Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

Abang HirataBy Abang Hirata13/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Sakura 2026

NISSAN mendedahkan rekabentuk terbaharu Nissan Sakura 2026 melalui laman web rasmi pengeluar itu dengan menerima penggayaan minor dan bakal diperkenal secara rasmi pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Nissan Sakura ialah kenderaan elektrik (EV) mini yang dibangunkan dengan matlamat menambah nilai kehidupan pengguna di Jepun.

Gabung Kepakaran Nissan

Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022

Model EV itu menggabungkan teknologi pembangunan EV dan kepakaran Nissan selama bertahun-tahun, selain memenuhi keperluan ulang-alik harian pengguna.

Sejak mula diperkenalkan pada 2022, model itu meraih pencapaian luar biasa dengan memenangi tiga anugerah utama, iaitu:

  • Kereta Terbaik Jepun (JCOTY) 2022 – 2023
  • Kereta Terbaik RJC (RJC COTY) 2023
  • Kereta Terbaik (Hall of Fame) Automotif Jepun (JAHFA) 2022 – 2023

Prestasi Pasaran, Jualan

Nissan Sakura terus menguasai pasaran EV Jepun dengan prestasi jualan yang sangat memberangsangkan. Sepanjang 2025, sebanyak 14,093 unit sudah terjual di pasaran Jepun.

Pencapaian itu meletakkan Nissan Sakura sebagai pendahulu jualan EV untuk tahun keempat berturut-turut dan menerajui pasaran EV Jepun.

Evolusi Rekabentuk Luaran, Warna Baharu

Nissan Sakura 2026
Nissan Sakura 2026
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022

Penggayaan semula kali ini menumpukan kepada peningkatan penampilan luaran yang memberikan penampilan lebih segar.

Rupa depan kini dilengkapi gril dan warna badan seragam. Selain itu, bampar depan direka semula dengan penambahan aksen gangsa untuk imej yang lebih matang dan mudah dikenali sebagai model evolusi.

Selain itu, Nissan turut memperkenalkan pilihan warna luaran Minamono Sakura (merah jambu) yang diilhamkan daripada suasana tenang bunga sakura mekar di tepian permukaan air.

Warna khas itu menyerlahkan lagi aspek keanggunan dan mutu premium pada EV mini tersebut.

Nissan Sakura 2026
Nissan Sakura 2026
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022

Trenkuasa, Harga

Nissan belum mendedahkan perincian teknikal rasmi bagi spesifikasi trenkuasa dan harga untuk Nissan Sakura 2026.

Laman web pratonton buat masa ini hanya memaparkan rekabentuk yang sudah berevolusi, manakala pengumuman rasmi dirancang pada tarikh akan datang.

Sebagai rujukan, Nissan Sakura di pasaran dilengkapi motor elektrik MM48 yang menghasilkan output kuasa 47kW (64ps) dan tork 195Nm. Model sebelum ini menggunakan bateri litium-ion 20kWj dengan jarak pandu 180km mengikut ujian WLTC.

Dari segi harga, model sedia ada dipasarkan pada harga 2,599,300 yen (RM65,220) untuk varian X, dan 3,082,200 yen (RM77,330) untuk varian G. Kerajaan Jepun pula menyediakan subsidi sebanyak 580,000 yen (RM14,550).

Spesifikasi Teknikal Nissan Sakura (Model Sedia Ada)

Berikut spesifikasi teknikal Nissan Sakura berdasarkan model sedia ada:

  • Dimensi panjang 3,395mm, lebar 1,475mm, dan tinggi 1,655mm, manakala jarak roda 2,495mm
  • Radius pusingan minimum 4.8 meter
  • Berat 1,070kg (X), dan 1,080kg (G)
  • Kapasiti penumpang empat [4] orang
  • Jenis motor elektrik MM48 arus ulang-alik sinkronos (synchronous AC)
  • Output kuasa 47kW (64ps) @ 2,302 – 10,455rpm, dan tork 195Nm @ 0 – 2,302rpm
  • Bateri litium-ion
  • Voltan 350V
  • Kapasiti tenaga 20kWj
  • Jarak pandu 180km (WLTC)
  • Kadar penggunaan tenaga 124Wh per km
  • Sistem pacuan roda depan (2WD)
  • Suspensi  MacPherson (depan), dan lengan tork 3-pautan (3-link torque arm) di belakang
  • Sistem brek cakera (depan) dan dram (belakang) dengan brek regeneratif
  • Saiz tayar 155/65R14 75S
Nissan Sakura 2026
Nissan Sakura 2026
Nissan Sakura 2026
Nissan Sakura 2026
Nissan Sakura 2026
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022
Auto Terkini EV Kenderaan Elektrik (EV) Nissan Nissan Sakura Nissan Sakura 2026 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.