• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Lancar Sportbike Retro Moden XSR 155, RM10.7k

Yamaha Indonesia Lancar Sportbike Retro Moden XSR 155, RM10.7k

December 3, 2019 By Brader Shawn 2 Comments

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) meluaskan barisan produk sedia ada menerusi pelancaran XSR 155. Ketibaan model retro baharu itu bakal bersaing sengit dengan Kawasaki W175TR yang juga menduduki segmen sportbike retro.

Yamaha dalam satu kenyataan berkata, XSR 155 menampilkan rekabentuk retro moden dengan tangki minyak bentuk titisan air, dan pelana tunggal klasik, termasuk lampu depan dan belakang bentuk bulat yang diberikan teknologi LED.

XSR 155 menggunakan sistem suspensi jenis fork terbalik (USD), tayar profil dwi-guna bersaiz 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang), manakala kedua-dua rim bersaiz 17 inci yang setiap satu roda dipasangkan sistem brek cakera.

BACA >>> Yamaha XSR 155 Khas Buat Peminat Retro Klasik Lancar di Thailand, Harga RM12k

Model retro ini didatangkan dengan panel meter LCD digital dengan gaya spidometer klasik dan paparan multi-info (MID). Trenkuasa dipacukan enjin silinder tunggal 155cc dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Ciri tambahan diberikan ialah klac anti gelincir (A&S) untuk tukaran  klac dan gear yang lebih ringan dan lancar. Saiz tangki minyak berkapasiti 10.4 liter, manakala berat jentera 134kg.

XSR 155 ditawarkan dalam dua pilihan warna: Matte Silver Premium (perak)dan Matte Black Elegance (hitam). Harga atas jalan pula 36,265,000 rupiah (RM10,750).

BACA >>> Yamaha XSR700 Sport Heritage (2018) - Roadster Retro dengan Falsafah 'Faster Sons'

GALERI

SUMBER: ANTARA | YamahaIndonesia

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), roda2, sportbike, sportbike retro, Yamaha, Yamaha Indonesia, Yamaha XSR 155

Comments

  1. Peminat says

    December 4, 2019 at 11:23 AM

    Sabar menanti

    Reply
  2. Rizza says

    December 10, 2019 at 1:37 PM

    Bila kah yahama xsr155 akan masuk Malaysia?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my