Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Tip Ringkas untuk Jadi Penunggang Bandar yang Cekap
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Tip Ringkas untuk Jadi Penunggang Bandar yang Cekap

ZYBy ZY14/07/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TERPAKSA menunggang motosikal berulang-alik ke pejabat setiap hari?

Dengan kos sara hidup semakin tinggi, beralih daripada kereta kepada motosikal adalah antara langkah penjimatan popular. Tetapi pada masa sama, anda bakal terdedah risiko kemalangan, terutama jika tiada pengalaman menunggang dalam situasi bandar yang sibuk dan sesak.

Berikut ialah himpunan tip khas buat penunggang motosikal di luar sana yang bakal menempuh perjalanan di bandar setiap hari.

BACA >>> 5 Tip Mudah Senggara Motosikal, Nombor 3 Selalu Penunggang Ambil Ringan

1. GUNA GEAR RENDAH KETIKA SESAK


Menyelit di celahan kenderaan besar seperti kereta atau lori memerlukan tork yang kuat. Dengan mengekalkan motosikal dalam gear rendah, anda dapat sentiasa bersedia mengubah haluan atau mengelak kenderaan lain. Kesesuaian gear bergantung kepada kuasa motosikal.

Kebiasaannya, kapcai sesuai berada dalam gear tiga.  Bagi penunggang motosikal berkuasa tinggi, selain gear yang lebih rendah, kekalkan kelajuan tidak lebih 15kmj daripada kelajuan trafik. Apa patut dilakukan jika motosikal anda jenis transmisi automatik seperti skuter? Caranya, kawal terotel supaya tidak menyentap ketika menurunkan atau menambahkan kelajuan.

2. AWASI TITIK BUTA


Jika menunggang di belakang kenderaan lain, pastikan pemandu atau pengguna jalan raya lain dapat lihat kedudukan anda. Caranya, anda hendaklah menunggang hingga anda boleh nampak muka pemandu dalam cermin sisi kenderaan mereka.

Jika menyelit dan menukar lorong, pastikan dilakukan di depan kenderaan besar yang rendah seperti kereta. Elakkan menukar lorong di depan lori atau kenderaan tinggi kerana dikhuatiri bertembung penunggang lain yang juga sedang dalam lorong tersebut.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

3. ELAK TERLALU RAPAT DENGAN BAHU JALAN


Walaupun digalakkan menunggang di lorong kiri atau lorong kecemasan jika perlahan, anda juga terdedah kepada bahaya lain seperti jalan berlopak dalam atau serpihan tayar lori pecah. Jika tidak dapat mengelak atau terpaksa melanggar halangan tersebut, anda berisiko kehilangan kawalan yang boleh berakhir dengan kemalangan. Cuba elakkan menunggang terlalu hampir di bahu jalan dan sentiasa peka dengan kondisi jalan raya.

Terlanggar serpihan tayar lori juga antara punca kematian penunggang motorsikal. Jika terjumpa, sila laporkan kepada pihak berkuasa. Jika situasi selamat, anda boleh saja alihkan serpihan tersebut sementara menunggu pihak berkuasa bertindak. Banyak pahala dapat.

4. LATIH DERIA KEENAM / SENTIASA BACA SITUASI


Jangan hanya berikan tumpuan kepada haluan yang mahu dituju saja. Sentiasa perhatikan dan buat jangkaan tentang beberapa perkara yang mungkin menjadi halangan.

Contohnya, dalam situasi trafik sesak dan perlahan, berjaga-jaga jika ada ruang kosong di depan. Ini kerana ruang sebegitu berpotensi diselit masuk pemandu kenderaan lain untuk menukar lorong. Ada kemungkinan pemandu itu menukar lorong tanpa memberikan signal belok.

BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!

Begitu juga jika anda perasan kelibat pemandu gila yang memandu secara melulu dan berbahaya. Segera jauhkan jarak motosikal anda kerana dikhuatiri tindakan gila itu mengakibat kemalangan dengan pemandu lain dan anda pula tidak sempat mengelak.

5. JANGAN GUNA GAJET


Perjalanan dalam bandar walaupun berjarak dekat dan masa singkat, anda tetap terdedah kepada bahaya sekiranya tidak memberikan tumpuan penuh. Jadi, anda perlu sentiasa fokus dan sangat penting untuk mengelak sebarang gangguan yang boleh mengalih tumpuan, misalnya menggunakan peranti komunikasi seperti telefon pintar ketika menunggang.

Memang tidak dinafikan, sesetengah pekerjaan seperti penghantar kurier atau runner memerlukan anda mengakses telefon pintar untuk navigasi, tetapi janganlah sampai perlu menunggang sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menggenggam telefon.

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 5 Tip Mahu Jimat Minyak Motosikal Anda

Jika situasi memaksa, cuba dapatkan alat pemegang khas yang membolehkan anda menggunakan aplikasi navigasi dengan selamat yang juga dapat mengelak bahaya lain seperti debu, hujan, atau sambaran peragut.

blind spot roda2 tayar celup tip motosikal tip untuk penunggang bandar tips tunggangan bandar
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.