
AUDI menerusi pengedar rasmi, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C premium, Audi Q5 2026 generasi ketiga untuk pasaran Malaysia dalam dua pilihan varian pada harga berikut:
- Audi Q5 Advanced – RM352,990
- Audi Q5 Sportback S line – RM421,990
Pengarah Urusan PHSAM, Renate Noessler berkata, famili Audi Q5 baharu hadir dengan gabungan rekabentuk progresif, prestasi mantap dan teknologi pintar yang menjadi identiti utama model premium jenama Jerman tersebut.
Rekabentuk Lebih Premium, Sporty dan Moden

Audi Q5 2026 generasi baharu dibina berasaskan platform Pembakaran Platform Premium (Premium Platform Combustion, PPC) yang dibangunkan khas untuk model enjin pembakaran dalaman (ICE) Audi generasi terkini.
Audi Q5 Advanced menampilkan imej lebih elegan menerusi penggunaan rim 19 inci rekaan 10-Arm Aero, kemasan gril Advanced dan bampar khas untuk penampilan premium, tetapi masih praktikal kegunaan harian.
Sementara itu, Audi Q5 Sportback S line pula tampil lebih agresif dengan siluet coupe, garis bumbung landai, kit badan S line, rim Audi Sport 20 inci rekaan 5-twin-spoke twist dan kaliper brek merah.
Kedua-dua model SUV kompak premium itu ditawarkan dalam pilihan warna:
- Grenadine Red (merah)
- Mythos Black (hitam)
- Glacier White (putih)
Audi Sportback S line turut menerima pilihan Daytona Grey Pearl (kelabu), dan District Green Metallic (hijau), manakala Audi Q5 Advanced mendapat tambahan warna Navarra Blue (biru) dan Tambora Grey (kelabu).
Lampu LED Matriks, Teknologi Pencahayaan Pintar
Kedua-dua varian hadir dengan lampu utama LED Matriks LED bersama Digital Light Signatures dan fungsi aluan dan tinggal (Coming/Leaving Home).
Sistem tersebut mampu melaras pancaran cahaya secara adaptif bagi memastikan penglihatan optimum tanpa menyilaukan pengguna jalan raya lain.
Lampu belakang LED Rear Lights Pro juga menjadi ciri standard, manakala Audi Q5 Sportback S line menerima tambahan lampu brek Next Generation Projection Brake Light yang memancarkan amaran pada cermin belakang ketika membrek.
Enjin 2.0L TFSI, Quattro dan Transmisi S tronic
Di bawah bonet, Audi Q5 Advanced dijana enjin 2.0 liter TFSI berkuasa 199ps yang dipadankan bersama transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan S tronic.
Audi Q5 Sportback S line pula menggunakan enjin sama, tetapi dengan talaan lebih tinggi yang menghasilkan output kuasa 272ps.
Kedua-dua model turut menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) quattro, selain dilengkapi mod pandu Audi Drive Select yang membolehkan pemandu memilih karakter pemanduan mengikut situasi dan gaya pemanduan.
Varian Sportback S line mendapat talaan suspensi lebih sporty bagi meningkatkan pengendalian dan kestabilan ketika memandu.
Kabin Lebih Mewah, Berteknologi Tinggi
Menjengah ruang kabin, Audi Q5 2026 baharu tampil dengan susun atur lebih moden dan digital menerusi penggunaan paparan panorama OLED MMI bersaiz 14.5 inci melengkung bersama Audi Virtual Cockpit Plus saiz 11.9 inci.
Sistem infotainmen itu turut menyokong navigasi dengan data trafik masa nyata dan peta satelit Google.
Lebih menarik, Audi Assistant kini dikuasakan teknologi ChatGPT daripada OpenAI untuk kawalan suara lebih pintar dan natural. Turut tersedia adalah:
- Apple CarPlay wayarles
- Android Auto wayarles
- Pengecas telefon wayarles dengan sistem penyejukan adaptif
- Fungsi kunci digital
Audi Q5 Sportback S line turut menerima paparan dongak (HUD) dan sistem audio premium Bang & Olufsen 3D.
Ruang But Luas, Praktikal
Walaupun tampil sporty, Audi Q5 2026 masih mengekalkan aspek praktikaliti menerusi ruang but luas dengan kapasiti berikut:
- Audi Q5 Advanced – 520 liter (maksimum 1,473 liter)
- Audi Q5 Sportback S line – 515 liter (maksimum 1,415 liter)
Lengkap ADAS, Ciri Keselamatan Terkini
Aspek keselamatan kedua-dua model hadir dengan pakej Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:
- Pakej keselematan menyeluruh Audi Pre Sense, menggunakan kamera, radar dan sensor
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Keluar
- Amaran Tukar Lorong (LDW)
- Kamera Pandang Keliling 360º
- Pengesan Penumpang Belakang (ROD)
Sistem ROD mampu memberi amaran sekiranya penumpang di kerusi belakang masih berada dalam kenderaan selepas pemandu keluar.
Harga Audi Q5 2026 di Malaysia
- Audi Q5 Advanced – RM352,990
- Audi Q5 Sportback S line – RM421,990
Setiap pembelian didatangkan bersama waranti pengeluar dua [2] tahun tanpa had perbatuan, dan lima [5]tahun penyelenggaraan percuma, termasuk bantuan tepi jalan.
Pelanggan juga boleh mendapatkan Audi Assurance Package (AAP) yang menawarkan lanjutan waranti sehingga lima [5] tahun atau 150,000km.
Spesifikasi Ringkas Audi Q5 2026
Audi Q5 Advanced
- Enjin 2.0L TFSI
- Output kuasa 199ps
- Transmisi 7-kelajuan S tronic
- Sistem quattro AWD
- Rim 19 inci
- Paparan OLED MMI 14.5 inci
- Audi Virtual Cockpit Plus 11.9 inci
- LED Matriks
- ADAS lengkap
Audi Q5 Sportback S line
- Enjin 2.0L TFSI
- Output kuasa 272ps
- Transmisi 7-kelajuan S tronic
- Sistem quattro AWD
- Rim Audi Sport 20 inci
- Kit badan S line
- Paparan dongak (HUD)
- Sistem audio Bang & Olufsen 3D
- Suspensi sporty
- Lampu brek Projection Brake Light









































































































































