Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Sebab Ute aka Kereta Pikap Tidak Popular di Malaysia
Auto Terkini

5 Sebab Ute aka Kereta Pikap Tidak Popular di Malaysia

Han OthmanBy Han Othman26/07/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON pernah mengeluarkan ute aka kereta pikap yang dinamakan Proton Arena pada 2002. Menariknya, model tersebut kurang laris di Malaysia, tetapi popular di negara luar seperti Britain, Taiwan dan Australia. Malah, Arena berada di pasaran selama 8 tahun sebelum dihentikan sepenuhnya pengeluaran pada Oktober 2010.

Baru-baru ini, tersebar foto Proton Preve yang diubah suai menjadi ute dan mendapat reviu positif di kalangan peminat automotif Malaysia. Persoalannya, apakah pasaran ute tempatan besar? Apakah ute boleh dijual laris di negara ini? Orang Malaysia mungkin meminati ute, tetapi apakah mereka akan tergerak hati mahu membelinya? Jika trak pikap semakin menjadi trend masa kini di Malaysia, mampukah ute mengikut jejak sama?

Artikel ini akan membedah persoalan berkenaan.

APAKAH UTE, SIAPA SASARAN PEMBELI?

peniaga-car-boot
Seperti dibincang dalam artikel sebelum ini, ute berbeza daripada trak pikap dari segi arkitektur pembinaan. Ruang kargo ute bersambung dengan badan kereta, manakala ruang kargo trak pikap direka berasingan. Bagaimanapun, ute dan trak pikap menawarkan fungsi sama, iaitu ruang kargo terbuka dan luas di belakang.

BACA >>> Apakah Ute aka Kereta Pikap? Kenapa Popular di Australia?

Cuma, ute bersaiz kecil, manakala trak pikap bersaiz besar. Pengendalian dan penyenggaraan ute pula tidak jauh berbeza seperti kereta penumpang, sebaliknya trak pikap berlainan sama ada dari segi kos, alat ganti dan cara penjagaan. Kelompok sasaran terbesar pembeli ute ialah golongan bekerja sendiri atau pengusaha perniagaan berskala kecil dan sederhana. Jika di Malaysia, mereka terdiri daripada peniaga pasar, peniaga jalanan, peruncit dan pemborong, kontraktor binaan, petani, peladang, pekebun, pengusaha kedai makan dan restoran, usahawan, mekanik, juruteknik, dan lain-lain.

Tetapi kenapa ute masih tidak popular di Malaysia. Mungkin 5 sebab di bawah ialah jawapan kenapa ute tidak popular di negara ini:

1. SAINGAN TRAK PIKAP

ford-ranger
Sama seperti trak pikap, ute juga sangat praktikal untuk kerja mengangkut dan memunggah barangan niaga seperti haiwan ternakan, tanaman, pakaian, barangan basah, alat ganti kenderaan, bahan binaan dan lain-lain. Namun, ute berdepan dengan saingan trak pikap yang menawarkan lebih ruang kargo, penjimatan bahan api dan prestasi. Mungkin kebanyakan pengguna Malaysia beranggapan, kalau sudah mahu beli ute, lebih baik beli terus trak pikap.

Bagi mereka, trak pikap boleh mengisi banyak barang dan juga lebih jimat minyak kerana menggunakan bahan api diesel. Malah, enjin dan karakter trak pikap memang terbukti lasak yang boleh digunakan untuk mengharungi banjir, menunda kereta, mendaki bukit dan meredah ‘jalan kampung’ (off-road).

2. TIADA UTE 4-PINTU

proton-jumbuck-glsi
Jika kita lihat Proton Arena yang dikeluarkan Proton dahulu, kereta pikap itu hadir dalam bentuk 2-pintu sahaja. Mungkinkah orang Malaysia mencari ute 4-pintu yang boleh juga digunakan untuk urusan peribadi seperti menghantar anak ke sekolah? Sebaliknya, ute 2-pintu cuma terhad untuk urusan kerja semata-mata.

