Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Indonesia Lancar Warna Baharu XSR155 (2022), Ada Edisi Ulang Tahun MotoGP
Roda2

Yamaha Indonesia Lancar Warna Baharu XSR155 (2022), Ada Edisi Ulang Tahun MotoGP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA Motor Indonesia membuka tirai tahun 2022 dengan tawaran dua pilihan warna baharu untuk motosikal sport retro XSR 155, termasuk satu lagi seragam World GP 60th Anniversary Edition.

Langkah itu menjadikan Indonesia sebagai pasaran Asean paling banyak menawarkan model World GP 60th Anniversary Edition dalam segmen motosikal berbeza.

Model pertama World GP 60th Anniversary Edition diperkenalkan ialah kapcai MX King 150 (September 2021), skuter Aerox 155 Connected ABS (Oktober 2021) dan dua sportbike YZF iaitu R15M Connected ABS dan R25 ABS (Disember 2021).

Pilihan warna kedua ialah Matte Dark Blue Authentic (biru) dengan kemasan perak. Dua warna lama XSR 155 iaitu perak dan hitam masih ditawarkan di Indonesia.

BACA >>> Harga Yamaha Exciter 155 Edisi Ulang Tahun MotoGP Meroket Naik di Kedai Motor Vietnam
BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Sportbike Retro Moden XSR 155, RM10.7k

XSR 155 World GP 60th Anniversary Edition

  • Fork terbalik (USD) dan rim aloi berwarna emas.
  • Madgad depan dan bahagian atas tangki minyak diwarnakan merah.
  • Liveri badan berbentok blok warna merah dengan garisan hitam dikenakan pada panel sisi motosikal
  • Jenama Yamaha dipamer pada sisi tangki minyak
  • Harga atas jalan di Jakarta ialah 37,505,000 rupiah (RM10,962)

XSR 155 Matte Dark Blue Authentic

  • Rim aloi, fork USD dan bahagian atas diwarnakan hitam seperti varian standard lain.
  • Madgad depan sama warna dengan badan. Ada akses perak digunakan sebagai warna kontras pada panel sisi dan tangki minyak.
  • Logo XSR dipamer pada sisi tangki minyak
  • Harga atas jalan di Jakarta ialah 36,905,000 rupiah (RM10,786)

BACA >>> Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition
BACA >>> Yamaha Cygnus Gryphus World GP 60th Anniversary Edition di Jepun Tahun Depan, RM13k!

PERINCIAN YAMAHA XSR

  • Spesifikasi asal sama seperti model tahun 2019 iaitu enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC dengan teknologi injap variabel VVA, berkuasa 19hp @ 10,000 rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.
  • Sistem transmisi menggunakan klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac anti-gelincir A&S.
  • Memiliki berat jentera 133kg, manakala casis jenis Deltabox
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock dengan swingarm di belakang.
  • Tinggi pelana 810mm, jarak lega bumi 170mm, dan kapasiti tangki minyak 10.4 liter.
  • Bahagian roda menggunakan sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang untuk tayar saiz 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang) dengan saiz rim 17 inci.

BACA >>> Vinales Akui Silap Besar Masuk Yamaha
BACA >>> Aksi GP 2001 dengan Biaggi Jadi Detik Terhebat dalam Karier Rossi
BACA >>> #Perbandingan: Honda Winner X (2022) Setanding Yamaha Exciter 155 VVA di Vietnam?

SUMBER: Yamaha Indonesia

roda2 Yamaha Yamaha Motor Indonesia (YMI) Yamaha World GP 60th Anniversary Edition Yamaha XSR 155
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.