Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

Abang HirataBy Abang Hirata21/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volkswagen ID. Cross 2027

VOLKSWAGEN memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik Volkswagen ID. Cross 2027 serba baharu, yang diposisikan sebagai model mampu milik dalam famili ID dengan gabungan rekabentuk premium, teknologi terkini dan ruang kabin lebih praktikal.

Dibangunkan berasaskan platform MEB+, ID. Cross menawarkan teknologi yang sebelum ini hanya ada pada model lebih premium, termasuk sistem bantuan pemandu terkini, suspensi adaptif, fungsi parkir automatik dan kabin lebih berkualiti.

Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027

Model elektrik (EV) itu hadir dengan jarak pemanduan sehingga 427km (WLTP), tiga pilihan kuasa, dua saiz bateri dan harga permulaan €27,995 (RM131,045) di Jerman.

Harga tersebut boleh dikatakan munasabah untuk sebuah SUV EV di negara Eropah itu.

Rekabentuk Moden, Ruang Kabin Lebih Luas

Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027

Volkswagen menggunakan bahasa rekabentuk Pure Positive yang menampilkan imej lebih bersih, stabil dan mesra, dipadankan elemen seperti bumbung apung (flying roof), pilar-C tegap dan identiti lampu depan dan belakang tersendiri.

Dengan dimensi panjang 4,153mm, lebar 1,794mm, dan tinggi 1,581mm serta jarak roda 2,601mm, Volkswagen ID. Cross menawarkan ruang dalaman lebih luas berbanding T-Cross dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027

Ruang but belakang berkapasiti 475 liter, iaitu 20 liter lebih besar berbanding T-Cross, selain turut menyediakan ruang simpanan tambahan bawah lantai but yang mampu memuatkan dua peti minuman.

Volkswagen ID. Cross 2027

Bonet depan (frunk) berkapasiti 25 liter, sesuai untuk menyimpan kabel pengecas atau barangan kecil.

Varian lebih tinggi menerima lampu depan LED Matriks IQ.LIGHT, lampu belakang LED 3D, jalur lampu LED dan logo Volkswagen bercahaya di depan dan belakang.

Kabin Premium dengan Skrin 12.9 Inci

Volkswagen ID. Cross 2027

Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027

Bahagian dalaman menggunakan kemasan fabrik pada papan pemuka, butang kawalan berkualiti tinggi dan material premium yang dikatakan digunakan pada semua varian.

Antara ciri utama ialah:

  • Kluster instrumen digital Digital Cockpit Pro saiz 10.25 inci
  • Unit infotainmen skrin sentuh 12.9 inci
  • Sistem infotainmen baharu dengan fungsi rangkaian
  • Paparan retro yang meniru meter Volkswagen Golf generasi pertama, dengan spidometer sebelah kiri dan paparan penggunaan atau output tenaga (power meter) sebelah kanan.

Tiga Pilihan Kuasa, Dua Bateri

Volkswagen ID. Cross 2027
Drive system

Volkswagen ID. Cross 2027 menggunakan platform MEB+ bersama motor elektrik generasi baharu APP290 yang memacu roda depan. SUV EV itu ditawarkan dalam tiga pilihan kuasa:

  • 85kW (116ps)
  • 99kW (135ps)
  • 155kW (211ps)

Pelanggan juga boleh memilih antara dua bateri:

  • 37kWj (bersih)
  • 52kWj (bersih)

Varian paling cekap menawarkan jarak pemanduan sehingga 427km (WLTP).

Pengecasan DC

Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Drive system

Semua varian menyokong pengecasan standard (AC) sehingga 11kW. Bagi pengecasan pantas (DC) pula:

  • Bateri 37kWj menerima kuasa sehingga 90kW, dengan pengecasan 10 – 80 peratus kira-kira 23 minit
  • Bateri 52kWj menyokong sehingga 105kW, dengan pengecasan 10 – 80 peratus kira-kira 24 minit, dan lengkung pengecasan lebih stabil

Teknologi ADAS Lebih Canggih

Volkswagen ID. Cross 2027
Bantuan Travel Terhubung (CTA)

Antara teknologi baharu ditawarkan ialah:

  • Bantuan Travel Terhubung (CTA) dengan pengecaman lampu isyarat dan teknologi pertama dalam julat harga itu. Sistem itu mampu mengesan lampu merah dan membrek sehingga berhenti secara automatik dalam had operasi
  • Fungsi pemanduan satu pedal (one pedal driving)
  • Paparan kamera pandang keliling 360º
  • Bantuan parkir Park Assist Pro untuk parkir automatik, termasuk kawalan dari telefon pintar
  • Suspensi adaptif DCC baharu yang dibangunkan khas untuk varian 155kW (211ps)

Volkswagen turut memberi perhatian kepada keselesaan pemanduan menerusi talaan suspensi baharu, pengurangan bunyi dan getaran, termasuk sistem stereng dan brek yang fiil lebih natural.

