• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha XSR 155 Khas Buat Peminat Retro Klasik Lancar di Thailand, Harga RM12k

Yamaha XSR 155 Khas Buat Peminat Retro Klasik Lancar di Thailand, Harga RM12k

August 17, 2019 By Aryon 4 Comments

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHa Thailand hari ini melancarkan model retro moden XSR 155 yang dijangka merancakkan lagi pasaran sportbike aras mula di negara tersebut. Sebelum Yamaha, pesaingnya Honda terlebih dulu melancarkan CB15R dengan gaya rekabentuk sama.

XSR 155 tampil dengan DNA rekabentuk daripada model lebih senior, XSR 700 dan XSR 900, yang akan menjadi pilihan kalangan pembeli yang mungkin bosan dengan rekabentuk seperti MT-15 dan YZF-R15.

BACA >>> Yamaha MT-15 (2019) Versi Bajet Lancar di India, Harga RM8k Sahaja!

Sama seperti model senior XSR 900 dan XSR 700 yang dibina daripada naked bike MT-09 dan MT-07, XSR 155 pun turut berkongsi platform sama daripada MT-15. Bezanya, penampilannya tidak terlalu tekno dan futuristik seperti MT-15, serta sesuai untuk mereka sukakan gaya klasik dan retro.

Keseluruhannya, XSR 155 mewarisi DNA daripada barisan Sport Heritage yang dapat dilihat pada rekaan tangki mintak bentuk air mata, lampu utama bulat, termasuk lampu belakang, jarum meter bulat (dengna paparan digital), pelana rata dan fender belakang pendek.

BACA >>> Rossi, Vinales Perkenal Yamaha MT-15, MX-King Baharu untuk Pasaran Indonesia

Sebagai tambahan, model ini turut mendedahkan subfrem  dan dilengkapi beberapa perincian aluminium. Pelindung enjin nampak solid dan tegap.

Absorber, dan brek diambil daripada MT-15, manakala peg kaki sama seperti XS 700 dan XSR 900. Enjin pula menggunakan nadi sama seperti MT-15, iaitu silinder tunggal 155cc SOHC dengan teknologi injap variabel VVA berkuasa 19.3hp @ 10,000 rpm dan tork 15Nm @ 8,500rpm dan turut dibekalkan ciri klac anti-gelincir A&S.

Sistem transmisi menggunakan klac manual 6-kelajuan, manakala kapasiti tangki 8 liter. Tinggi pelana 810mm dan berat 134kg. Seperti disebut, atas kertas XSR 155 akan berentap dengan lawannya CB150R

XSR 155 dijual pada harga 91,500 baht (RM12,360).

BACA >>> Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu - Yamaha MT-15!

GALERI

Artikel Berkaitan

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: naked bike, retro, retro-moden, roda2, sportbike, streetbike, Thailand, Yamaha Thailand, Yamaha XSR 155

Comments

  1. Mohammad Zamir says

    December 20, 2019 at 5:49 AM

    To yamaha i hop you will read my message and comment..i really hop that 2020 is the year that you will import the yamaha xsr150. Because i as a customer and a fans of retro naked bike i really want that bike so badly because of the design that make me like a real man, the same spec r15 have and the cheap cost..pandulaju harap sangat yamaha xsr150 dapat masuk Malaysia tahun 2020..😭😭 please...

    Reply
  2. Md says

    July 13, 2020 at 3:04 PM

    Boleh tengok jer model ni.....yamaha bkn nk bawa masuk pon

    Reply
  3. eddy says

    October 11, 2020 at 1:19 PM

    Plz yamaha bring this product to malaysia,, you have nice market actually

    Reply
  4. johnny henry says

    May 16, 2021 at 8:48 AM

    kepada Tauke Yahama Malaysia (HLM)

    kalau tak mampu keluarkan motor Y155XSR usahlah nak memonopoli..bagi aje kepada syarikat malaysia yang lain... kerajaan ambil berat perkara ini bagi mengelakkan sesuatu syarikat memonopoli sesuatu produk..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
    Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
  • Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
    Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
  • Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
    Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
  • JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan
    JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my