Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Perkenal Lima Model Konsep Bronco Serba Versatil Sempena Ulang Tahun Ke-55
Roda4

Ford Perkenal Lima Model Konsep Bronco Serba Versatil Sempena Ulang Tahun Ke-55

Abang HirataBy Abang Hirata30/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TREND pengeluar kenderaan masa kini adalah mengimbau semula model ikonik yang pernah dikeluarkan dekad lalu. Kedua-dua pengeluar, sama ada pengeluar motosikal atau kereta, cuba mengetengahkan semula model atau pengaruh retro untuk produk terbaharu masing-masing.

Selain Mustang, Ford mempunyai model ikonik untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Bronco yang diilhamkan individu sama, iaitu Donald N Frey.

BACA >>> Ford Bronco (2021) Kembali dengan Bentuk Badan Kotak, Kompak!

Sempena ulang tahun ke-155, Ford menawarkan lima model konsep khas sempena meraikan sambutan hangat Bronco dan Bronco Sport. Kelima-lima model tampil dengan aksesori kilang (factory-backed) yang mudah dikustomkan dan juga mampu milik.

Berikut perincian lima model konsep tersebut:

1. Bronco Four-Door Outer Banks Fishing Guide

Dibina sebagai Bronco khas untuk pemancing profesional sekitar Pantai Nasional Cape Hatteras berasaskan siri Bronco 4-pintu, Outer Bank.

Aksesori digunakan:

  • Bumbung lembut (soft-top) depan Bestop Sunrider
  • Rel bumbung dan palang
  • Rak bumbung Yakima LockNLoad
  • Bahagian depan siap dengan pemegang batang pancing
  • Bampar depan modular Ford Performance dan palang safari
  • Pintu but jenis gelungsur (slide-out) yang boleh dijadikan meja kerja untuk membaiki joran
  • Pelapik lantai jenis semua cuaca dan gad percik (splash guards)

2. Bronco Two-Door Trail Rig

Direka untuk penunggang denai (trail), dibina berasaskan siri 2-pintu Bronco Badlands.

  • Bampar depan modular Ford Performance, pintu jenis tiub
  • Roda boleh dipasangkan rim jenis beadlock
  • Palang lampu RIGID LED 40 inci
  • Winc (winch) Ford Performance by WARN
  • Rel bumbung Ford dengan rak bumbung Yakima Platform dan pemegang penyodok
  • Kit bantuan (recovery) dan papan bantuan Ford Performance by WARN
  • Meja pada pintu but jenis ayun

3. Bronco Sport Trail Rig

Dibina kepada mereka yang mahu meningkatkan kembara di jalan off-road menggunakan 4×4 lasak. Dibina daripada siri Bronco Badlands.

  • Tayar 31 inci BFGoodrich Mud-Terrain T/A® KM3
  • Kit peninggian satu inci
  • Lampu luar jalan raya Ford Performance by RIGID LED
  • Rak bumbung Yakima LockNLoad Platform
  • Pemegang peralatan seperti kit jek peninggian (high-lift)
  • Papan bantuan Ford Performance dan tong isian (jerry can)

4. Bronco Sport TOW RZR

Dibina dari siri Bronco Badlands dengan penambahan aksesori dan teknologi.

  • Aksesori tunda dan kargo untuk membawa lebih banyak peralatan aktiviti luar (outdoor)
  • Palang Yakima HD Bar
  • Bakul OffGrid
  • Pakej Treler Tunda Class II Trailer dengan keupayaan tunda 1,000kg yang boleh digunakan untuk membawa kenderaan rupa bumi utiliti (UTV), Polaris RZR XP Turbo 1000

5. Bronco Sport Off-Roadeo Adventure Patrol

Dibina berasaskan Bronco Sport Badlands untuk aktiviti luar dan lasak.

  • Platform kargo Yakima LockNLoad Platform untuk simpanan peralatan seperti jek peninggian, papan bantuan dan tong simpanan
  • Lampu LED Ford Performance by RIGID
  • Rak Yakima yang boleh bawa dua basikal gunung
  • Sudut mendarat dron

Melalui pelbagai konsep yang ditayangkan ini, Ford nampaknya bersungguh mempopularkan Bronco sebagai SUV pilihan pengguna dan juga dijadikan ikon gaya hidup mereka. Usaha memperkenalkan semula Bronco nyata berbaloi apabila lebih 165,000 pelanggan meletakkan deposit AS$100 (RM417) untuk pesanan atas talian sepanjang tiga minggu pertama.

BACA >>> Ford Ranger Thunder – Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm

Donald N Frey Ford Ford Bronco Ford Bronco Concept Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.