Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

Abang HirataBy Abang Hirata19/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volkswagen ID. Cross 2027

VOLKSWAGEN memberikan bayangan awal model kenderaan utiliti sukan  (SUV) kompak elektrik terbaharu, iaitu Volkswagen ID. Cross 2027 melalui kemunculan model tersebut di jalan raya Amsterdam, Belanda.

Model kenderaan elektrik (EV) itu dijadualkan memasuki pasaran Eropah bermula musim luruh 2026 (September – November) dengan sasaran harga bermula sekitar €28,000 (RM126,280). Langkah itu sebahagian misi Volkswagen dalam menawarkan EV pada harga mampu milik.

Rekabentuk Luaran Tampil Ringkas, Tanpa Drama

Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027

Dari sudut estetik, luaran Volkswagen ID. Cross menggunakan bahasa rekabentuk baharu Volkswagen, dikenali sebagai ‘Pure Positive’. Gaya model itu dicirikan dengan garisan jelas, perkadaran badan seimbang, dan penampilan berkualiti tinggi.

Walaupun lengkap dengan pelekat samaran, dimensi luaran SUV dengan panjang 4,100mm dan tinggi 1,580mm itu tampil ringkas dan kurang drama.

Ruang Kabin, Kualiti Dalaman

Suasana kabin Volkswagen ID. Cross  menumpukan kepada ketenangan dan kejelasan menerusi penggunaan bahan serta kualiti buatan terarah kepada standard kelas kenderaan lebih tinggi.

SUV itu menawarkan 5-kerusi dengan penggunaan ruang sangat cekap. Bagi memudahkan pemandu, ia dilengkapi fungsi dan butang intuitif serta unit infotainmen skrin format besar yang melengkapkan lagi impresi keseluruhan berkualiti tinggi.

Trenkuasa, Pilihan Bateri

Volkswagen ID. Cross ditawarkan dalam tiga tahap kuasa:

  • 85kW (115ps)
  • 99kW (135ps)
  • 155kW (211ps)

Trenkuasa itu dipadankan dua pilihan saiz bateri, iaitu 37kWj dan 52kWj (kapasiti bersih). Dari segi pengecasan, model itu boleh menerima pengecasan pantas (DC) sehingga 90kW dan sehingga 105kW bagi varian bateri lebih besar.

Harga

Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027

Dengan gabungan dimensi kompak, teknologi dan sistem bantuan moden, kualiti buatan tinggi, ruang luas serta harga permulaan sekitar €28,000, Volkswagen ID. Cross baharu menawarkan pakej yang menarik.

Ciri Ringkas Volkswagen ID. Cross

  • Pilihan kuasa motor elektrik 85kW (115ps), 99kW (135ps) dan 155kW (211 ps)
  • Saiz bateri 37kWj dan 52kWj (bersih)
  • Sistem pengecasan pantas (DC) 90kW – 105kW
  • Harga bermula €28,000 (RM126,280)
  • Tarikh pelancaran Eropah musim luruh 2026 (September – November)
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 SUV Elektrik SUV EV Volkswagen Volkswagen ID. Cross Volkswagen ID. Cross 2027 vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.