Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k
Roda4

5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan satu lagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C baharu, Toyota Corolla Cross (2021) versi import (CBU) dari Thailand untuk pasaran Malaysia yang didatangkan dalam dua varian pilihan pada harga seperti berikut:

  • Corolla Cross 1.8V – Bermula serendah RM134,000 (tanpa pengecualian cukai jualan)
  • Corolla Cross 1.8G – Bermula serendah RM124,000 (dengan pengecualian cukai jualan hingga 30 Jun 2021)

Corolla Cross (2021) melakukan debut global di Thailand pada Julai 2020 dalam empat varian, termasuk trenkuasa hibrid yang tiada untuk pasaran Malaysia. Atas kertas, SUV kompak ini akan berentap dengan model pesaing seperti Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Proton X70.

Ada lima warna pilihan ditawarkan: Red Mica Metallic (merah), Platinum White Pearl (putih), Metalstream Metallic (perak), Graphite Metallic (kelabu gelap) dan Nebula Blue Metallic (biru).

BACA >>> #Spyshot: Toyota Corolla Cross Dikesan di Pelabuhan Klang
BACA >>> 10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k

Berikut perincian Corolla Cross (2021) yang perlu anda tahu:

1. TRENKUASA

Trenkuasa dijana enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.8L DOHC dengan Dual VVT-i berkuasa 139PS @ 6,400rpm dan tork 172Nm @ 4,000rpm dengan kelajuan maksimum 185kmj, serta dipadankan transmisi CVT Sequential Shiftmatic 7-kelajuan dalam konfigurasi pacuan roda depan (FWD).

2. DIMENSI

Dibangunkan berasaskan platform GA-C di bawah Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) dengan pusat graviti lebih rendah yang memberikan lebih kestabilan, casis lebih kukuh dan ekstra keselesaan.

Memiliki dimensi panjang 4,460mm, lebar 1,825mm dan tinggi 1,620mm, manakala jarak roda 2,640mm dengan radius pusingan minimum 5.4 meter dan jarak lega bumi 161mm. Berat kasar SUV ini ialah 1,405kg.

3. LUARAN

Varian 1.8G (standard) menggunakan lampu utama jenis projektor halogen dan lampu siang (DRL), manakala varian 1.8V dipasangkan lampu Bi-LED untuk pencahayaan lebih baik bersama DRL LED gaya light curtain (gambar kanan, merah).

Kedua-dua varian dipadankan lampu LED untuk lampu kabus (depan dan belakang), termasuk unit lampu belakang. Varian 1.8V menggunakan rim aloi 18 inci (1.8G, rim aloi 17 inci). Setiap varian menggunakan sistem brek cakera depan dan belakang, serta dibekalkan ciri pintu but buka tendang automatik dengan menjulur kaki bawah bampar belakang.

4. DALAMAN

Ruang kabin dihiasi skema tona hitam. Kerusi dan tombol gear dibalut kulit, manakala perincian mendapat kemasan cat satin. Kerusi penumpang belakang boleh lipat 60:40. Varian 1.8V mendapat pencahayaan LED pada bahagian pintu depan, pemegang cawan dan konsol tengah.

Kedua-dua varian dilengkapi ciri kerusi pemandu elektrik boleh laras 8-tetapan. Kerusi penumpang depan jenis boleh laras manual.

Papan pemuka menampilkan kluster instrumen gaya sporty menerusi panel paparan multi-info (MID) berwarna 4.2 inci. Bahagian tengah menghidangkan unit infotainment skrin sentuh 9-inci dengan ciri kamera undur, auksiliari (AUX), USB dan fungsi wayarles untuk konektiviti Apple CarPlay, Android Auto dan Bluetooth yang diatur bersama ventilator dan panel penyaman udara.

Kapasiti but seluas 440 liter boleh ditambah luas dengan merebahkan kerusi belakang yang membolehkan anda memuatkan muatan seperti dua basikal.

5. CIRI KESELAMATAN

Varian 1.8V dilengkapi pakej teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) yang menjadi sebahagian inisiatif Toyota Synergised Mobility (TSM).  Berikut apa dibekalkan TSS 2.0 pada varian premium tersebut:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng
  • Kawalan Kruise Radar Dinamik (DRCC)
  • Bantuan Pengesan Lorong (LTA)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Berikut ciri keselamatan standard yang diberikan pada kedua-dua varian:

  • Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS)
  • Enam sensor parkir (2 depan, 4 belakang)
  • Tujuh beg udara SRS
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Traksi (TRC)
  • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC)
  • Signal Brek Kecemasan (EBS)
  • Sistem Brek Antikunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Mula Pandu
  • Tali keledar 3-poin ELR dengan fungsi Force Limiter
  • Filem solar dan Keselamatan Premium Toyota
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS) untuk kesan kedudukan kenderaan menggunakan isyarat GSM/GPS
  • Immobilizer enjin
  • Perakam Video Digital (DVR) bahagian depan

Ada dua opsyen tambahan disediakan untuk Corolla Cross, iaitu DVR belakang dengan pengecas wayarles sebagai opsyen kedua. Toyota turut menyediakan Sistem Telematik Kenderaan (VTS) untuk mengesan kedudukan kenderaan menggunakan isyarat GSM/GPS yang ditawarkan percuma selama tiga tahun.

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan. Varian 1.8G kini sudah boleh dilihat di bilik pameran UMWT, manakala varian 1.8V akan tiba dalam masa terdekat. Tempahan kedua-dua varian dibuka bermula hari ini. Maklumat lanjut mengenai SUV ini boleh layari laman web www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (869682).

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV 1.8 liter SUV Corolla Cross SUV kompak SUV Segmen-C Toyota Corolla Cross (2021) Toyota Corolla Cross CBU UMW Toyota Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.