• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Apa Anda Dapat dengan Proton Persona Black Edition (2021)? Harga RM54.7k

Apa Anda Dapat dengan Proton Persona Black Edition (2021)? Harga RM54.7k

February 18, 2021 By AO Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Persona Black Edition (2021)
baru saja dilancarkan sebentar tadi bersama tiga model lain pelbagai versi, terdiri daripada Exora Black Edition, Iriz R3 Limited Edition dan Saga R3 Limited Edition.

Kali terakhir Persona diperkenalkan sebagai model dipertingkat (facelift) pada April 2019, serentak bersama Iriz facelift dengan diberikan beberapa penambahbaikan dari segi tahap kesenyapan kabin, prestasi brek, dan penggunaan bahan api. Hitam juga menjadi warna baharu yang diperkenalkan untuk Persona.

BACA >>> Proton Persona (2019) Edisi Facelift Lancar, Harga Lebih Murah Bermula RM42,600

Model edisi khas ini berharga RM54,700, atas jalan tanpa insurans, yang juga harga istimewa setakat 30 Jun ini berikutan pengecualian cukai jualan diberikan Kerajaan. Menariknya, harga editi hitam ini sama seperti varian 1.6L Premium CVT yang menjadi asas kepada model baharu ini.

Berikut apa yang anda dapat dengan Persona Black Edition (2021):

  • Gril hitam dan kemasan lampu utama hitam.
  • Aksen emas untuk kemasan luaran pada bampar depan dan belakang.
  • Aksen emas untuk kemasan dalam pada ventilator dan tombol penyaman udara, unit infotainment, konsol gear
  • Rim aloi 15 inci emas (rekaan lama).
  • Pelekat strip emas sepanjang skirt sisi.
  • Lencana 'Persona' emas pada pintu but.
  • Kerusi kulit sintetik (leatherette) hitam dengan sulaman kontras benang emas.
  • Penapis kabin N95.

Aspek mekanikal pula seperti berikut:

  • ENJIN: 1.6L DOHC VVT
  • TRANSMISI: CVT
  • KUASA: 107hp @ 5,750rpm
  • TORK: 150Nm @ 4,000rpm
  • CIRI: 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), kamera undur, unit infotainment.

Berikut pautan model selain Black Edition (2021) yang dilancarkan Proton serentak tadi:

BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Exora Black Edition (2021)? Harga RM67.8k
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Iriz R3 Limited Edition (2021)? Harga RM52.9k
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Saga R3 Limited Edition (2021)? Harga RM42.3k

Artikel Berkaitan

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Proton, Proton Persona Black Edition (2021), sedan segmen-B, sedan subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
    #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
  • #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
    #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
    Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my