Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»‘Enjin Camless’: Revolusi Baharu Enjin Pembakaran Dalaman Ciptaan Koenigsegg
Autotainment

‘Enjin Camless’: Revolusi Baharu Enjin Pembakaran Dalaman Ciptaan Koenigsegg

Han OthmanBy Han Othman15/07/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FREEVALVE, anak syarikat kepada pengeluar supercar Sweden, Koenigsegg (sebelum ini dikenali sebagai Cargine) kini sedang menghasilkan sistem injap jenis baharu yang mampu beroperasi tanpa aci sesondol (camshaft). Teknologi baharu yang diistilahkan sebagai ‘camless’ itu dijelaskan secara ringkas dan padat menerusi video khas yang disiarkan dalam laman web syarikat berkenaan.

Operasi enjin bergantung kepada penggerak injap pneumatik untuk membuka injap yang kemudian ditutup oleh tekanan udara atau spring, di mana setiap injap boleh dikawal secara individu. Treninjap (valvetrain) turut menghasilkan tenaga yang kurang daripada enjin berbanding aci konvensional.

Hasilnya, kuasa enjin dapat ditingkatkan kepada lebih 30 peratus dari segi kuasa kuda atau tork yang turut memberi kesan kepada penjimatan bahan api. Malah, saiz enjin jadi lebih kompak dan ringan, manakala pelepasan emisi dapat dikurangkan mendadak.

BENARKAH TINGKAT PRESTASI?

aci-sesondol-dan-aci-engkol
Teknologi enjin camless itu membolehkan kawalan penuh ke atas kitaran pembakaran. Tiada lagi sistem penggerak injap variabel yang menawarkan tahap kawalan  dan reliabiliti seperti ini. Kedua-dua injap ambilan dan ekzos boleh dibuka dan ditutup pada sebarang sudut aci engkol (crankshaft) diperlukan. Fleksibiliti yang dimiliki membenarkan enjin menghasilkan penggunaan bahan api dan emisi rendah. Pada masa sama menjana kuasa dan tork enjin berprestasi tinggi.

Namun, apa yang menjadi halangan terbesar bagi kemajuan teknologi seumpama itu ialah faktor reliabel, kehalusan dan kesenyapan enjin. Enjin camless mungkin tidak dapat menyelamatkan enjin pembakaran dalaman daripada digantikan motor elektrik pada kereta-kereta masa depan, tetapi sekurang-kurangnya dapat memanjangkan hayat enjin konvensional tersebut.

BACA >>> Fakta Ringkas dan Padat Mengenai Enjin Pembakaran Dalaman Yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: FreeValve

enjin camless enjin pembakaran dalaman Freevalve Koenigsegg teknologi automobil videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Aksesori

Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Di Goodwood

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman26/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.