Electric 2027

Porsche Cayenne Coupé Electric 2027

  • Trenkuasa: Motor elektrik kembar, teknologi 800V
  • Output Kuasa: 300kW (408ps) sehingga 850kW (1,156ps) overboost
  • Pecutan 0 – 100kmj: 4.8 saat (Base), 3.8 saat (S), 2.5 saat (Turbo)
  • Kelajuan Maksimum: 230kmj ke 260kmj
  • Jarak Pandu (WLTP): Sehingga 669km
  • Kapasiti Pengecasan: DC sehingga 390kW/400kW, AC (11 kW/22 kW)
  • Pekali Seretan: 0.23Cd
  • Dimensi: Panjang 4,985mm, lebar 1,980mm, dan tinggi 1,650mm
  • Kapasiti But: 534 liter – 1,347 liter (belakang) + 90 liter (frunk)
  • Kapasiti Tunda: 3,500kg
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2026
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Auto China 2026 Kenderaan Elektrik (EV) Porsche Porsche Cayenne Porsche Cayenne Coupé Electric Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 Porsche Cayenne Electric
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.