
KEGIATAN tonto yang sering menjadi cabaran kepada agensi penguat kuasa bakal dikenakan hukuman lebih berat menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2025.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pindaan tersebut memperkenalkan Seksyen 110B bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang mengganggu atau menggagalkan operasi penguatkuasaan.
Antara Kesalahan Di Bawah Seksyen 110B
- Menghalang atau mengganggu pegawai penguat kuasa
- Menyerang atau mengugut pegawai
- Mengekori kenderaan penguat kuasa
- Menyebarkan maklumat operasi kepada pesalah
- Membantu pihak yang melakukan kesalahan mengelak tindakan undang-undang
Menurut Anthony, aktiviti tonto selama ini menjadi antara faktor yang menyukarkan operasi membabitkan kesalahan seperti lebih muatan, kenderaan perdagangan dan kenderaan yang tidak mematuhi syarat.
Denda Sehingga RM50,000
Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan:
- Denda RM10,000 hingga RM50,000
- Penjara antara satu hingga lima tahun
- Atau kedua-duanya sekali
Kesalahan itu juga diklasifikasikan sebagai kesalahan boleh tangkap.
Pindaan tersebut dijangka membantu menutup kelemahan sedia ada dan meningkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan oleh agensi berkaitan.
SUMBER: AstroAwani







