Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Perkara Menarik Toyota Corolla Cross yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Autotainment

5 Perkara Menarik Toyota Corolla Cross yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/06/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA adalah antara negara awal menerima kemasukan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Corolla Cross selepas debut global di Thailand.

Malah dalam tempoh beberapa minggu selepas mendarat di Malaysia, semua unit import dari Thailand itu sudah habis dijual. Apakah tarikan utama Corolla Cross sampai begitu laris?

Faktor utama, kepercayaan terhadap kualiti setiap model buatan Toyota yang menggunakan lencana Corolla. Sejarah kejayaan Corolla sudah terbukti sejak mula diperkenalkan pada 5 November 1966.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k
BACA >>> 5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k

TENTANG COROLLA

Tahukah anda, sepanjang tempoh 54 tahun kewujudan jenama Corolla, lebih 48 juta unit kenderaan sudah dijual membabitkan lebih 150 pasaran, termasuk Malaysia?

Jika sebelum ini, sesetengah orang berkata, rekabentuk Toyota layak untuk pembeli berstatus ‘pakcik-makcik’, tetapi stereotaip itu nyata tidak berasas kerana ramai pembeli Corolla seperti SUV Cross ini ialah golongan muda, termasuk eksekutif urban.

Corolla Cross ialah SUV pertama dalam famili Corolla. Pengenalan model itu boleh dianggap tepat pada masa ketika trend SUV pesat berkembang di peringkat global. Berdasarkan statistik Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada 2019, ada lebih 200 juta SUV atas jalan raya seluruh dunia.

Apa yang menarik tentang Corolla Cross yang mungkin anda tidak tahu?

1. Guna Platform TNGA-C

SUV ini dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota-C (TNGA-C), sama seperti model C-HR dan sedan Corolla, cuma berbeza tetapan sistem suspensi.

Bagaimanapun, Corolla Cross menggunakan suspensi jenis strut MacPherson di depan dan torsion beam di belakang berbanding C-HR dan Corolla sedan yang dipasangkan double wishbone di belakang. Perbezaan sistem suspensi tersebut memberikan lebihan ruang kargo untuk Corolla Cross.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Suspensi Double Wishbone, Kenapa Lebih Superior?
BACA >>> Toyota Corolla Altis (2019) Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula RM129k

 2. Rekabentuk dan Kisah Bunga
Corolla Cross
RAV4

Corolla Cross tampil menarik dengan meminjam sedikit rekabentuk RAV4 yang turut dijual di Malaysia. Bezanya, SUV segmen-C itu mengetengahkan rekaan lebih lembut dan menawan seiring asal usul nama Corolla.

Mungkin ramai belum tahu, Corolla diilhamkan daripada struktur bunga, iaitu korola yang membawa maksud himpunan kelopak atau petal. Toyota memilih nama itu atas satu tujuan, iaitu menyerlahkan imej  kenderaan yang cantik dan menarik (bak kelopak bunga yang mekar).

BACA >>> 16 Fakta Pantas: Toyota RAV4 Serba Baharu Lancar di Malaysia! Harga Mula RM196k

3. Trenkuasa Reliabel

Pilihan trenkuasa disediakan iaitu petrol 4-silinder 16-injap 1.8L DOHC dengan teknologi Dual VVT-i berkuasa 139PS @ 6,400rpm dan tork 172Nm @ 4,000rpm yang memberikan kelajuan maksimum 185kmj, serta dipadankan transmisi CVT Sequential Shiftmatic 7-kelajuan dalam konfigurasi pacuan roda depan (FWD).

Pilihan enjin sama seperti Corolla sedan itu menandakan keyakinan Toyota terhadap trenkuasa tersebut untuk digunakan pada sebuah SUV. Malah, jarang sekali terdengar keluhan pemilik Corolla sedan tentang masalah trenkuasa mereka.

4. Ciri Keselamatan Lengkap, Terkini

Ada dua varian Corolla Cross diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, iaitu 1.8G (standard, foto kiri) dan 1.8V (premium, foto kanan). Perbezaannya cuma melibatkan spesifikasi komponen dan pakej bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS).

Aspek spesifikasi, varian standard dipasangkan rim aloi 17 inci dan lampu halogen, kecuali lampu kabus LED. Varian 1.8V pula lebih mewah dengan rim aloi 18 inci dwi-tona dan set lampu LED penuh, serta ada pakej TSS sebagai ekstra ciri keselamatan, termasuk ciri standard lain.

Berikut ciri TSS diberikan untuk Corolla Cross 1.8V:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng
  • Kawalan Kruise Radar Dinamik (DRCC)
  • Bantuan Pengesan Lorong (LTA)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Jangan bimbang, Walaupun tanpa TSS, varian Corolla Cross 1.8G masih dilengkapkan 11 ciri dan teknologi keselamatan standard moden yang terdiri daripada:

  • Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS)
  • Enam sensor parkir (2 depan, 4 belakang)
  • Tujuh beg udara SRS
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Traksi (TRC)
  • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC)
  • Signal Brek Kecemasan (EBS)
  • Sistem Brek Antikunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Mula Pandu
  • Filem solar dan Keselamatan Premium Toyota
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS) untuk kesan kedudukan kenderaan menggunakan isyarat GSM/GPS
  • Monitor Pandangan Panoramik (PVM) 3D
  • Perakam Video Digital (DVR) bahagian depan
5. Minimalis, Interaktif, Selesa dan Luas

Kabin Corolla Cross direka minimalis dan kemas dengan akses semua butang kawalan mudah dicapai tangan. Kerusi pemandu memiliki ciri boleh laras elektrik 8-tetapan. SUV ini turut dilengkapkan ventilator penyaman udara untuk penumpang belakang.

Juga tidak dilupakan aspek konektiviti dalaman menerusi unit infotainment skrin sentuh 9 inci dengan ciri konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay, opsyen pengecas wayarles, port pengecas USB di belakang dan sistem telematik kenderaan (VTS) untuk memantau lokasi kenderaan secara masa nyata.

Ruang kabin memang luas, dengan kapasiti but 440 liter yang boleh ditingkatkan dengan merebahkan kerusi belakang. Sudut kerusi belakang juga boleh disandarkan 6º untuk memberikan lebih keselesaan.

Jangan tidak tahu, luas kargo ditawarkan membolehkan dua basikal disumbat masuk menerusi but belakang yang boleh dibuka semudah menghayun kaki bawah bampar.

Menarikkan?

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Muat Barang dalam But Kereta dengan Betul

autotainment Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV Corolla Cross SUV kompak TNGA-C Toyota Corolla Cross (2021) UMW Toyota Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    11/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

    10/06/2026
    Roda4

    Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia – Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

    09/06/2026

    2 Comments

    1. Abdul muiz on 04/06/2021 08:28

      Harga mahal sgt. Mcm tak berbaloi

      Reply
      • Abang GYL on 04/06/2021 20:51

        Kena bawa dulu baru akan faham.

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.