• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aksi GP 2001 dengan Biaggi Jadi Detik Terhebat dalam Karier Rossi

Aksi GP 2001 dengan Biaggi Jadi Detik Terhebat dalam Karier Rossi

January 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA tidak kenal Valentino Rossi? Legenda Grad Prix (GP) dunia itu meraih cukup banyak kemenangan sepanjang karier, tetapi ada beberapa detik sentiasa kekal terpahat dalam ingatan.

Salah satunya adalah gelaran juara GP 2001, iaitu tahun terakhir kelas premier menggunakan jentera 2-lejang sebelum digantikan Kejuaraan Dunia MotoGP dengan enjin 4-lejang.

BACA >>> Razlan Dedah Petronas SRT Tidak Patut Ambil Rossi, Tapi Akui Tidak Ditekan Yamaha
BACA >>> Yamaha Hadiahkan Rossi R1 GYTR VR46 Tribute Edisi Khas

Rossi yang terkenal dengan gelaran The Doctor memberitahu portal MotoGP.com;

Aku masih mengingatinya. Itulah salah satu detik besar dalam karier aku. Itu tahun terakhir GP 500 2-lejang. Ada motosikal legenda untuk semua pelumba dan aku berada dalam momen paling fantastik dalam hidup. Masa tu, aku baru 22 tahun, aku cukup laju dan memang enjoy.”

Antara sebab lain kenapa gelaran juara itu cukup bermakna buat Rossi adalah kerana berdepan pencabar hebat seperti Max Biaggi. Beliau berkata;

Aku masih ingat sebab masa tu bersaing sengit dengan Biaggi, salah seorang pencabar terbesar. Ia bermula sejak perlumbaan pertama dan berlarutan sepanjang musim.

“Aku mulakan musim itu dengan baik, ada tiga kemenangan berturut-turut, tetapi pada tengah musim, abang Biaggi mula kutip banyak mata.

“Perlumbaan paling sengit adalah di Brno selepas cuti musim panas. Di trek, Max selalunya laju. Tapi akhirnya, aku juga yang menang dan dia tumbang. Sejak itu, saingan semakin mudah.”

BACA >>> Marc Marquez Tidak Hadir Sesi Pengenalan Barisan Pelumba Honda MotoGP 2022?
BACA >>> Rossi Tak Tentu Arah Tunggu Pusingan Akhir MotoGP 2021, Belum Sedia Nak Bersara
BACA >>> Honda RC213V-S (2016) 'NOS' Ini Pecah Rekod Motor Jepun Termahal, Harga RM1.04j!

SUMBER: GPOne

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Brno, Doctor, Max Biaggi, MotoGP, The Doc, V46, Valention Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my