3. HARGA TIDAK MAMPU MILIK

ute-price
Harga ute mesti dijual di bawah julat harga trak pikap atau sekurang-kurangnya menyamai harga kenderaan penumpang. Ini bermakna sebuah ute di Malaysia hendaklah dijual pada harga antara RM40,000 bagi model asas hingga 60,000 untuk premium. Jika terlalu mahal, lebih baik beli trak pikap sajakan?

4. TRAK PIKAP TERPAKAI LEBIH MURAH

trak-pikap-terpakai
Ini ialah isu terbesar dihadapi bakal pembeli ute. Harga baru sebuah ute mungkin menyamai harga trak pikap terpakai. Contohnya, Toyota Hilux terpakai tahun 2012 dengan kapasiti enjin 2.5L boleh dibeli pada harga RM60,000. Jenama lain selain Toyota mungkin lebih murah. Ini membuatkan pembeli berfikir dua kali.

5. BUKAN PILIHAN PENIAGA BAJET

perodua-rusa
Bagi peniaga bajet atau golongan yang baru memulakan perniagaan kecil, mereka cenderung mencari kenderaan terpakai murah daripada jenis van. Inilah sebab kenapa van Nissan Vanette dan Perodua Rusa menjadi antara kenderaan popular bagi peniaga pasar dan uptown. Selain boleh mengangkut banyak barangan niaga, termasuk membawa pekerja tiga hingga empat orang, harga van terpakai juga murah yang boleh dibeli di bawah RM20,000.


BOLEHKAH UTE POPULAR?

Seperti kita sedia maklum, kenderaan pikap kini sudah mula menjadi satu trend di Malaysia. Lihatlah trak pikap, jika dahulu cuma dibeli golongan peniaga atau kontraktor, tetapi hari ini orang biasa pun sudah mahu membelinya. Kononnya sebagai imej gaya hidup yang lasak.

Kini, di mana-mana kita dapat melihat trak pikap dihiasi rim aloi bersaiz besar dan ruang kargo berpenutup dengan aksesori bar dan lampu projektor di sana sini. Jangan terkejut kebanyakan trak pikap itu langsung tidak pernah meredah laluan off-road apatah lagi mengangkut barangan niaga, tetapi cuma dipandu ke pejabat atau balik kampung. Jadi, potensi ute di Malaysia sentiasa ada!

Bagi golongan trendy di atas, ute harus tampil dengan varian 4-pintu. Ini kerana mereka memang mahu menjadikan kenderaan pikap sebagai kereta famili. Ute mesti elegan dan maskulin dengan menawarkan aksesori standard atau opsyen seperti penutup atau pelapik kargo, kerusi kulit, pemain multimedia dan rim sport. Ya, mereka tidak mahu dilihat memandu sebuah ute pasar malam.

holden-crewman-ss-2003
Jangan pula dilupakan golongan yang memang mahu menggunakan ute untuk tujuan kerja. Pilihan golongan ini ialah varian ute 2 atau 4-pintu (seperti gambar di atas). Sesebuah syarikat kebiasaannya memilih ute 2-pintu atas alasan mengurangkan kos selain mendapatkan ruang kargo lebih luas. Sebaliknya golongan bekerja sendiri mencari ute 4-pintu yang boleh digunakan untuk tujuan peribadi. Mereka perlu menghantar isteri bekerja dan anak ke sekolah sebelum mereka sendiri pergi berniaga. Sesekali ute itu digunakan untuk pergi bercuti atau balik kampung.

Harga ute mesti mampu milik. Model ute 4-pintu paling asas (tanpa aksesori bukan-bukan) hendaklah dijual serendah RM40,000 (atau lebih murah). Jika ini boleh dilakukan, kami pasti Proton Arena generasi baharu pasti menjadi pilihan golongan peniaga kecil dan sederhana di Malaysia.

Belum cuba belum tahukan? 😉

kereta pikap proton arena Proton Preve Ute sebab ute tidak popular di Malaysia ute
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.