• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Suspensi Double Wishbone, Kenapa Lebih Superior?

#TahukahAnda: Apakah Suspensi Double Wishbone, Kenapa Lebih Superior?

November 9, 2018 By AO Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALAU mengaku peminat automotif, anda mesti biasa dengar komponen satu ini - suspensi 'double wishbone' atau terjemahan langsung ialah suspensi 'siku ganda'. Apakah sebenarnya maksud komponen ini dan kenapa begitu popular? Di bawah ini kami akan berikah penjelasan kenapa suspensi jenis ini lebih superior berbanding strut MacPherson biasa.

Apabila supercar dan kereta sport baharu diperkenalkan, anda mungkin sedar pengeluar kerap menyebut tentang suspensi double wishbone yang digunakan. Ini secara tidak langsung mendedahkan kita tentang betapa bagus komponen tersebut, tetapi apakah maksudnya?

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Suspensi Strut MacPherson dan Kenapa Sangat Popular?

Sebelum pergi lebih jauh, kita mesti tahu tentang konsep tetapan suspensi strut MacPherson, yang pernah dihuraikan dalam artikel sebelum ini. Ia tetapan yang lebih biasa berbanding double wishbone, terdiri daripada arm kawalan (control arm) dan rod radius (radius rod) pada hab di bawah dengan absorber yang kelihatan menonjol dari atas. Ia ringkas, tidak mahal dan mampu bekerja dengan baik.

DOUBLE WISHBONE LEBIH SUPERIOR

STRUT MACPHERSON AUDI TT RS
DOUBLE WISHBONE AUDI R8

Di atas, anda dapat lihat suspensi depan strut MacPherson Audi TT RS (gambar kiri). Sekarang bandingkan dengan tetapan double wishbone milik R8 di sebelahnya pula. Di sini kita ada dua arm bentuk wishbone (kadangkala dipanggil 'A-arm'): satu di atas dan satu lagi di bawah, dengan damper dipasangkan pada arm bawah.

Rekabentuk ini menawarkan geometri berbeza. Tidak seperti tetapan MacPherson, lebih banyak suspensi double wishbone dimampatkan, maka lebih kamber negatif diperkenalkan, menerusi penggunaan arm kawalan tidak sama panjang. Apabila membelok tajam,  dan mula beroleng (rolled), sistem suspensi double wishbone akan mengekalkan sentuhan tayar yang lebih baik dengan permukaan jalan.

BACA >>> #TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?

Semestinya kereta dengan suspensi MacPherson dapat ditambah baik dengan tetapan lebih keras, tetapi kelebihan double wishbone ialah ia boleh dibiarkan lembut tanpa mengabaikan sentuhan tayar. Misalnya, Alpine A110 baharu yang dipasangkan suspensi double wishbone di depan dan belakang. Ia tidak keras seperti sesetengah pesaing, dan hasilnya ialah jentera yang lebih selesa dan kurang gegar di permukaan jalan berbonggol atau tidak rata.

LEBIH KAWALAN


Disebabkan rekabentuk lebih rumit, double wishbone membolehkah kawalan lebih besar terhadap kamber, kaster dan pusat oleng (roll centre). Ia juga memberikan lebih kebebasan dengan kehadiran damper, sama seperti digunakan banyak kereta lumba dan sesetengah supercar jalanan.

Akhir sekali, selagi damper tidak terkeluar dari atas hab, jenis suspensi ini ialah lebih ekonomi dari segi ruang vertikal. Anda masih boleh memiliki darjah travel suspensi yang munasabah tanpa perlu menaikkan tinggi jentera, yang boleh menjejaskan pengendalian disebabkan pusat graviti (CoG) ditingkatkan.

Dari segi prestasi, double wishbone nyata lebih superior berbanding MacPherson. Jadi, kenapa tidak banyak kereta menggunakannya?

Alasannya ialah faktor kos. MacPherson ialah suspensi yang ringkas dan murah, manakala double wishbone lebih mahal dan rumit. Rekabentuk dan pembuatan tetapan double wishbone asasnya cenderung untuk menambah kos sesebuah model. Inilah sebab kenapa model yang menawarkan pengendalian lebih baik biasanya berharga lebih mahal. Malah kos penyenggaraan dan alat ganti juga lebih mahal berbanding MacPherson.

BACA >>> Suspensi Koenigsegg Boleh Dilaraskan Secara Kawalan Jauh Dari Mana-Mana Pelusuk Dunia

Masalah seterusnya ialah double wishbone kurang menggunakan ruang vertikal atau menegak, sebaliknya lebih horizontal. Ia bakal jadi sedikit bermasalah dan rumit untuk kereta dengan dimensi kurang lebar.

Akhir sekali ialah aspek rekabentuk sesebuah kereta itu. Inilah kompromi yang perlu diambil kira pengeluar. Walaupun double wishbone boleh menjadi tetapan suspensi yang ideal, tetapi ia masih bukan penyelesaian terbaik untuk setiap kereta.

SUMBER: CarThrottle

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: absorber, autotainment, Komponen, Roda4, suspensi, Suspensi Double-Wishbone, Suspensi MacPherson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my