• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Acura Type S Concept - Sedan Menawan Penuh Kuasa dengan Gaya Coupé

Acura Type S Concept - Sedan Menawan Penuh Kuasa dengan Gaya Coupé

August 19, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ACURA adalah jenama premium Honda, sama seperti Lexus untuk Toyota dan Infiniti untuk Nissan. Walaupun bersaing dengan jenama premium lain, jenama yang diasaskan pada 1986 ini cuma dipasarkan di beberapa negara sahaja.

Pasaran tumpuan Acura ialah Amerika Syarikat (AS) dan walaupun tidak banyak ditawarkan di pasaran antarabangsa, model ditawarkan tidak kurang hebat. Antaranya kenderaan utiliti sukan (SUV) MDX dan RDX, sedan RLX dan TLX, dan supercar NSX.

Barisan model Acura akan lebih lengkap menerusi pengenalan Type S Concept pada acara 'The Quail, a Motorsports Gathering' pada 16 Ogos lalu.

BACA >>> Selepas 10 Tahun, Acura Integra Type-R Ditemui di Sebalik Dinding Garaj

SEDAN GAYA COUPÉ

Type S Concept tampil dengan gaya sebuah coupé, tetapi sebenarnya model itu sebenarnya ialah sedan TLX Type S generasi kedua. Type S pula ialah varian prestasi Acura yang mula diperkenalkan pada 2001, dan kini sudah empat generasi silih berganti sebelum dihentikan pengeluaran pada 2008.

Jika model terdahulu adalah salinan daripada Honda, Type S Concept pula dihasilkan sendiri pasukan pereka Studio Rekabentuk Acura di California, AS. Ia dibina berasaskan falsafah prestasi hasil kerja yang halus, dipanggil 'Precision Crafted Performance', yang menjadi kesinambungan kepada NSX generasi kedua.

BACA >>> Acura NSX (2019) Facelift Debut di Amerika, Tampil Warna Baharu dan Casis Diperkuat

Bahagian depan Type S Concept tampil garang dengan bentuk beralun dan liang ambilan udara besar. Dari sisi, keanggunan model ini jelas terserlah dengan menyembunyikan gaya badan sedan dengan bentuk bumbung rendah ala coupé.

Bahagian belakang hadir sempurna melalui gabungan gaya agresif seperti depan, dan elegan dengan dimensi badan seimbang. Warna digunakan ialah Double Apex Blue Pearl, sempena memperingati warna warisan model terdahulu.

acura-type-s-concept-usa-9
acura-type-s-concept-usa-10
acura-type-s-concept-usa-8
acura-type-s-concept-usa-12

Mengenai enjin, Acura masih berahsia tentang trenkuasa Type S Concept. Namun, jika merujuk generasi sebelum ini, Acura TL Type S dibekalkan enjin 3.5L V6 berkuasa 286hp. Jadi, model baharu ini nanti perlu sekurang-kurangnya sama atau lebih tinggi daripada angka tersebut. Barulah padan dengan gaya menawan.

BACA >>> Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura

GALERI
213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Acura, Acura TLX Type S, Acura Type S Concept, Honda, kereta konsep, Pameran Auto, Precision Crafted Performance, Roda4, The Quail - a Motorsports Gathering

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my