• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 8 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

#ApaNakBuat: 8 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

December 29, 2017 By ZY 3 Comments

5.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RANTAI motosikal yang kerap dijaga tidak akan membuatkan motosikal jadi lebih pantas. Tetapi jika diabaikan, motosikal boleh jadi perlahan tanpa disedari. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya anda menjaga dan menyenggara kondisi rantai motosikal.

Artikel kali ini, kami kongsikan tip dan cara penyenggaraan rantai motosikal yang boleh anda ikut seperti di bawah:

BACA >>> #TahukahAnda: O-Ring atau X-Ring? Kenali Jenis Rantai Motosikal Anda

1. PERIKSA KONDISI RANTAI SETIAP 500KM

Rajinkan diri periksa kondisi rantai setiap 500km, atau setiap hujung minggu. Inilah juga masa untuk anda periksa kondisi gegancu (sprocket) dan pautan utama rantai (master link). Dapatkan kaki padok atau paddock stand untuk memudahkan memeriksa rantai jika motosikal anda tiada tongkat tengah.

2. PERIKSA KETEGANGAN RANTAI

Pandulaju-Jenis-Rantai-Motorsikal-1
periksa-rantai-motosilkal

Periksa ketegangan rantai dengan memeriksa kenduran rantai pacu (drive-chain slack), iaitu jarak antara rantai semasa ditekan dan semasa dibiarkan kendur. Semak jarak yang sesuai dengan merujuk manual penjagaan motosikal, atau label yang dilekatkan pada lengan ayun (swing-arm). Jika terlalu kendur, ketatkan semula sama ada buat sendiri atau bawa ke bengkel berdekatan.

3. CUCI RANTAI

kerosin-kerosene-minyak -tanah
minyakkan-rantai

Bersihkan rantai jika ada gumpalan kotoran di celahan rantai dengan menggunakan minyak tanah (kerosin), pencuci rantai khas atau campuran air+sabun (kalau tidak terlalu kotor).

4. GUNA WD40?

Cara ini mungkin sedikit kontroversi, tetapi WD40 juga boleh digunakan untuk membersihkan celahan rantai O-ring atau X-ring seperti ditunjukkan dalam video di atas.

5. SENTAL RANTAI

berus-rantai-motosikal-1
berus-rantai-motosikal-2

Gunakan berus pencuci rantai atau berus gigi untuk menyental celahan rantai.

6. GUNA PELINCIR KHAS

pelincir-rantai-wd40
minyakkan-rantai-motosikal

Gunakan pelincir rantai khas. Anda tidak digalakkan menggunakan minyak enjin terpakai kerana bahan buangan itu memang sudah sedia tercemar dek kotoran daripada proses pembakaran enjin. Elakkan juga guna WD40 (tin biru) untuk melincirkan rantai.

7. LINCIRKAN KETIKA RANTAI SUAM

Pelincir rantai lebih elok digunakan ketika rantai masih suam atau hangat. Anda cuma perlu menunggang motosikal sebentar sebelum melincirkan rantai.

8. TIADA PELINCIR PALING BAGUS?

Tiada pelincir rantai khas yang terbukti paling bagus. Semuanya bergantung kepada bajet, cara tunggangan dan kehendak sendiri. Sila semak sama ada pelincir rantai itu ada elemen anti percikan (penting untuk jaga kebersihan rim), tidak mudah mengumpul debu dan kotoran atau dapat tahan lebih lama dalam situasi tunggangan cuaca basah. Bagi kegunaan praktikal, pelincir rantai biasa yang berharga sekitar RM10-RM30 sudah memadai asalkan rantai kerap dijaga.

Artikel Berkaitan

5.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, motorcycle chain maintenance, rantai motosikal, roda2, tip jaga rantai motosikal

Comments

  1. gc says

    January 2, 2018 at 10:01 AM

    terima kasih
    i will foloow the tips

    Reply
  2. JoRez says

    July 24, 2019 at 5:02 PM

    Ilmu yg amat bermanfaat buat semua pengguna motosikal... Terima ksh atas tunjuk ajar

    Reply
  3. Hafriz says

    February 13, 2020 at 12:55 PM

    Apa kesan menggunakan diesel/petrol utk membersihkn rantai...?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • India Tawar KTM 250 Adventure (2023)  dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
    India Tawar KTM 250 Adventure (2023) dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
  • Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
    Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
  • Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
    Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my