Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

SyafieBy Syafie05/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BYD Atto 3 2026

BYD Sime Motors secara rasmi melancarkan BYD Atto 3 2026 untuk pasaran Malaysia, yang juga pasaran pertama di Asia Pasifik yang menerima kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik (EV) popular itu dalam versi terkini.

Pelancaran berkenaan bukan sekadar kemas kini biasa, tetapi membawa perubahan signifikan dari aspek prestasi, teknologi, kecekapan dan pengalaman pemanduan.

Sejak diperkenalkan pada 2022, BYD Atto 3 menjadi antara model terpenting BYD di Malaysia dengan lebih 12,000 unit sudah diserahkan kepada pelanggan tempatan.

Model baharu itu ditawarkan dalam dua varian: Ultra dan Premium, pada harga bermula RM125,800 dan RM138,800.

Malaysia Pasaran Pertama Asia Pasifik

Pemilihan Malaysia sebagai negara pertama pelancaran BYD Atto 3 2026 membuktikan kepentingan pasaran tempatan dalam strategi pertumbuhan jenama itu di rantau ini.

BYD turut mencatat satu lagi pencapaian penting apabila mengekalkan kedudukan sebagai jenama EV nombor satu di Malaysia dengan lebih 32,000 unit jualan terkumpul setakat ini.

Pengurus Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, BYD Atto 3 ialah model yang membuka jalan kepada kejayaan BYD di Malaysia dan kekal sebagai antara SUV elektrik paling laris di pasaran tempatan.

Lebih Pantas, Lebih Jauh dan Lebih Pintar

Mengangkat tema ‘Faster, Further, Smarter‘, BYD Atto 3 2026 menerima peningkatan menyeluruh yang menjadikan model itu lebih kompetitif dalam segmen SUV elektrik.

Varian Premium kini menawarkan:

  • Output kuasa 230kW, dan tork 380Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.5 saat
  • Jarak pemanduan sehingga 600km (NEDC)
  • Pengecasan pantas (DC) 220kW
  • Pacuan roda belakang (RWD)

Varian Ultra pula kekal menawarkan keseimbangan terbaik antara harga dan prestasi dengan:

  • Output kuasa 150kW, dan tork 310Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.3 saat
  • Jarak pemanduan sehingga 480km (NEDC)
  • Pengecasan pantas (DC) sehingga 110kW
  • Pacuan roda depan (FWD)

Bateri Bilah Lebih Besar, Jarak Pemanduan Dipertingkat

Bagi memastikan perjalanan lebih jauh dan praktikal untuk kegunaan harian, kedua-dua varian menggunakan teknologi bateri bilah BYD Blade Battery (LFP) dengan spesifikasi berikut:

Atto 3 Ultra

  • Bateri 60.48kWj
  • Jarak pemanduan 480km (NEDC)

ATTO 3 Premium

  • Bateri 74.88kWj
  • Jarak pemanduan 600km (NEDC)

Peningkatan kapasiti bateri pada varian Premium membolehkan pengguna melakukan perjalanan jarak jauh dengan lebih yakin tanpa perlu kerap berhenti untuk mengecas.

Lebih Praktikal, Lengkap

Dari segi dimensi, BYD Atto 3 2026 mengekalkan saiz yang sesuai untuk penggunaan bandar dan keluarga:

  • Panjang: 4,455mm
  • Lebar: 1,875mm
  • Tinggi: 1,615mm
  • Jarak roda: 2,720mm

Antara ciri utama:

  • Unit infotainmen skrin sentuh 15.6 inci
  • Kluster instrumen digital 8.8 inci
  • Pengecas telefon wayarles 50W
  • Bumbung panoramik
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Tempat duduk depan dengan fungsi ventilasi
  • Tempat duduk boleh laras elektrik

Varian Premium turut menerima sistem ADAS dipertingkat berbanding varian Ultra.

Ruang Simpanan Lebih Luas

Dari aspek praktikaliti, BYD Atto 3 2026 menawarkan ruang but lebih besar.

Ultra

  • Kapasiti bagasi sehingga 1,340 liter

Premium

  • Kapasiti bagasi sehingga 1,360 liter
  • Ruang simpanan depan (frunk) 101 liter

Kehadiran frunk memberikan ruang tambahan untuk menyimpan kabel pengecas atau barangan kecil ketika perjalanan.

Keselamatan , Waranti Menyeluruh

BYD turut menawarkan pakej pemilikan komprehensif untuk ketenangan pelanggan menerusi waranti seperti berikut:

  • Waranti enam [6] tahun atau 150,000km
  • Waranti bateri lapan [8] tahun atau 160,000km
  • Jaminan unit pacuan lapan [8] tahun atau 160,000km

Aksesori percuma:

  • Adapter kenderaan kepada beban Vehicle-to-Load (V2L)
  • Kabel pengecas Type 2 dengan palam tiga pin

Pakej Pelancaran Bernilai hingga RM14,000

Sempena pelancaran rasmi, BYD Sime Motors menawarkan pakej ganjaran bernilai sehingga RM14,000 kepada 500 pelanggan terawal.

Antara manfaat ditawarkan:

  • Rebat tukar beli sehingga RM10,000 untuk 500 pelanggan pertama
  • Pilihan unit pengecas dinding (wallbox) dengan pemasangan standard atau pakej servis standard enam tahun
  • Tawaran eksklusif sempena Sime Motors MotorExpo 2026

Harga BYD Atto 3 2026 di Malaysia

  • BYD Atto 3 Ultra – RM125,800
  • BYD Atto 3 Premium – RM138,800

Pilihan warna ditawarkan:

  • Ski White (putih)
  • Atlantis Grey (kelabu)
  • Harbour Grey (kelabu)
  • Cosmos Black (hitam)

Kekal Popular di Malaysia?

Dengan peningkatan ketara dari segi kuasa, jarak pemanduan, teknologi dan kadar pengecasan, BYD Atto 3 2026 tampil sebagai evolusi terbesar model itu sejak diperkenalkan empat tahun lalu.

Kehadiran varian Premium dengan kuasa 230kW, pacuan RWD dan jarak sehingga 600km dijangka mengukuhkan lagi kedudukan BYD Atto 3 sebagai antara SUV elektrik paling popular di Malaysia.

Auto Terkini BYD Atto 3 2026 BYD Sime Motors Kenderaan Elektrik (EV) Sime Motors MotorExpo 2026 SUV Elektrik
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.