Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»7 Perkara Patut Anda Tahu Tentang Proton Iriz (2019) Facelift – Harga Bermula RM36,700!
Roda4

7 Perkara Patut Anda Tahu Tentang Proton Iriz (2019) Facelift – Harga Bermula RM36,700!

Han OthmanBy Han Othman23/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA tentang Proton Iriz (2019) versi dipertingkat (facelift) sudah kedengaran sejak Januari tahun ini. Bermula gambar tular, dan disusuli kemunculan Iriz versi dunia nyata sedang dinaiki Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebulan selepas itu, Proton tampil menyiarkan foto rasmi Iriz (2019) sambil menyatakan model ini akan dipasangkan ciri arahan suara ‘Hi Proton’, sama seperti SUV kompak, X70. Kemudian, pengeluar nasional itu tidak menunggu masa lama untuk membuka pratempahan secara atas talian pada harga serendah RM9.99 sahaja!

Proton turut mempamerkan Iriz (2019) kepada umum pada Malaysia Autoshow 2019, minggu lalu. Jadi, pelancaran rasmi hari ini lebih kepada pengumuman harga dan perincian spesifikasi. Apa yang menarik tentang hatchback subkompak ini?

Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift

1. HARGA MENARIK, LEBIH MURAH, ADA PILIHAN 1.6L!

  • Proton Iriz Standard 1.3L MT – RM36,700
  • Proton Iriz Standard 1.3L CVT – RM39,700
  • Proton Iriz Executive 1.3L CVT – RM44,700
  • Proton Iriz Executive 1.6L CVT – RM46,700
  • Proton Iriz Premium 1.6L CVT – RM50,700

* Harga ialah untuk pasaran Semenanjung Malaysia. Harga Malaysia Timur perlu ditambah RM2,000 untuk setiap varian.

Menariknya, harga Iriz (2019) edisi facelift ini jauh lebih murah berbanding model lama. Sebagai contoh, model paling premium, Iriz Premium 1.6L CVT berharga RM50,700, manakala Iriz lama RM58,800 untuk varian Premium 1.3L CVT  dengan beza harga hingga RM8,100. Enjin lebih berkuasa, spesifikasi lebih bagus dan harga lagi murah! Macam tak percayakan?

BACA >>> Proton Iriz 2017 ‘Refinement’ Masuk Pasaran – Harga Bermula RM43,800 Hingga RM58,800

Malah, varian paling asas, iaitu Standard 1.3L MT cuma serendah RM36,700, dikurangkan hingga RM7,100 daripada varian sama versi lama yang berharga RM43,800!

2. ENJIN SAMA

enjin proton persona 2019 facelift
Proton Iriz (2019) dijana enjin 4-silinder sebaris 16 injap DOHC dalam dua sesaran enjin 1.3L (93hp @ 5,750rpm, 120Nm @ 4,000rpm) dan 1.6L (107hp @ 5,750rpm, 150Nm @ 4,000rpm) dengan pilihan dua transmisi, manual 5-kelajuan (varian Standard 1.3L MT sahaja) dan CVT, manakala sistem bahan api menggunakan teknologi Suntikan Multipoin (MPI).

Kapasiti tangki ialah 40 liter dan turut disertakan bersama mod Bantuan Pemanduan ECO untuk semua  varian.

Sistem suspensi menggunakan strut MacPherson dan bar stabiliser di depan dan  gandar kilas rasuk aka torsion beam di belakang. Sistem brek ialah cakera di depan dan brek dram di belakang.

BACA >>> Kos Servis Bezza Lagi Mahal Berbanding Proton Persona (2019), Ini Jawapan Perodua!

3. LUARAN LEBIH SEGAR, GRIL ‘INFINITY WEAVE’ DAN ‘ETHERNAL BOW’

Setiap varian Iriz (2019) ada lampu belakang kombi jenis LED, spoiler dan antena sirip jerung. Jika memilih varian Executive 1.3 CVT ke atas, pembeli diberikan ciri lampu siang (DRL), lampu utama automatik, lampu utama ‘Follow Me’, dan kawalan but. Varian 1.6 mendapat cermin sisi elektrik dan boleh lipat automatik.

Varian atasan, Premium 1.6L CVT dapat dibezakan menerusi penampilan bumbung hitam, manakala varian lain warna badan.

Iriz (2019) menampilkan tayar 175/65 R14 dan rim aloi 14 inci untuk varian 1.3L, dan 185/55 R15 dan rim aloi 15 inci, varian 1.6L. Ada lima warna ditawarkan: Ocean Blue (biru), Ruby Red (merah), Snow White (putih), Armour Silver (perak) dan Jet Grey (kelabu)

4. DALAMAN DIPERBAHARU, PANEL METER BAHARU

Fabrik dan uretana menjadi material utama upholsteri  dan roda stereng, kecuali varian Premium 1.6L CVT mendapat kemasan semi-kulit untuk kerusi dan kulit penuh untuk stereng.  Kerusi belakang boleh dilipat 60:40 untuk ekstra ruang bagasi. Varian paling premium juga dipasangkan suis kawalan pada stereng untuk fungsi audio dan kit fon bebas tangan.

Paparan multi-info jenis TFT disediakan untuk varian Executive 1.3 CVT ke atas, dan di bawah mendapat LCD biasa. Varian sama juga mendapat punat tekan mula (push-start) dan tingkap anti-jepit.

5. PAKEJ KESELAMATAN LENGKAP

Iriz (2019) mendapat rating 5 bintang dalan ujian perlanggaran Asean NCAP menerusi pakej ciri keselamatan lengkap, terdiri daripada

  • 2 beg udara SRS (semua varian), tetapi varian Premium 1.6L CVT dibekalkan 6 beg udara (2 sisi, 2 tirai)
  • Pautan kerusi ISOFIX an pautan atas
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Bantuan Pegun Bukit (HHA)
  • Sensor Parkir Depan
  • Kamera Undur dengan Garis Dinamik (varian Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT)

6. SISTEM INFOTAINMENT MODEN, TERKINI

Ini ciri baharu ditampilkan Iriz (2019), sesuai dengan trend teknologi kenderaan moden masa kini. Setiap varian dilengkapkan tiga palam USB (1 untuk data, 2 untuk cas) dan sambungan Bluetooth. Ada dua pembesar suara untuk varian Standard 1.3L MT dan AT, dan empat pembesar suara, termasuk konektiviti telefon pintar untuk varian Executive 1.3L CVT ke atas.

Namun, varian Premium 1.6L CVT pasti lebih bertuah kerana dilengkapkan dengan arahan suara ‘Hi Proton’, strim muzik atas talian, navigasi atas talian, dan ciri 4G dengan WiFi.  Sistem audio menggunakan monitor skrin sentuh 7 inci untuk  Executive 1.3L CVT  ke atas, manakala varian di bawah cuma audio biasa.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

7. WARANTI

Setiap pembelian Iriz (2019) ditawarkan waranti 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dahulu) dan pakej data 5 tahun dengan 1GB sebulan.

Sama seperti Persona, bakal pembeli Proton Iriz (2019) turut menikmati faedah pinjaman serendah 2.93 peratus selain diberikan tiga kali caj kos upah secara percuma (sehingga 20,000km).

BACA >>> Proton Persona Lama vs Facelift: Apa yang Baharu? Apa yang Berubah?

2019 Proton Persona Facelift Facelift harga proton persona facelift Proton Proton Iriz Proton Iriz (2019) facelift Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

04/06/2026

1 Comment

  1. Nadia Halim on 28/01/2020 18:27

    Macam mana dengan minyak? Yang baru lebih jimat minyak atau sama saja?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.