• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Suspensi Koenigsegg Boleh Laras Secara Kawalan Jauh Dari Mana-Mana Pelusuk Dunia

Suspensi Koenigsegg Boleh Laras Secara Kawalan Jauh Dari Mana-Mana Pelusuk Dunia

December 16, 2016 By Azhan O 2 Comments

726
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KOENIGSEGG bukanlah satu-satunya pengeluar automobil yang menggunakan suspensi Öhlins, tetapi cara sistem itu digunakan nyata berbeza berbanding pengeluar lain. Sistem suspensi Koenigsegg boleh dilaraskan secara elektronik sudah menjadi perkara biasa, tetapi apa yang paling luar biasa ialah ia boleh dilaraskan secara kawalan jauh menerusi talian dan dapat dilakukan di mana-mana pelusuk dunia.

Ya, ini bermakna, anda mungkin sedang memandu model Koenigsegg di Kuala Lumpur dan membuat panggilan ke kilang pembuat kereta itu di Sweden dan mahukan mereka menukar tetapan peredam supaya sesuai dengan pemanduan anda. Ya, semua itu dapat dilakukan tanpa sentuhan fizikal ke atas kereta anda.

BACA >>> Enjin 'Camless' - Revolusi Baharu Enjin Pembakaran Dalaman Ciptaan Koenigsegg

Huraian lanjut diperincikan dalam entri terkini di laman web Koenigsegg mengenai teknologi subfrem dan suspensi yang sedia dibangunkan. Turut dikongsikan ialah perincian halus mengenai geometri suspensi, bar anti-oleng (anti-roll bar) dan kenapa syarikat itu tidak menggunakan gentian karbon untuk menghasilkan subfrem, sebaliknya menumpukan kepada pembuatan teknologi suspensi.

https://1hosj01irnixn8onr1zmv5s1.wpengine.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2016/11/7128Suspension-7.jpg

Sebagai tambahan kepada keupayaan melaraskan suspensi secara kawalan jauh, Koenigsegg juga boleh membuat pra-program ke atas model-modelnya untuk menghasilkan pelarasan-mikro bagi mendapatkan prestasi ideal seperti dijelaskan jurucakap Steven Wade;

Setiap sudut boleh dikawal secara bebas menerusi suspensi ini untuk cara pandu tinggi, bonggolan dan lantunan. Jika anda misalnya mengambil selekoh atas trek, sistem boleh disetkan kepada prabeban (pre-load) suspensi  dalam masa setengah saat sebelum membelok untuk memberikan cengkaman terbaik berasaskan input penerimaan stereng. Ia memerlukan banyak kerja persediaan, tetapi segalanya mungkin.

Selain Koenigsegg, model jenama lain turut menggunakan tetapan suspensi secara kawalan jauh. Misalnya model Tesla menggunakan teknologi GPS yang dilengkapi suspensi udara yang boleh dinaikkan dan diturunkan secara automatik di beberapa lokasi tertentu sahaja. Tetapi masih tidak setanding Koenigsegg yang boleh melakukannya di seluruh dunia.

BACA >>> Koenigsegg Agera RS Catat Rekod 447.2kmj, Kini Kereta Paling Laju di Dunia

Sudah tentu jika anda mengikuti Koenigsegg, anda akan tahu tentang reputasi syarikat itu dalam membangunkan teknologi futuristik yang menumpukan kepada aspek kelajuan. Jika mengambil kira sejarah inovasi, sesiapa pun tidak dapat mengagak apakah yang bakal diperkenalkan pengeluar supercar dari Sweden itu.

SUMBER: RoadAndTrack

Artikel Berkaitan

726
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Koenigsegg, Öhlins, peredam, sistem suspensi, Supercar, supercar Sweden, suspensi, suspensi Öhlins, Sweden

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my