Tiga Varian

Volkswagen ID. Cross 2027

Volkswagen ID. Cross 2027 ditawarkan dalam tiga varian utama:

i. Trend

Varian asas ini hadir dengan pengecasan DC 90kW, material kabin premium, dan kawalan digital serta fizikal mudah guna

ii. Life

Ada semua ciri Trend dengan tambahan rim aloi 18 inci, penyaman udara automatik dwi-zon, kawalan jelajah adaptif (ACC), kamera undur, dan bantuan simpang (junction assist)

iii. Style

Varian tertinggi Style pula menerima:

  • Lampu depan LED matriks IQ.LIGHT
  • Lampu belakang 3D LED
  • Logo Volkswagen bercahaya
  • Tempat duduk dan stereng dengan fungsi pemanas
  • Kemasan dalaman eksklusif
  • Sistem penghidup tanpa kunci (keyless)

Ciri Premium Tambahan

Volkswagen ID. Cross 2027
Sistem bunyi premium ID. Cross

Antara pilihan aksesori premium ditawarkan ialah:

  • Sistem audio Harman Kardon 425W dengan 10 pembesar suara, termasuk bahagian tengah dan subwufer
  • Kerusi depan boleh laras elektrik 12-tetapan dengan fungsi memori
  • Fungsi urutan pneumatik 3-mod
  • Bumbung panoramik 74sm x 90sm yang dipadankan pelindung matahari elektrik (electric sunblind)

Fungsi V2L, Keupayaan Tunda

Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027

Volkswagen ID. Cross 2027 turut dilengkapi fungsi beban kepada kenderaan Vehicle-to-Load (V2L) sebagai ciri standard, yang membolehkan tenaga daripada bateri digunakan untuk menghidupkan peralatan elektrik sehingga 3.6kW menggunakan adapter khas.

Sebagai contoh, pemilik boleh mengecas basikal elektrik menggunakan soket pengecasan kenderaan ketika berada di lokasi perkhemahan atau aktiviti luar.

Selain itu, ID. Cross dengan bateri 52kWj mampu menunda treler seberat 1,200kg, menjadikan model itu sesuai untuk membawa karavan kecil, bot atau motosikal.

Harga Volkswagen ID. Cross di Jerman

Volkswagen ID. Cross 2027

Di Jerman, Volkswagen membuka tempahan untuk varian Life dan Style dengan motor 155kW (211ps) serta bateri 52kWj pada harga bermula 36,525 euro (RM170,974)

Varian asas Trend dengan motor 85kW (116ps) dan bateri 37kWj akan diperkenalkan kemudian pada harga bermula €27,995 (RM131,045).

Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Sistem pacuan
Volkswagen ID. Cross 2027
Casis
Volkswagen ID. Cross 2027
Pacuan roda depan (FWD)
Volkswagen ID. Cross 2027
Platform MEB+
Volkswagen ID. Cross 2027
Dimensi
Volkswagen ID. Cross 2027
e-drive APP290 – motor elektrik
Volkswagen ID. Cross 2027
e-drive APP290
e-drive APP290 – Inverter
Volkswagen ID. Cross 2027
Sistem pacuan
Volkswagen ID. Cross 2027
Casis
Volkswagen ID. Cross 2027
Sistem pacuan
Volkswagen ID. Cross 2027
Casis
Volkswagen ID. Cross 2027
Pacuan roda depan (FWD)
Volkswagen ID. Cross 2027
Premium sound system
Volkswagen ID. Cross 2027
MEB+ denngan FWD
Volkswagen ID. Cross 2027
pacuan gandar depan APP290 – motor elektrik
Volkswagen ID. Cross 2027
Pacuan gandar depan APP290 – Transmisi
Volkswagen ID. Cross 2027
Park Assist Pro dengan kawalan jauh dan fungsi memori
Volkswagen ID. Cross 2027
Pacuan gandar depan APP290 – Inverter
Volkswagen ID. Cross 2027
Dimensi
Volkswagen ID. Cross 2027
Sistem Pacuan
Volkswagen ID. Cross 2027
Pacuan gandar depan APP290
Volkswagen ID. Cross 2027
Casis
Volkswagen ID. Cross 2027
Struktur badan
Volkswagen ID. Cross 2027
Lampu depan dan belakang
Volkswagen ID. Cross 2027
Sistem bateri MEB+ 52kWh
Volkswagen ID. Cross 2027
Unit infotainmen MEB+
Volkswagen ID. Cross 2027
Bantuan Travel Terhubung (CTA)
Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 SUV Elektrik Volkswagen Volkswagen ID. Cross Volkswagen ID. Cross 2027 vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.