Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Acura Type S Concept – Sedan Menawan Penuh Kuasa dengan Gaya Coupé
Roda4

Acura Type S Concept – Sedan Menawan Penuh Kuasa dengan Gaya Coupé

Abang HirataBy Abang Hirata19/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ACURA adalah jenama premium Honda, sama seperti Lexus untuk Toyota dan Infiniti untuk Nissan. Walaupun bersaing dengan jenama premium lain, jenama yang diasaskan pada 1986 ini cuma dipasarkan di beberapa negara sahaja.

Pasaran tumpuan Acura ialah Amerika Syarikat (AS) dan walaupun tidak banyak ditawarkan di pasaran antarabangsa, model ditawarkan tidak kurang hebat. Antaranya kenderaan utiliti sukan (SUV) MDX dan RDX, sedan RLX dan TLX, dan supercar NSX.

Barisan model Acura akan lebih lengkap menerusi pengenalan Type S Concept pada acara ‘The Quail, a Motorsports Gathering’ pada 16 Ogos lalu.

BACA >>> Selepas 10 Tahun, Acura Integra Type-R Ditemui di Sebalik Dinding Garaj

SEDAN GAYA COUPÉ

Type S Concept tampil dengan gaya sebuah coupé, tetapi sebenarnya model itu sebenarnya ialah sedan TLX Type S generasi kedua. Type S pula ialah varian prestasi Acura yang mula diperkenalkan pada 2001, dan kini sudah empat generasi silih berganti sebelum dihentikan pengeluaran pada 2008.

Jika model terdahulu adalah salinan daripada Honda, Type S Concept pula dihasilkan sendiri pasukan pereka Studio Rekabentuk Acura di California, AS. Ia dibina berasaskan falsafah prestasi hasil kerja yang halus, dipanggil ‘Precision Crafted Performance’, yang menjadi kesinambungan kepada NSX generasi kedua.

BACA >>> Acura NSX (2019) Facelift Debut di Amerika, Tampil Warna Baharu dan Casis Diperkuat

Bahagian depan Type S Concept tampil garang dengan bentuk beralun dan liang ambilan udara besar. Dari sisi, keanggunan model ini jelas terserlah dengan menyembunyikan gaya badan sedan dengan bentuk bumbung rendah ala coupé.

Bahagian belakang hadir sempurna melalui gabungan gaya agresif seperti depan, dan elegan dengan dimensi badan seimbang. Warna digunakan ialah Double Apex Blue Pearl, sempena memperingati warna warisan model terdahulu.

Mengenai enjin, Acura masih berahsia tentang trenkuasa Type S Concept. Namun, jika merujuk generasi sebelum ini, Acura TL Type S dibekalkan enjin 3.5L V6 berkuasa 286hp. Jadi, model baharu ini nanti perlu sekurang-kurangnya sama atau lebih tinggi daripada angka tersebut. Barulah padan dengan gaya menawan.

BACA >>> Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura

GALERI
Acura Acura TLX Type S Acura Type S Concept Honda kereta konsep Pameran Auto Precision Crafted Performance Roda4 The Quail - a Motorsports Gathering
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.