Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

SyafieBy Syafie14/04/20261 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AVETA Malaysia mengukuhkan tawaran dalam segmen kapcai mampu milik menerusi pelancaran Aveta VS115 2026, yang ditawarkan pada harga RM3,488, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Model itu direka sebagai motosikal praktikal yang menumpukan kepada kecekapan bahan api, kos pemilikan rendah dan kemudahan penggunaan harian sebagai pilihan ideal untuk penunggang bandar dan pengguna baharu.

Enjin 115cc yang Ringkas, Jimat dan Lasak

Aveta VS115 2026

Aveta VS115 2026 dikuasakan enjin karburetor 4-lejang  silinder tunggal 113cc SOHC penyejukan udara yang menawarkan prestasi mencukupi untuk kegunaan harian.

Berikut spesifikasi Aveta VS115 2026:

  • Output kuasa 6.5kW @ 8,000rpm, dan tork 9.3Nm @ 6,000rpm
  • Transmisi klac automatik 4-kelajuan
  • Sistem penghidup elektrik dan kaki

Gabungan ini memastikan tunggangan lebih mudah, jimat minyak dan penyelenggaraan rendah.

Ciri Praktikal Kegunaan Harian

Aveta VS115 2026

Walaupun dalam kategori mampu milik, Aveta VS115 2026 tetap dilengkapi beberapa ciri moden seperti:

  • Port pengecas USB Type-A dan Type-C
  • Lampu signal belok baharu
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
  • Panel meter ringkas dan mudah baca
  • Rekabentuk badan sporty dan ringan

Selain itu, berat 83kg memudahkan kapcai itu dikawal, terutama untuk penunggang baharu.

Dimensi, Kapasiti

Aveta VS115 2026
  • Aveta VS115 2026 memiliki dimensi panjang 1,900mm, lebar 670mm, dan tinggi 1,100mm
  • Kapasiti tangki bahan api 4 liter
  • Saiz tayar 2.25-17 (depan), dan 2.50-17 (belakang)

Ruang dan saiz itu cukup praktikal untuk kegunaan harian seperti ulang-alik kerja atau penghantaran ringan.

Tiga Warna, Waranti 2 Tahun

Aveta VS115 2026

Aveta VS115 2026 ditawarkan dalam tiga warna pilihan menarik:

  • Grey (kelabu)
  • Blue (biru)
  • Maroon (merah hati)

Kapcai itu turut didatangkan dengan waranti dua [2] tahun untuk ketenangan pemilik.

Sesuai Siapa?

Aveta VS115 2026 sangat sesuai buat:

  • Penunggang harian (commuter)
  • Pelajar dan pengguna pertama
  • Pekerja penghantaran (last-mile delivery)
  • Pengguna yang mahukan motosikal bajet dan jimat minyak
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Aveta VS115 2026
Auto Terkini Aveta Malaysia Aveta VS115 Aveta VS115 2026 Kapcai Kapcai 115cc Moped motosikal kapcai roda2 underbone
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026

    1 Comment

    1. Zaki on 14/04/2026 11:27

      Aveta Nova ada masalah sensor starter. Kata dah order sparepart pada Oktober 2025. Tapi sampai April 2026 belum ada lagi. Lama betul.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.