• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura

Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura

December 31, 2018 By Han Othman Leave a Comment

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA tahun baru ini, memang molek kita mulakan dengan siarkan berita penuh inspirasi seperti ini. Siapa sangka anak Malaysia, Nor Hairuddin Mohd Zainal Abidin, 43, dapat menjadi salah seorang ketua jurutera Honda di Jepun.

Nor Hairuddin, yang berasal dari Felda Kota Gelanggi 4 di Jerantut, Pahang, sememangnya sangat meminati bidang mekanikal dan automotif sejak kali pertama menjejak kaki ke Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 2.

Kerjaya bapanya, Mohd Zainal Abidin Ab Ghani, 67, sebagai mekanik motosikal mungkin sedikit sebanyak menyemai minat anak sulung daripada enam beradik itu.

BACA >>> #RetroAuto: Soichiro Honda - Bermula Cuma Motosikal, Kini Gergasi Automotif Dunia

Menurut Mohd Zainal dipetik UtusanOnline, anaknya itu sangat berminat mempelajari cara membaik pulih kerosakan enjin yang akan ditekuninya setiap kali selepas pulang sekolah pada sebelah petang.

Kisah Nor Hairuddin dalam bidang kejuruteraan automatif di peringkat antarabangsa tular dalam laman sosial Facebook baru-baru ini. Dia yang bekerja sebagai jurutera di Honda R&D, Tochigi Jepun sejak 2001 setakat ini berjaya menghasilkan variasi paten mid-range ‘Super ­Handling All-Wheel Drive’ atau SH-AWD, iaitu satu sistem multiklac yang dikawal secara elektronik dan dipasangkan pada mo­del Acura TLX dan MDX.

Acura TLX (2018)
Acura MDX (2018)

Related

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Acura, Acura MDX, Acura TLX, Auto Terkini, Honda, Honda Jepun, Jepun, Nor Hairuddin Mohd Zainal Abidin, SH-AWD, Super ­Handling All-Wheel Drive

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my