Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Selesa Dengan Kerusi Kapten!
Auto Terkini

Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Selesa Dengan Kerusi Kapten!

Abang HirataBy Abang Hirata27/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Hyundai Motor Company melancarkan Staria Electric dan Staria Limousine 2026 untuk pasaran Korea Selatan.

Penambahan ini menyaksikan Staria berkembang kepada 18 varian, merangkumi model Tourer, Cargo, Lounge dan varian kemuncak Limousine.

Langkah ini untuk memenuhi keperluan gaya hidup pelanggan yang pelbagai, daripada urusan perniagaan sehinggalah kepada aktiviti riadah keluarga dan kehidupan harian.

Sebagai rujukan, Staria pasaran tempatan ditawarkan dengan tiga varian utama iaitu Prestige, Style dan Prime dan dibahagikan kepada tujuh atau sepuluh tempat duduk.

Staria Electric

Staria Electric diperkenalkan sebagai model yang dioptimumkan untuk era elektrifikasi. Rekaan luaran menyerlahkan imej futuristik dengan penggunaan lampu melintang bersambung pada bahagian hadapan.

Bagi meningkatkan kecekapan, ia dilengkapi sirip udara aktif luaran serta liang pengecasan hadapan dengan garis sambungan yang minimum untuk mengekalkan kekemasan reka bentuk elektrik.

Bahagian dalaman menawarkan ruang kepala dan ruang kaki baris kedua serta ketiga terbaik dalam kelasnya, memastikan keselesaan bagi perjalanan ramai penumpang.

Dari segi teknikal, model ini menggunakan sistem stereng Rack-type Motor Driven Power Steering (R-MDPS) untuk pengendalian yang stabil memandangkan berat kenderaan yang meningkat.

Selain itu, aspek keselamatan diperkukuh dengan pemasangan palang impak pada bahagian belakang subfrem hadapan untuk menyerap tenaga sekiranya berlaku pelanggaran.

Antara ciri unik yang diperkenalkan ialah sistem pengecasan dua sisi. Staria Electric merupakan model pertama Hyundai yang dilengkapi dua port pengecasan pada bahagian hadapan dan belakang secara standard untuk pengecasan pantas dan perlahan.

Ia turut dilengkapi fungsi Vehicle to Load (V2L) di bahagian dalaman dan luaran yang membolehkan pengguna menggunakan pelbagai peranti elektronik.

Staria Limousine

Varian Limousine diletakkan sebagai model paling premium dalam keluarga Staria yang menawarkan daya tarikan untuk memenuhi jangkaan pelanggan VIP.

Varian hibrid menggunakan gril krom hitam dengan corak blok segi empat tepat, manakala varian elektrik menampilkan aksen hitam pada gril dan cermin sisi yang dipadankan dengan kemasan berwarna emas.

Keselesaan dipertingkatkan melalui penggunaan komponen aluminium pada suspensi hadapan dan belakang bagi mengurangkan berat.

Untuk memastikan suasana kabin yang senyap, Hyundai menggunakan kaca kalis bunyi dua lapis pada pintu baris kedua dan memperkukuh ketebalan badan pada bahagian pelekap penyerap hentak belakang.

Bahagian dalaman Limousine 6 tempat duduk dilengkapi Kerusi Eksekutif pada baris kedua yang menggunakan kulit semi-aniline asli.

Kerusi ini dilengkapi fungsi Air Contour Body Care yang mempunyai 14 sel udara dan 5 mod urutan.

Penumpang belakang juga boleh menikmati sistem hiburan skrin lipat 17.3 inci dan Panoramic Sky Roof yang terletak di antara baris kedua dan ketiga.

Trenkuasa dan Prestasi

Kedua-dua varian menawarkan pilihan trenkuasa elektrik dan hibrid dengan perincian spesifikasi seperti berikut:

Staria Electric

  • Bateri: 84.0 kWj (Generasi Ke-4)
  • Motor Elektrik: 160 kW (218 ps)
  • Tork Maksimum: 350Nm
  • Jarak Pemanduan Maksimum: 387 km
  • Kecekapan Tenaga: 4.1 km/kWj
  • Sistem Pengecasan: 800V Ultra-pantas (10% ke 80% dalam 20 minit dengan pengecas 350 kW)
  • Kapasiti Frunk: 23.9 liter

Staria Limousine Hybrid

  • Enjin: 1.6 Turbo Hybrid
  • Output Maksimum: 180 ps
  • Tork Maksimum: 265Nm
  • Kecekapan Bahan Api: 12.3 km/l

Staria Limousine Electric

  • Bateri: 84.0 kWj
  • Motor Elektrik: 160 kW (218 ps)
  • Tork Maksimum: 350Nm
  • Jarak Pemanduan Maksimum: 364 km
  • Kecekapan Tenaga: 3.9 km/kWj

Sebagai rujukan, Staria tempatan dibekalkan enjin 2.2 liter diesel CRDi dengan kotak gear lapan kelajuan automatik. Enjin ini menghasilkan 177 ps dan 430Nm.

Teknologi Pintar dan Keselamatan

Kedua-dua model dilengkapi teknologi terkini termasuk sistem infotainmen yang menyepadukan kluster digital 12.3 inci dan Audio, Video, Navigation (AVNT).

Kemas kini perisian adalah secara Over-the-Air (OTA) untuk memastikan sistem sentiasa terkini.

Ciri keselamatan merangkumi:

  • Bantuan Elak Pelanggaran Hadapan 1.5 (FCA 1.5)
  • Bantuan Salah Guna Pedal (PMSA)
  • Bantuan Had Pecutan (ALA)
  • Bantuan Kekal Lorong 2 (LKA 2)
  • Pengesanan Genggaman Stereng (HoD)

Ciri tambahan lain termasuk Built-in Cam 2 Plus, Digital Key 2, serta port pengecasan USB 100W.

Harga Hyundai Staria 2026 (Korea)

Harga jualan bagi pasaran Korea Selatan mengikut varian adalah seperti berikut:

  • Staria Electric Cargo (3 tempat duduk): 57,92 juta won (RM 154,820)
  • Staria Electric Cargo (5 tempat duduk): 58,7 juta won (RM 156,905)
  • Staria Electric Tourer (11 tempat duduk): 60,29 juta won (RM 161,155)
  • Staria Electric Lounge (7 tempat duduk): 65,97 juta won (RM 176,338)
  • Staria Electric Lounge (11 tempat duduk): 65,49 juta won (RM 175,055)
  • Staria Limousine Hybrid (6 tempat duduk): 69,09 juta won (RM 184,678)
  • Staria Limousine Hybrid (9 tempat duduk): 59,8 juta won (RM 159,845)
  • Staria Limousine Electric (6 tempat duduk): 87,87 juta won (RM 234,876)
EV hyundai HYUNDAI staria Hyundai Staria Electric
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

    08/06/2026
    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.